Drop Bar Menu

Saturday, June 12, 2010

adventure ,

hari ini dah hari ke 3 aku kat Indonesia .
dan setakat ni , trip kali lah yang terbaik untuk cuti ni !! HAHA , i got the chance to climb Merapi . HAHA . so here's how everything goes

2200 : 11 June 2010
Dari tempat yang aku stay [UMY] , aku naik van untuk pergi ke tempat kaki gunung . 2 hours perjalanan . dalam van uh aku fikir nak tidur , tapi tak tahu nape tak leh . actually dari pukul 8 lagi , kat rumah , aku try tidur . tapi tak dapat . sume SUJU punya pasal la ! huhu .. asyik teringat lagu bonamana ~ badan aku takleh relax . HEHE . tapi tak kisah lah . dah tak boleh nak buat macam mana kan . so , otw tu , dalam van , takleh tidur , aku main nset je la . hmm , agak2 dah sejam jalan entah kat mana aku tak tahu , sampai aa dalam kawasan kampung ni . huhu , jalan dia macam nak masuk genting . macam ular :D seronok aa tengok permandangan luar . lawa kot :)



0000 : 12 June 2010
(HAPPY BIRTHDAY AMIERA FIRZANA , love you so much! muahx ♥ ♥ ♥)

ah , time ni dah sampai kat rumah abang yang jadi tukang guide . sementara ayah aku lepak kat bilik , aku duduk kat luar tengok langit dan yang aku terpegun , bintang kat langit tu, sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat lawa . tau x , tau x .. ni lah 1st time aku tengok langit lawa camtu . sangat banyak bintang dan terang dan lawa .. kat Malaysia even hari2 tengok langit , tak pernah jumpa permandangan selawa tu . know what , my heart is throbbed at the moment . It was soooooooooooooo beautiful , subhanallah , subhanallah . memang , aku tak tahu macam mana nk gambarkan . tapi permandangan tu aku sendiri tak pernah tengok dengan mata sendiri selama 17 tahun aku hidup. cantikkkkkkkkkk ! kalau dari hotel kat sini , takde la terang macam tu , tapi kat kaki gunung uh , ya Allah , aaaa .. sangatx10000 cantik . aku excited lak ! ahahaha . tp aku lupa nak amek gambar . ahh , tapi memang lah . smpai je situ , aku dah seronok , tengok bintang . aku rasa dah macam nampak 1 bimasakti . the whole . terlampau banyak , packed gila langit . fuhh , dah la . rasanya kalau nk cakap pasal bintang ni , boleh jadi tak sambung cerita aku ni . HAHA .

ayah aku cakap , start mendaki pukul 1 pagi , so meanwhile tu lepak la kat rumah kat situ . and then tak lama tu datang satu lagi group . 3 orang . from France . :D hmm , dalam sejam tu , tau2 je la ayah aku , peramah dia tu kat mana2 je . :D so , macam2 dia borak . ada je topik . huhu . and ayah aku boleh cakap French ! kenapa aku tak tahu ? =_=' he's my dad . banyak lagi rahsia dia aku tak tahu ye . huhu . hmm, aku tak faham apa2 pun dorang cakap . kalau English tu faham la .
ada la jugak ayah aku cerita pasal dia pergi negara ini itu . know what ? he knows French , Arabic , Japanese , Chinese , Javanese and banyak lagi .. arhh , jealousnya ! time tu aku diam je , segan la .. lagipun aku tak reti nak mulakan perbualan dengan orang dewasa . HUHU *need to learn how to do that!* hmm.. aku duduk je lah dengar . at this time of the day , suhu kat situ sejuk . belum naik lagi =_='

0100 : 12 June 2010
we started climbing around this hour . awal tu , just naik bukit , ikut jalanraya . ada la kot 1 km , jauh gak la .. and memang naik bukit , no flat surface . foahh , and suhu time tu , around 15 degree celcius . sejukkkk .. huhu , after a 'little' walk , we rested for a while , drinking water and we continued our journey . ngehngeh , before sampai base camp 1 (About 6000 ft) , ada la 3 kali kot stop =_=' . seriously , aku cakap aku tak fit ! arhh , stamina tu ada , tapi tak fit . banyak kali kena tegur ngan abah sebab bernafas sambil jalan . well , banyak la technique mendaki yang ayah aku ajar , antaranya :

1 . mendaki jangan banyak bernafas .
2 . badan straight , jangan pandang bawah so tak payah inhale banyak oxygen , cepat penat .
3 . langkah jangan besar . nanti banyak guna tenaga .
4. jangan step atas batu , takut tergelincir .
5. jangan lalu ikut rumput .

banyak lagi lah . hmm , secara jujur , ayah aku panjat relax je .. tapi aku ? cehh , dalam 1/2 jam mendaki berhenti minum air , for oxygen dude .. tapi sekejap je la . memang ah , aku x fit sangat . nasib baik tak pancit . mwahaha . need to learn the breathing techniques used for sports . ah , kecewa gak la ngan diri sendiri kan . tapi takpe ah . :) after 2 jam hiking , climbing , sampai jugak kat base camp 1 . time ni kol 3 pagi . ohh yea , ni 1st time gak aku naik gunung time malam . sebelum2 ni , pagi , so xguna torchlight . kali ni memang bergantung kat lampu . kalau tak dah lama maut =_=' . takut gak ah , certain2 time aku ngantuk , rasa cam nak tidur je . tengah panjat ni , haha , sebelah tu gaung . ada 2 kali kot tergelincir . berdebar gila hati ! sikit lagi nak jatuh . fuhh , still alhamdulillah sampai jugak base camp 1 . ahh , time tu sejuk . makin sejuk .. aku sempat jugak la tidur 10 minit . ngantukkkkkkkk ~ :D kat sini permandangan dia not bad . rumah2 nampak cam semut je . banyak lampu . huhu ..


0300 : 12 June 2010
kol 3 lebih la. continue naik , dan part ni dah start mencabar sikit sebab dah masuk part batu bata . well . actually tanah kat situ dari lava gunung berapi yang dah keras . HOHO . so , kinda hard there . kat sini , aku takut , sebab makin susah and mencabar . nak pandang belakang pun tak berani , sebab nampak curam je kat bawah . huhu , ada la kot 2 jam climbing before sampai ke part before jalan nak sampai puncak.

oke , part ni . bukan setakat batu je belambak kat situ , ppkok nak bergantung pun dah takde . ada la tapi 1 - 2 - 3 - 4 je kot . tak lebih yang aku perasan . huhu .. time ni , ahh , memang kena careful gila gila . kasut pun kalau takde grip , dah lama dah boleh mati dalam iman . fuhh , because kadang2 susah sebab nak tergelincir dan tiada tempat untuk berpaut . orang guide tu cakap , ni jalan shortcut lebih kurang , so , memang jalan ni tak di galakkan lalu sebab bahaya . especially kalau hujan , memang TAK boleh ikut jalan ni . ahh , ayah aku pun cakap bahaya . time ni jugak aku tak berani pandang belakang . imagine , tanah and batu je , and curam dia about 60 degree . ni betul2 climbing , huahua .. seraaaaaaaaaaam tau x .

0430 ; 12 June 2010

ahh , dekat2 la . time ni dah dekat final part before sampai puncak . ohh , umm .. time ni la .. dengar azan . wahh :) tenang sikit jiwa . huu .. final part , semua batu , besar2 pulak tu . hmm .. penat dah kat sini , dan ngantuk . (yawnn) . tapi akhirnya sampai jugak ! yay !!













0515 ; 12 June 2010 .

yahh ! Alhamdulillah sampai puncak . 1st sampai , ada kubur kat atas tu , peringatan untuk orang yang meninggal kat atas . hmm .. time ni , dah start sejuk .. around 7 degree celcius .. sejuk .. aku letak beg and solat subuh kat atas tu . wahh , seronok kot ada pengalaman camni :) solat atas tanah , seriously rasa rendah diri tapi perasaan tu wonderful .. satu rasa yang boleh aku kata nikmat . hehe .. dh hbs tu aku duduk2 je , actually , ada lagi 1 kilometre lebih kurang , untuk pergi ke kawah gunung berapi . tapi err .. tak cukup keyakinan diri la .. nak naik tu , 80 degree .. mmg tengok pun ... haaaaa .. aku nak naik ! menyesal kot tak naik , tapi entah , dengan kepala aku tak berapa nak betul , still sleepy , aku takut jugak nak pertaruhkan nyawa aku . one thing yang ayah aku cakap buat aku cuak ,

this gunung is not something you can take for granted .

dan

gunung ni 10x ganda lagi susah dari kinabalu .

HOHO , kalau abah sendiri cakap camtu , memang kena careful la . tapi takpe lah , tak tengok kawah pun , at least dapat tawan puncak atas tu .. yahhh !!

0600 ; hari sama lah =_='

masa ni , suhu dia makin kurang , ayah aku cakap dalam 5 darjah celcius . wahh , bila bernafas pun dah keluar asap . *Asap ke ? what do they call it ? but memang sejuk la .. sampai kan 1 jam lebih aku tak buat apa2 but menggigil . time ni pun , 4 lapis baju aku pakai . 2 t-shirt kt dalam , 1 sweater and luar sekali baju sejuk yang tebal uh . tapi still tak dapat buat apa except menggigil . angin kuat kot kat atas tu . brrrrr.. yang aku terkejut , ayah aku cakap bibir aku biru dah . hoho ! x sangka lak sejuk smpai camtu sekali . hmm , sejuk lah ! :D nak tidur pun tak boleh , grr ..

tak kisah lah , aku try isi perut , tapi nak termuntah tengok makanan . HAHA . so makan roti sekeping je . *ceh , kesian kan ? :D HAHA . takde ah . oke la tu , daripada muntah kat atas tu.. lagi tak larat . (nak muntah sebab tak cukup stamina . :D ) lepak je la kat atas tengok permandangan and tak buat apa2 . sikit2 amek gambar kat puncak :)

0730 ; 12 Yuniu sanah alfaini wa asyar .

>.<>

1000 ; 12 June 2010

ah , alhamdulillah , dah sampai bawah , kaki aku dah shaking , aku sendiri tak leh nk stop . maybe sebab penat sangat kot kaki , nak berdiri pun tak larat . hmm , aku sampai terus mandi dan tukar baju .. air dia mak aihhh .. sejuk !! menggigil aku pastu .. sempat ah tidur sekejap before balik UMY . :) 1200 ; 12 June 2010 sampai hotel . wallaaaaaahh .. tidur !! :) tapi sekejap2 bangun . HOHO .. online , makan , solat . pastu tidur balik.. ohh yeah , nikmat kot . ^_^

oke . itu je lah . panjang lebar kot cerita aku , HAHA confirm ada tertidur baca kan . xpe , aku kisah apa . aku tak nak lupa benda ni . so let me post it here .. :) hmm , last kan , sekarang ni .. aku tak dapat nak percaya lagi yang aku berjaya sampai atas .. arghhh .. aku fikir balik tapi aku tak tahu mana logik akalnya aku dapat tawan gunung ni . time turun tu , sangat jauhhhhh .. tak perasan lak sume ni masa naik ? maybe ye kot , kepala aku mamai time naik . so xsedar sangat , huh , BAHAYANYA ! sengal la jat... tak patut tak patut .. takpe lah , yang penting selamat sampai :) yayy !! whoaa .. I dah tawan gunung berapi 9000 kaki . *kinabalu 12000 . sikit lagi tu . lepas SPM ajak abah g KINABALU . :) jom jom , jom lah ikut sekali . Kinabalu senang kot , tangga , jambatan , sume dah tersedia . bukan batu kosong cam kat sini =_=' ah , dan juga aku perlu tingkatkan stamina . hee .. kan best kalau aku ni jai .. stamina tinggi . whoa !! takpe ah , best apa jadi diri aku . kan ? nak jadi aku tak ? HEHE >.<

THIS IS THE TRUE ADVENTURE !! LOVEEEEEEEEEEEEEEEEEEE IT :)

No comments:

Post a Comment