Drop Bar Menu

Saturday, March 26, 2011

Aku student biasa . (:

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum :)

Hmm . Aku student biasa :) yup . student biasa je . tapi memang aku suka buat benda yang luarbiasa . tu lah kot orang suka cakap aku PELIK . HAHA . cikgu cakap aku unik . teacher norlia cakap . hmm .. post kali ni , aku cuma nak share cara aku belajar kat asrama . orang tanya rahsia kejayaan / cara aku belajar . aku pun tak tahu nak jawab macam mana . sebab aku sedar aku student biasa je . kalau baca kat majalah pasal rahsia2 kejayaan budak2 top , best student , memang macam 'woww , patut pun' . aku takde gempak2 macam tu . tapi aku cerita jugak :) maybe yang baik boleh jadikan ikutan , yang sengal2 tu korang baca , gelak , lepastu lupakan eh ?

oke , teruskan membaca . post ni , sesungguhnya aku takde langsung niat nak puji diri . berapa puluh kali jugak fikir nak post ke tak nak . macam poyo je apa lah . takut jugak . kalau nak puji diri pun , maybe aku suka cakap aku comel walaupun aku tahu aku tak comel . HAHA . apa ni ? takde kaitan . hmm .. oke lah . jom , once upon a time ...


lahir seorang bayi yang sangat comel momel diberikan nama Izzat ~ dia perempuan eh . haha . Subhanallah , ciptaan Allah cukup sempurna kan . :) cuba lah korang tengok diri korang . cukup sifat , sempurna . marilah kita sama2 memanjatkan kesyukuran kerana diberi rahmat yang sangat berharga ni . Alhamdulillah .. back to the story , nak dipendekkan cerita . time form 4 dia ditawarkan masuk ke SMAP Kajang (satu lagi rahmat yang berharga) .

maka bermulanya disini ..

Aku bermula dari bawah , aku masuk form 4 ambil aliran Sains Tulen Agama . 11 subjek .
masa form 4 , aku takde lah perform sangat , ujian pun ranking 50++ . tapi Alhamdulillah , time final year aku no. 10 , terkejut gila kot . kot kot terkejut . mungkin masa ni barulah nama Izzat Zaid tu wujud dalam kalangan pelajar2 SMAPK . Alhamdulillah .. aku pun tak sangka .

cukup sampai situ , aku segan kot . rasa macam berlagak gila . sorry2 . takde niat . camni , cara aku study ---

p/s : teruskan membaca . nah , aku guna warna warni . hehe

FAHAM bukan HAFAL
uhh , yup . Faham .. aku ni pelik , sekali lagi , aku rasa aku pelik . ni adalah salah satu kelemahan aku jugak lah (aku tidaklah rajin sangat) , aku ni jenis yang kalau study , aku takkan move on to next chapter selagi chapter yang awal tu aku tak faham atleast 90% . for example , biology - jangan hafal melulu je . hm , apakah ? membabi buta ? haa . tidak , jangan begitu . fahamkan betul2 sebab dia , kenapa kita penat kalau lari ? kenapa kita ini itu . so , even benda yang takde dalam buku . or tak masuk exam . jangan lah buat bodoh . keep away this attitude

"lantaklah , buat apa nak amek tahu , bukan masuk exam pun"

ilmu ni bukan setakat yang dalam buku teks , cari extra apa salahnya . so , aku , selalunya nak FAHAM satu bab tu ambil masa seminggu . otak aku asyik blurr je . aku jenis bukan dari awal tahun komited nak study ni ~ awal tahun kerja aku main je , keluar sekolah , sukan . =_=' tolong jangan ikut . so aku risau kalau aku tak dapat move on sampai chapter akhir2 . tapi alhamdulillah sebelum SPM sempat , cuma ada sikit2 tak dapat hafal fully . so , korang amek lah sikit masa , hujung minggu tu , belajar balik apa yang cikgu ajar dalam kelas . Esp PHYSICS , ADDMATHS , CHEMISTRY (memang kena FAHAM !) . kalau tak faham awal2 , masuk form 5 nanti menyesal sebab jadi blurr . macam aku , chapter physics yang form 4 tu , time form 5 aku study balik dan mulalah keluar "ooooooooooooooooooooohhhhhhhhhhhhh , weh korang , ni macam ni eh ? baru ana faham !" "so kiranya bouyancy tu ini lah eh ?" kesian jugak kat diri aku ni . hehe excited sorang2 . addmaths pulak - bulan 8 2010 baru aku faham apa itu addmaths . tapi Alhamdulillah sekali lagi , Allah bagi kesempatan untuk aku faham betul2 . jadi ingat , FAHAMkan !

TIDUR YANG CUKUP .
tidur aku memang cukup , sangat - sangat cukup eventhou aku stay kat asrama . member2 aku tahu kot kenapa . HAHA . oke lah , generally . jangan stay up malam2 . scientifically , waktu malam adalah waktu terbaik untuk rehatkan badan . time tu lah waktu paling tenang , sejuk , senyap - tu sebab time 2/3 malam waktu yang paling sesuai untuk bermunajat menghadap Allah . paling otak kita rasa tenang , tiada gangguan dan dekat kepadaNya . oke .

tapi yes juga , pada waktu malam kita tidur , sebenarnya otak kita 2x lebih aktif bekerja . semua pembelajaran dan pemerhatian yang dilakukan sepanjang hari , time ni lah nak proses masuk dalam kotak memori kita . imagine korang penat2 belajar 8 jam sehari kat sekolah , pergi stay and tidur pun 2 jam je . tak ke rugi tak dapat save dalam memory sepenuhnya . lagi satu , kelebihan cukup tidur ni , waktu ni jugak lah body korang nak repair dead tissue semua bagai . korang perhatikan sendiri , jari korang luka , pastu tidur , esok dah jadi scab kan ? Subhanallah . Allah Maha Bijaksana . Amazing kan macam mana ini itu semua jadi ? see , belajar bio teacher Natrah & teacher Azma mesti kaitkan dengan kebesaran Allah . Aku sendiri kagum , sangat kagum .

sambung tau , 4 jam tidur pada siang hari = 1 jam tidur waktu malam . korang stay up sampai 3-4 pagi , tapi dalam kelas tidur , tak fokus , mengantuk . rugi tau ! 8 jam tidur dalam kelas = korang tidur 2 jam , eii ~ rugi sangat . so kesimpulan dan cadangan , tidur tu mesti cukup ya :) gunakan betul2 masa tidur korang . dan nak berqiamullail pun , satu perkara yang sangat digalakkan .

click here to find out more about SLEEP . :)

NIAT IKHLAS KERANA ALLAH :)
yup , niat tu akar kepada setiap perkara yang kita buat . so , sebelum masuk kelas , tetapkan niat " ya , aku belajar ikhlas kerana Allah bukan sebab terpaksa " . kalau ini lah yang anda lakukan , percayalah , rasa seronok sangat masuk kelas . tak sabar2 tunggu cikgu masuk ! tapi kadang2 aku takut jugak bila homework tak siap . hehe . ini jangan buat , ish ish ..

oh ya , senyum pun penting . SMILE , macam ni -----> :) .
kita senyum kan , dapat rasa semangat tu datang . tiba2 . like magic tau . pastu bila kita senyum . secara automatik , kawan2 kita senyum tengok kita senyum , lagilah kita bertambah happy , bila kita happy , orang lain pun jadi happy . bila semua dah happy , belajar pun jadi suka . :) wee ~ ya Allah , dari senyuman banyak benda yang baik terus menerus jadi . that's why orang rambut blonde suka cakap " begin your day with a SMILE " . betul2 , bukan suka2 hati dorang tau cakap camtu . everything happens for a reason . lastly , for muslims , DOA , doa senjata kita . doa yang kita baca before belajar tu , fahamkan lah , jangan hafal dan baca macam tu je . Maksud dia cukup bermakna . tak rugi kita memahami setiap doa kita . oke , nak ingat balik jokes yang pergi ustaz Syukri buat kat masjid .

"korang kena faham setiap maksud doa tu , terutama puteri2 kat belakang tu , mana tahu lepas solat dengan suami korang , dorang baca "Allahumma zidni zaujatan .... " .. haaa ~ korang pun aminkan je . dan dengan gembiranya salam tangan suami . "

hehe ~ oke , try lah cari maksud dia . or senang2 aku cakap "ya Allah , Engkau tambahkan lah isteriku .. " kan dah naya para gadis2 heyy .. oke fine . aku cerita tak lawak . =.= . abaikan ..

so , everything starts dengan niat . betulkan lah niat kita ya ?

BE ACTIVE IN CLASS
adakah korang pernah rasa bangga dengan diri sendiri sebab tak pernah tidur dalam kelas ? kalau pernah , baguslah , aku jealous dengan korang . nanti boleh share tips tak tidur dalam kelas dengan aku :) . serius . tapi kat sini , be active ni maksudnya . banyakkan bertanya dan menjawab . Jangan MALU . nak cari ilmu , kita jangan malu . sebab kita ni jahil , banyak benda yang kita tak tahu . Janganlah jadi bodoh sombong oke ? tak tahu , bertanya . even soalan tu korang rasa merepek gila , tapi ada kaitan , tanya je . cikgu takde nak marah or rotan korang sebab bertanya . lainlah kalau tanya soalan tak guna . soalan pelik takpe , jangan loyar buruk eh . bertempat sikit . so biar lah kalau classmate cakap

"aduh , asyik2 muka dia ni bangun . takde orang lain ke?"
"eh , tu pun nak tanya ke ? benda senang pun tak tahu ." ,

mind it . keep on this bertanya-attitude . takde salah nya . :)
sudah bertanya - menjawab pula . kita tak perlu jadi student yang kerek nak menjawab loyar buruk dengan cikgu . menjawab is , bila cikgu bertanya . TRY jawab . tak berdosa pun kalau jawapan kita salah . kita belajar . a wise man learns from his mistakes , not repeating the same one :)
aku memang bising dalam kelas , dan aku selalu juga angkat tangan untuk jawab soalan , eventhou jawapan aku selalu salah , esp kelas BM , selalu kena marah sebab main taram je jawab . tapi cikgu baik , cikgu terangkan balik benda yang betul . :) oke . go go chaiyok !

practise makes perfect ! still , be careful with what you practise :)

STUDY DALAM KEADAAN TENANG .
true . kalau tanya aku , aku tak boleh study bila aku stress or tension . tak masuk apa2 , rasa macam buang masa je . So , the key to let go of your stress is SMILE . you'll keep your mind in positive state . Jika aku stress , aku akan release dengan cara beriadah . main . :)

so kat sekolah , bila aku ajak orang main walaupun exam esok , meaning aku stress lah tu . Pernah sekali , around bulan 10 kot . aku stress nak dekat2 SPM , dan aku ajak kawan2 join main tak takde yang menyahut . so ada sekali tu , after prep , balik asrama solat , then , dengan still memakai baju KRS milik Nasya , aku pergi belakang court tennis bawak bola basket dan main baling2 kat dinding . HAHA sekuat hati . sambil menangis . nak menjerit segan ! (orang tak nampak belakang dinding) LOL . tak yah cerita lah . time lalu padang tu , ramai putera usha & ada jugak yang bahan2 panggil aku . sorang je puteri kat luar ASPURI . lantak lah depa . to that extend aku buat nak release tension . but then alhamdulillah , tension pergi main jauh2 . hehe :) boleh study balik .

exercising is also one method , seperti yang aku cakap awal2 tadi , ramai tak menyahut seruan aku ajak pergi main basket kat court =.= , tapi aku kisah apa , gilaaa punya idea aku bawak basikal and rollerblade pergi sekolah and main . ramai pulak hah join aku . bhahaaa ~ aku tak terasa pun , lagi seronok ada lah , ramai kawan join main ! yay ! why let your mind think negative aite ? boleh je kalau aku nak fikir "ooo , time dulu korang tak nak , bila camni baru terhegeh" errr .. not my style , orang datang kita menyambut (: ASPURI-PHOENIXian , sayang korang sebab sudi main dengan aku . err.. ana :) . best gila ! ^^

so , that's one of my way of keeping my mind relax , bila malam2 , boleh study .. ingat jugak , al-aqli salim fil jismi salim . alim lam aku dah taram . hehe . Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas .

JANGAN KEDEKUT BERKONGSI ILMU
Next point , oh yeahhh .. style aku , aku suka study group . and one good way of learning is that you share with people , eventhou ilmu tu tak seberapa , or rasa diri tu macam biasa2 ke , still , share . ada sikit pun jadi lah . jangan say no bila orang minta tolong , kalau tak tahu pun , tanya orang lain , tanya cikgu ke , then terangkan kat orang . kita juga dapat ilmu , dan kita ajar orang , pahala yang Allah bagi , berganda2 lagi banyak , and bila orang yang kita ajar tu share dengan orang lain . darab darab lah pahala tu . :)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah , ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain dan doa anak yang soleh ."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

ingat ni .. banyak kelebihan bila kita berkongsi ilmu ,
- kita lebih ingat apa yang dipelajari
- kita disenangi orang lain
- orang lain dapat berkongsi ilmu mereka
- dapat pahala
- disukai Allah
- ________________ (sila isi tempat kosong)

even kita tak tahu , kita cuba dulu cari maklumat dan terangkan kat orang lain . and and ! bila dah tahu sesuatu , tak perlu tunggu orang tanya , kita offer diri nak cerita kat kawan2 , even kat cikgu pun ! ^^
good luck with this !

HORMAT CIKGU
kaf ba ro kaf ta nun - keberkatan . ini yang paling penting dan harus dijaga . Ilmu yang kita nak ialah ilmu yang berkat . So , cikgu yang menyampaikan ilmu merupakan seorang yang patut kita hormati . lagi mulia darjat diorang berbanding kita . especially kan , cikgu tadika yang ajar kita A B C , dari situlah kita dapat membaca , dan terus belajar . betapa besar jasa mereka .

Manusia tidak sempurna , dan cikgu juga manusia , aku tahu , ada je pelajar yang tak puas hati dengan cikgu , tapi tolong lah cermin diri sendiri siapa yang bersalah . adakah kita sempurna ? kita baik sangat ke ? cikgu tak marah kalau takde sebab , dan cikgu marah pun sebab sayangkan kita . cuma kita je tak nampak . So , apa2 pun , jangan sesekali biadab dengan cikgu . Bila diorang mendoakan kita , memang sangat bagus .. doa dari cikgu :)

Selain itu (cewah , skema gila) , try to be close dengan cikgu , bila ada masa lapang , jumpa cikgu tanya soalan ke suruh ajar , cikgu suka anak murid yang semangat nak belajar :) then , sekali sekala boleh buat cikgu gembira , bagi kad , lukis comel2 , alahai ~ perlukan sehelai kertas A4 dan sebatang pen je kot . Apa yang kita buat sendiri , lagi orang hargai berbanding beli mahal2 kat luar tu . Show our effort , tell them we love them , say thank you . oke ?

kadang2 jugak , aku bagi gula2 kat cikgu , suka tengok cikgu gelak . "teacher , nah gula2 , saya ada banyak lagi , teacher nak tak ?" cikgu senyum tau , kita pun happy tengok cikgu senyum . ^^
juga jangan berat tulang nak tolong cikgu . :)

ELAKKAN BERCINTA
skema kot ayat . oke la , don't get involve in PUPPY LOVE or dalam bahasa Melayu cinta monyet . puppy ? monyet ? err . agak2 dalam bahasa arab binatang apa pulak guna ?
anyway . time zaman sekolah ni tak payah lah menggatal menggaru-garu nak ada balak or awek . satu rugi duit , dua rugi masa , tiga menyusahkan . bagi aku lah . sebab nak kena jaga anak orang lah apa lah bagai , hati dia pun bak kata , gores sikit dah bercalar . huh . time ni sebenarnya kita kena fokus kat diri sendiri , adoi ~ bak kata orang SPM pun tak lepas , berus gigi pun beli guna duit mak bapak . tak payah lah bercinta .

nanti dah masuk U dapat jodoh terus kahwin lah . bercinta tu , niat kita nak kahwin , menghalalkan yang haram oke ? buat main2 nak buat benda2 haram . tanya diri korang , nak kahwin dah ke time sekolah ni ? adoi adoi ~ tak nak kan ? so , takpe , time ni nak enjoy dengan kawan2 kat sisi kita . tak salah nak sayang orang , takde siapa halang . tapi kalau boleh elakkan bercinta oke ? anyway , ini nasihat , life anda aku tidak boleh paksa :)

DOA
Anyway , lepas dah berusaha penat lelah semua bagai . jangan lupa berdoa , sentiasa dan sentiasa berdoa . doa untuk kawan2 juga , untuk orang lain . jangan putus doa . :D
Jaga hubungan dengan Allah . hablu minallah , wa hablu minannas aidhon . (pelik taip dlm BM)
buat segala suruhan dan tinggalkan larangan . tau !

always say positive words like 'aku boleh , aku pandai , aku genius , aku hebat , aku comel' . haha . nampak macam bajet kan ? tapi sebenarnya setiap perkataan itu doa . elakkan cakap 'aku bodoh , tak guna , ntah pape' and stuffs . tak baik untuk diri . :)

oke , nak cakap bab rajin2 tu , err .. bukan aku lah . aku memang bukan student yang boleh dikatakan rajin ~ sikit je lah . the rest suka main2 . aku bukan jenis serius , belajar pun buat lawak entah apa2 . hee ~ tapi sedikit sebanyak aku harap nasihat aku ni berguna untuk semua .

sekian , wabillahi ttaufiq walhidayah , wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh .

4 comments:

  1. hye izzat! its good to share it!
    im proud having a cousin like u! ♥

    ReplyDelete
  2. hye...jom vote saya ..come to my blog :)

    ReplyDelete
  3. im proud of you kakak <3
    congrates :)
    thanks for sharing, kita budak Eo4 :)

    ReplyDelete