Drop Bar Menu

Friday, May 28, 2010

boyfriend.

tangan ni terasa sangat malas nak menaip dan menulis . thehee ~
lama tak update kot blog aku ni .

oke lah . Assalamualaikum and hye :)
topik aku kali ni macam pelik sikit , eh , pelik ke ? aku rasa topik yang common lah bagi remaja .
HAHA . oke lah . kalau teenagers kan , perkataan couple tu common ah . kan kan ?
and sebagai seorang yang nak mencecah 17 tahun , pelik ah kalau takde boyfriend . [most teenagers think this way] . hmm , yeah right . aku bukak facebook pun , kadang2 aku naik geli baca ayat2 cinta budak remaja sekarang . melampau bukan main , baru couple gaya dah macam suami isteri . rasanya orang yang dah kahwin pun tak macam tu .

ah tak kisah lah . aku taknak masuk campur hal rumah tangga orang . perlu ke ? HAHA .
hmm , anyway . berkaitan dengan topik aku ni , for girls .. kekasih digelar boyfriend kan . thehee . aku pun tak tahu kenapa aku tak tulis pasal boyfriend ni .

actually pagi tadi borak2 jap dengan mak aku . and dia tanya aku takde siapa2 special ke ? HAHA . aku jawab je . "mana ada lagi ma. tak main la boyfriend2 ni." , and mak aku dengan relaxnya cakap "yelah tu takde , ni mesti dah ada yang special ni .. tak nak bagitahu mama ye." ahahahahah , tergelak aku kat situ . ye , mama mengidam nak menantu eh ? *cewah , gedik ;). takde lah , mak aku mesti lah nak ambil tahu pasal aku kan :)

um , yup . aku takde boyfriend , aku tak berminat . aku single .
err , kawan2 aku ramai je kot tak percaya . huhu . maybe sebab aku selalu admire orang kot . hm , admire ? so what ? bukan nya aku suka diorang betul pun . ye lah , ada lah sebab aku admire dorang . pandai ke , handsome ke , tough ke . <-- normal teenager . HAHAHA . perasaan tu susah nak sampai la ke hati . yup . :) hehe . saje je ngada2 . lagi pun dorang tak tahu . no big deal . aku tak suka pun . hehe .

tapi perasaan cinta tu normal kan bagi remaja . siapa je taknak mencintai dan dicintai ? yang bezanya , mampu ke tak seseorang tu berjihad . tipulah aku takde minat siapa2 , haha . ofcourse ada . tapi aku tak berminat pun nak bercinta sekarang . nak tu nak jugak . ;) tapi entah . biar je lah . bukannya penting pun . tak mati pun takde boyfriend . maybe dah masuk U nanti baru fikir . or maybe not . aku rasa banyak lagi benda aku kena belajar sendiri. bercinta ni hanya akan jadi penghalang . seriously . lagi pun , siapa nak pasangan dia orang biasa ? confirm ah semua orang idam-idamkan someone yang at least ada ciri-ciri pandai , handsome , kaya , baik . tipulah kalau tak . tapi yang diidamkan tak tentunya kita dapat . so , kalau diri kita tak seberapa , layak ke kita nak dapat orang yang kita nak ? so , actually , itu lah yang aku pegang . hmm , aku ni SPM pun tak lepas lagi . kerja pun takde lagi , pengalaman pun tak banyak . makan minum pun mak bapak tanggung . HAHA asal cam patut cakap kat laki ? hmm , sama je lah . so buat apa nak fikir bercinta ? baik bina diri dulu kan . baru orang pandang .

bercinta untuk KAHWIN , menghalalkan yang haram . bukan untuk NAFSU , mengharamkan yang halal .


cuba fikir , rasa - rasa SEMUA orang suka barang baru , first hand kan ? kalau barang second hand , third hand , fourth hand .. siapa nak hargai sangat ?
lagi satu , SEMUA orang jugak suka barang mahal , kalau barang murah tu apa lah sangat . beli pastu campak merata2 je . kalau barang mahal , confirm siap buat peti besi lagi nak jaga .
betul tak ? betul kan ? :) so , jadikanlah diri ni , barang yang baru dan mahal . only those people yang betul2 mampu and layak je boleh miliki kita . hee ~

aku rasa takde maknanya budak sekolah bercinta . orang dah cakap , itu cinta monyet , tak nak percaya . anyway , nak buat macam mana , itu fitrah kan . apapun , aku respect sangat bagi orang yang tak bercinta ni . you know , aku rasa , mostly lah kan , kalau orang tanya ada bf / gf ke tak , ramai yang malu nak cakap TAK . hmm , aku bangga je cakap TAK . and aku suka sebab aku takde ... lagi .. hehe . alaa .. biarlah kan , semua orang ada jodoh sendiri . cepat atau lambat jumpa , itu tak pasti . yang penting , sekarang ni ada masa untuk diri sendiri . baik fokus kat diri sendiri . dah kahwin nanti kena jaga orang lain lak .pastu nak banyak pulak merungut . so , bila dah ada masa camni , baik hargai diri sendiri . sampai masa semua orang merasa jugak bercinta . so , what's the rush ? relax sudahh kan . :)

HAHA . the conclusion is , aku rasa better fokus study dulu . nanti jumpa gak la jodoh :)
anyway , aku bangga dengan diri aku sendiri . aku taknak jadi orang lain .

aku tak kisah kalau aku tak cantik , tak sempurna , tak hot or whatever . yang penting aku tahu kemampuan diri aku . and aku tahu aku nak jadi lagi hebat dari orang biasa :)

umm , try reading THIS <--- click

oke lah . sampai sini je :) aku pun akan ambil iktibar . semoga Allah sentiasa beri hidayah kepada aku . :)

tata . salam .

lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan wanita yang baik untuk lelaki yang baik

No comments:

Post a Comment