Drop Bar Menu

Tuesday, September 7, 2010

adoi , SPM ~

3:17 a.m.
pergh , sangat lambat aku tidur . kan ? seriously aku ngantuk ! tapi tak nak rumah terbakar punya pasal aku stay up la dulu . hehe . adik2 aku dah tidur . and tadi buat biskut cornflakes , wahhh .. ni 1st aku buat sendiri tanpa mak n kakak aku tolong . :D

hari ni mood aku pelik sangat , i mean , sekarang mood aku macam pelik . aku sendiri tak tahu macam mana nak describe , nak cakap stressed , tak jugak , nak cakap boleh gelak2 , tak jugak , nak cakap sunyi , tak jugak , sedih ? lagi lah takde sebab. hmm .. tapi satu benda yang aku pasti , SPM dah start menghantui aku . aku dah rasa SPM dekat sangat , dan yang buatkan aku lagi takut , bila aku fikir hakikat yang ni penentu masa depan aku . JPA pun bagi biasiswa kat orang yang dapat 9A+ , tapi trial baru2 ni ? 1A+ je ! mana hilang lagi 8 ? nak harapkan graf SPM , kalau tak dapat nak yakinkan diri confirm turun , macam mana nak tenang ? huhu . ah , aku macam gelabah ah . macam rasa perlu study , study , study ! tapi otak aku tak jugak gerak . sbb takde pressure kot . nak minta orang kasi semangat , menyusahkan orang . ahhh !

aku pandai la main kata2 bagi nasihat kat orang ini itu , tapi kena batang hidung sendiri , aku tak dapat nak naikkan semangat hidup aku . mama cakap aku dah kena belajar naikkan semangat sendiri dan tak harapkan orang lain . baru lah matang , dapat hadapi cabaran . huhu .. hmm , anyway aku call mirash pagi tadi , borak ngan dia . orang cakap kalau cakap ngan dia rasa tenang . betul la kot :) dia cakap balik apa yang aku cakap kat dia (serius xingat pernah cakap camtu) . huhu time tu spontaneous kot . oke la , dia cakap aku selalu takde semangat (ye eh?) tapi bila aku ada semangat , menakutkan ! <--- mirash yang cakap . Huhu .. betul kot , aku kalau bersemangat mmg hyper sikit . sampai KT kelas aku pun suka cakap aku masuk air . sengal . HAHA . apa pun , serius aku perlukan semangat tu , tosh toshh .. mana kamu ? come here .. chik chik chik meow meoww.. aku rasa semangat aku tengah merajuk , aku dah lama tak layan dia , asyik sedih je . sengal la . datang la ..

apa pun , lastly , kot , aku nak minta maaf kat kawan2 aku , kepada certain2 orang , kalau aku tak layan korang sangat , sorry ah kalau terasa ngan aku , aku macam dah takde mood sangat nak buang masa , nak layan perangai ngade2 korang . tapi bila aku free aku oke je . hmm , tolong lah aku , belajar .

Jue (DV) ke ? Ama (Messi) ke ? Farah ke ?
'Izzat ke ? Amir ke ? Haziq ke ?

Ya Allah , Kau tetapkanlah hati aku untuk terus menuntut ilmu dan mengulangkaji . Kau berkatilah ilmu yang telah Kau kurniakan kepadaku . Janganlah Kau meletakkan hijab agar aku dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan baik . Berikanlah kejayaan yang cemerlang buatku dan rakan-rakanku dalam trial JPNS dan SPM 2010 . Amin ~ :)

apa pun aku tahu , aku tak patut takutkan SPM , patutnya SPM yang takutkan aku kan ? grr .. garang ni , gigit baru tahu ~ HAHA .. dah la , merepek dah . hmm .. nak tidur lak .

assalamualaikum :)

2 comments:

  1. kelakar ayat last tuh. btw, good luck. :D

    ReplyDelete
  2. ait,asl ade nme aku lak??hahaa

    ReplyDelete