Drop Bar Menu

Thursday, June 30, 2016

9 Cara Cari Duit untuk Travel Ketika Masih Belajar di Universiti.



Hobi traveling saya bermula sejak saya tahun 1 di universiti. Memang seronok belajar di universiti antarabangsa sebab dapat ramai kawan dari luar negara. First time saya travel ke Singapura gara-gara sering di jemput kawan saya yang berasal dari Singapura untuk ke rumah dia. Apa lagi, dah alang-alang ada yang menjemput, terus saya merancang untuk buat trip ke sana. Saya ajak beberapa rakan untuk turut sama mengembara dan Alhamdulillah ada dua orang yang sudi. Habis dari trip ni, terus saya jumpa passion saya untuk mengembara lebih banyak dan lebih jauh. Minat travelling saya menjadi-jadi.

Sebagai seorang pelajar, duit memang satu cabaran. Nak travel ni sekurang-kurangnya makan duit beratus-ratus ringgit walaupun backpacking style. Memandangkan saya masih belajar dan masih mempunyai tenaga, waktu ini lah waktu yang paling ideal untuk keluar mengembara. Tenaga masih kuat dan masa pun banyak (cuti semester), jadi tinggal duit je kena cari. Alhamdulillah, walaupun datang dari keluarga sederhana, dari kecil memang saya dilatih untuk berdikari, jadi nak share sikit beberapa cara yang saya gunakan untuk mencari duit travel.

1. Jual kerepek.

Cara ini saya memborong kerepek, mempaketkan kepada paket kecil-kecil dan menjualnya dengan harga RM1. Saya cuma letakkan satu kotak di Musolla atau tangga asrama beserta tabung kecil, dan kalau orang nak membeli mereka boleh ambil dan bayar. Simple je. Selang dua hari topup lah balik keropok yang dah dijual, dan kosongkan tabung :D

Risiko: Barang dicuri tinggi. Jadi kena pandai letak di tempat yang orang-orangnya jujur.

Hasil: RM20-RM50 sebulan.

Gambar courtesy Google Image


2. Servis Printing.

Awal idea datang bila nak beli printer tapi kena guna duit sendiri. Jadi terfikir macam mana nak dapatkan balik duit yang dah dibelanjakan tu. RM300 juga beli printer. Akhirnya buat keputusan untuk buat servis printing di bilik secara kecil-kecilan. Ramai je pelajar lain datang sebab kedai fotokopi memang tak buka malam, dan harga yang saya tawarkan sangat berpatutan untuk pelajar, tambahan pula dekat sebab di bilik hostel.

Risiko: Virus masuk laptop. Jadi sebelum mereka datang dan cucuk pendrive tu, saya tanya dulu ada virus ke tak. Selalunya saya minta customer email sahaja kepada saya dokumen yang nak dicetak. Alhamdulillah setakat ni 3 tahun dah buat servis belum pernah kena virus.

Hasil: RM20-RM50 sebulan.




3. Part time #1: Petrosains.

Petrosains ni saya dah kerja sejak habis matrikulasi. Yang seronok bila waktu kerja flexible, boleh kerja hari apa yang kita suka. Awal-awal dulu kerja 2-3 bulan semasa cuti sebelum masuk degree. Bila dah masuk degree saya cuma kerja sabtu dan ahad atau ketika cuti semester. Sehari kerja dibayar RM40.

Risiko: Rasa nak kerja hari-hari dan tak nak pergi kelas, sebab environment kerja Petrosains ni best sangat!

Hasil: Bergantung kerajinan saya. RM100-RM300.



4. Part time #2: Syarikat Konsultan.

Kerja disini bermusim. Bila ada keperluan baru dipanggil. Kebanyakan kerja logistik, penat sikit angkat-angkat barang. Tapi banyak ilmu belajar sambil bekerja. Kalau syarikat lain bayar mahal-mahal untuk belajar "Presentation Skill Course", saya dapat belajar percuma. Siap dibayar lagi. Wuhuu!

Risiko: Tak cukup tidur.

Hasil: RM100-RM200 per event.



5. Jadi Fasilitator.

Saya berpengalaman menjadi fasilitator buat kem-kem yang dianjurkan oleh UIA. Pelantikan secara rasmi. Siap kena pergi interview nak jadi fasi. Setiap semester akan ada 2-3 kem yang dianjurkan. Sambil kerja sambil dapat ikut travel ke resort, pantai. Makan minum tempat tinggal semua di sponsor. Wuhuu!

Risiko: Tiada.

Hasil: RM50 setiap kem.




6. Jual Kuih Raya

Bila tiba bulan Ramadhan biasanya tengah cuti semester. Jadi saya duduk di rumah buat kuih raya. Ye lah, daripada tak buat apa kan. Jual kuih pun kepada kawan-kawan dan jiran-jiran. Alhamdulillah ada lah sikit hasil.

Risiko: Tiada.

Hasil: RM200-RM300.



7. Jual Nota Sendiri.

Di UIA, saya banyak buat peta minda untuk subjek-subjek yang saya belajar. Dan Alhamdulillah dapat ilham untuk berkongsi peta minda ni dengan junior-junior yang lain. Memandangkan saya ada printer sendiri, jadi saya buat copy sendiri dan menjual setiap copy kepada sesiapa yang nak copy tu. Alhamdulillah dah masuk 6 semester saya buat jualan ni, dan hasilnya sangat positif, untuk pelajar-pelajar lain, dan untuk bisnes printing saya juga.

Risiko: Orang lain fotokopi tanpa izin. Allahualam.

Hasil: RM100-RM500 sebulan.



8. Wakil Universiti.


Saya main sukan sebab memang minat dan salah satu cara saya dapat sihat tubuh badan. Kepuasan bermain tu best. Disamping tu ada juga lain yang best. Dapat baju free, dapat makan free, dapat jalan-jalan dan dapat elaun. Yeah!

Risiko: Kecederaan semasa bermain (pernah masuk hospital dan 3 bulan nak pulih)

Hasil: RM60-RM80 per tournament




9. Jual Baju. (MY Travel Shirt)

Ni paling terbaru. Memandangkan dah ada sedikit pengalaman travel luar negara dimana rasa nak menangis sebab orang lokal tak bercakap bahasa inggeris, jadi dapat idea untuk buat T-shirt travel. Dapat idea ni dari internet juga tapi ubah sikit untuk memudahkan saya sebagai Muslim traveller ke mana-mana. Makanan halal dan masjid untuk solat itu harus ada. Jadi tadaaa. T-shirt ni ada icon kedua-dua ni. Alhamdulillah family dan kawan pun support dengan membeli dari saya dan hopefully dapat memudahkan ramai lagi traveller kat luar sana untuk travel tanpa risaukan cabaran berbahasa asing.

Hasil: RM50-RM200 sebulan.



_____________________________________________________________________________

Apapun, banyak sebenarnya cara untuk cari duit sewaktu kita belajar. Ada kawan yang boleh buat sampai beribu-ribu dengan servis sewa kereta, jual tudung, part-time catering, jaga butik dan banyak lagi cara.

Satu lagi, memang nampak banyak duit ada, tapi keperluan seharian memerlukan duit juga, ada juga saya gunakan untuk belanja makan. Dalam masa yang sama kena pandai berjimat. Sewaktu di universiti, memang jarang saya keluar lepak di shopping mall, tengok wayang, makan di kafe hipster dan shopping. Dan bila jadi fasi, jadi volunteer, jadi wakil uni ni kebanyakan waktu tak perlu keluar pun duit untuk makan.

Dan kelebihan ada simpanan ni, bila syarikat penerbangan buat promosi return tiket murah memang tak hengat, duit dah ada dalam tangan untuk terus beli, justeru menjadikan travel kita murah dan jimat. Jadi selalunya saya plan awal-awal bila cuti semester dan beli tiket bila ada yang murah. Ada kawan atau tiada kawan nak ikut fikir nanti. Nanti boleh ajak. Kalau tiada travel solo pun apa salahnya kan? Lagi adventure. :)

Alhamdulillah selama 4 tahun belajar di UIA dan setelah berjaya menyimpan duit, saya berjaya travel didalam dan diluar negara sebanyak 17 kali, dan berjaya mencapai lifetime travel wish iaitu ke Scotland! Antara tempat yang pernah saya kunjungi:

Tahun pertama:

Singapore
Songkla, Bangkok, Thailand (Trip Universiti)
Tahun kedua:

Kawah Putih, Bandung
Tahun ketiga:

Kundasang, KK, Sabah

Langkawi

Jogjakarta, Indonesia


Semeru, Malang, Indonesia


Dieng, Indonesia

Tahun keempat (Program Pertukaran Pelajar ke Turki):

Istanbul


Pamukkale


Cappadocia

Bursa


Athens, Greece
Rome

London

Liverpool


Edinburgh, Scotland

Glasgow, Scotland


Krabi, Thailand
Banyak gambar travel saya post di IG :)
Jemputlah nak follow @izzvtzvid

_____________________________________________________________________________

Harapnya post ini dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk kawan-kawan diluar sana yang masih belajar dan ingin mencari pengalaman mengembara atas bumi Allah yang luas ni. :) Apapun segala rezeki datang dari Allah, kita berikhtiar dan akhirnya bertawakkal pada Dia. Tetapkan niat yang baik setiap kali nak travel dan insyaAllah banyak berdoa biar Allah permudahkan.

Sekian, wasalam.

Tuesday, June 14, 2016

Berpuasa di Kalibiru dan Kedong Pedut, Yogyakarta!




Kalau mencari percutian alam yang menyeronokkan, Yogyakarta menawarkan kesemuanya! Pantai, gunung berapi, bukit, air terjun, gua, water rafting, semua ada. Alhamdulillah saya dapat kesempatan ke sini lagi, buat kali ke-5, dan berkesempatan bertemu kawan-kawan saya di sini. Kali ini, kami memutuskan untuk ke Wisata Kalibiru.

Lokasi wisata Kalibiru ini terletak kira-kira 40 km dari kota Yogyakarta dan mengambil masa 1 jam untuk sampai. Disarankan ke sini naik motor atau jip, kerana jalannya berbukit dan kondisi jalan masih berbatu. Tetapi sepanjang perjalanan memang seronok tengok permandangan sekeliling. Permandangan sawah padi dan bukit memang cantik.



Sampai ke destinasi Wisata Alam Kalibiru, kami memarkir motor kami dan terus masuk ke dalam. Tiket masuk berharga Rp.10,000. Kalau weekdays katanya cuma Rp.5,000. Dua kali ganda beb! Tapi tak apa, dah alang-alang sampai masuk je lah. Fuh permandangan dari atas.. Memang cun! Selalu tengok dalam gambar je, kali ni nampak depan mata. Memang tak lepaskan peluang lah untuk bergambar di situ. Ada lokasi yang disediakan khusus untuk bergambar, tapi kena bayar Rp.15,000 untuk ke sana. Tapi bila tengok gambar, memang berbaloi lah!

Sebelum naik ke atas kayu tu fikir masak-masak nak posing macam mana, sebab kita cuma diberi masa 4 minit untuk ambil sebanyak mana gambar yang kita nak. Tak dapat lama-lama, orang ramai beratur nak naik juga :D

Den torbang ni haaa



Kalau nak buat aktiviti lasak flying fox, panjat tali pun boleh. Bayaran untuk 5 aktiviti cuma Rp. 35,000. Memang seronok tengok orang buat, dapat ambil gambar atas tu pun seronok. Saya tak buat sebab waktu kesini bulan puasa. Jadi santai-santai je lah ambil gambar.




Untuk yang nak bermalam di sini, khidmat homestay juga disediakan. Harga sekitar Rp. 300,000 semalam. Satu bilik tu boleh duduk sampai 6-8 orang. Nak jimat boleh tong-tong duit. Baru berapa belas ringgit sorang. Musolla dan tempat makan pun ada. Jadi tak perlu risau.

Boleh tidur ramai2 dalam ni. Sejuk pun sejuk,




Selesai di kalibiru, kami meneruskan perjalanan mencari air terjun. Saya diberitahu ada 3 kawasan air terjun di sekitar kalibiru ni. Dan saya berpeluang ke salah satu.




Lebih kurang satu jam ambil masa untuk sampai ke air terjun Kedong Pedut yang terletak di Kulon Progo. Sekali lagi, permandangan ke sana memang cantik ya Allah.


Rasa macam kat NZ pun ada hihi



Lepas tu dah sampai ke kawasan air terjun lagi lah ternganga. Air dia lawoooo. Subhanallah. Nak tiruk pun best ahahaha siap ada tempat terjun 5 meter. Menggigil kaki den kek atas tu, tapi dah cubo sekali nak lagi. 😄




Seharian memang berbaloi spend di sini. Kalau nak fefeeling duduk desa pun boleh lepak2 makan di gerai2 sekitar kampung tu. Habis mandi perut dah berbunyi, Alhamdulillah otw balik masuk waktu maghrib dan kami pun berbuka bersama.

Memang kenangan yang indah untuk saya dapat jumpa kawan-kawan dan meluangkan time dengan alam bersama.

Kenalkan kawan-kawan petualang saya - 

Dhanang, Agung, Nusaibah, Arif, Ahnaf, Fajri, A'ad, Muhammad. :)
________________________________________________________________________

Apa pun, trip kali ini sangat berbeza dengan trip saya sebelum ini. Kerana trip kali ini ketika bulan Ramadhan dan tidak makan dan minum merupakan satu cabaran. Tetap kawan-kawan mengajar saya bahawa berpuasa tidak menghalang kita untuk terus melakukan aktiviti di luar. Berpuasa bukan lah penghalang untuk terus mengembara. Malah bagi saya ianya satu peluang untuk kita belajar macam-macam. Saya dapat travel dan terus belajar mengenali dunia dan budaya orang lain.

Satu pengalaman menarik yang saya dapat ialah berbuka bersama di lesehan. Kerana azan maghrib berkumandang ketika kami masih di atas jalan, kami mengambil keputusan untuk berhenti dan makan sahaja di gerai tepi jalan. Berbentangkan tikar dan lampu dari handphone, kami berbuka puasa bersama. Memang pengalaman yang cukup berharga. Kami juga berkongsi makanan sesama kami. Nikmat berbuka bersama itu menjadikan detik itu detik yang sangat indah buat saya. Syukur untuk semua rezeki yang Allah bagi.

Bak kata orang, pengalaman itu lebih mahal harganya dari emas.

Akhir kata,

Jangan dirumah terus, Indonesia itu indah!