Drop Bar Menu

Monday, March 14, 2011

PLKN : Modul CB .

WARNING :sebelum mula membaca post ini , pastikan anda tidak mengantuk , mempunyai masa yang lapang serta ikhlas :D


CB or Character Building atau dalam bahasa tempatan Pembinaan Karakter .
Terdapat 8 buah kelas dan dinamakan ;

Kelas 1 : Hebat
Kelas 2 : Anggun Lasak
Kelas 3 : Kental Bergaya
Kelas 4 : Lincah
Kelas 5 : Tangkas
kelas 6 : Manja
kelas 7 : Comel Ceria
kelas 8 : Yakin Berani

aku kelas Tangkas
kelas yang semangat tak pernah habis . best stay dalam kelas ni . memang kelas yang happening gila - gila . sampai cikgu pun susah nak stop bila kitorang dah start buat cheer , tepuk2 lah . hee ~ even sebulan je dalam kelas ni , tapi memang aku sayang kelas ni .

dalam kelas ada peraturan asas yang semua orang KENA berjanji akan patuh . siapa tak nak boleh keluar kelas . HAHA . so tiada paksaan . cara JLKN psiko kitorang memang menjadi . siapa yang langgar peraturan asas kena tegur dengan cikgu depan semua orang . malu kot kalau jadi macam tu .

mari cerita pasal tepuk2 .
ada banyak tepuk yang cikgu ajar dan yang student reka sendiri

*tepuk-tepuk semangat*
*tepuk-tepuk relax*
*tepuk-tepuk sayang*
*tepuk-tepuk power whoosh*
*tepuk-tepuk terima kasih*

tepuk yang direka pelatih2 (especially wira)

*tepuk-tepuk fair and lovely*
*tepuk-tepuk coca cola*
*tepuk-tepuk menyampah*
*tepuk-tepuk sotong*
*tepuk-tepuk kena*
*tepuk-tepuk hebat*

banyak lagi la , merepek2 . tapi best je buat ramai2 . hehe nak tahu call aku , aku ajar . :)

oh ye , kelas CB memang macam korang masuk tadika . cikgu ajar nyanyi , ajar menari . oke .

SubModul 1 : Menampilkan yang Terbaik Dalam Diri Sendiri

*yg tulis 1 <3>

10 minit before kelas bermula , lagu dipasang . mustahil la nak masuk lewat . pukul 8.30 dah kena berbaris atas padang kawad . pukul 9 kelas start . so jarang lambat lah . or tak pernah kot . lagu Hijau - Zainal Abidin , Anugerah Terindah yang pernah ku miliki - Sheila On 7 - next Olympic Fair . so , before masuk kelas tu selalunya student ramai2 menari dekat depan kelas . slow je lagu dia . no tense :)

cikgu bahagikan kelas kepada 4 kumpulan . kelas aku student dia 59 orang . ramai kan ?
kumpulan2 yang wujud - Astana - Bombastik - A+ Team - Brilliant Legacy
aku kumpulan Astana . wira ramai budak kelantan dalam group ni . yang paling kelakar Sabri - a guy from Kelantan . ada dia dalam group ni memang tak kering gusi . then Aliff from Selangor- someone yang berkeyakinan tinggi ~ :D susah jugak la nak berkomunikasi dengan budak klate . pekat sgt dorg cakap . nasib aku ada basic loghat terengganu sikit2 . itu pun lain sgt lah . hehe

*sorry nama yang takde . dah hilang kot :D

first tu aku agak kekok . ye lah , takde yang aku kenal . Syazwani Anuar sama kelas dengan aku tapi dia group Bombastik yang dipelopori oleh someone yang bersemangat sangat-sangat kot . time ni aku tak kenal dia lagi . biar lah . dalam group aku , ada seorang chinese ni , Hoi San . suka duduk dengan aku . and tak habis2 cakap aku comel . HAHA . pelik je aku dengar . aku sedar aku tak comel pun . aku ada jugak belajar bahasa mandarin dengan dia . ayat favourite aku - wo hen hai siu - saya malu . HAHA tapi dah orang puji kita senyum je la :D xie xie Hoi San . Wo si huan :D aktiviti dalam kelas ni , tengok video - bermulanya di sini . wah , time tengok video memang ramai wira tidur . baring pulak tu . sengal . HAHA .

aktiviti yang paling best is mereka machine yang tak pernah direka oleh orang . macam2 idea pelik2 keluar . memang best lah . aktiviti lain is buat kapal terbang guna surat khabar . maybe nampak biasa je kan ? tapi cabaran dia kapal terbang mesti saiz 1x1 METER . hoho ~ memang time ni teamwork tu luar biasa lah . :)
then ada pulak persembahan - kumpulan aku pilih tajuk tanggungjawab & menepati masa . bombastik - hormat - menghormati tak silap .
every kumpulan kena buat lakonan . memang best lah ! kalau budak2 bising cikgu terus cakap 'kelas , tepuk - tepuk relaks' . semua buat & kelas senyap after that . HAHA ikut kata semua .

"beri tepukan kepada diri sendiri"

"haa , pandai pun kamu"

"bangun yang tak bersemangat , kawan2 yang lain , mari bagi tepukan power whoosh"

"baiklah , semua berdiri , kita akan menyanyi dan menari ramai2"

"cikgu nak tengok kamu bentuk bulatan yang paaaaaaaaaaling cemerlang"

"siapa yang cepat ambil kotak cikgu bagi bintang"

"kumpulan mana sorakan paling semangat dapat bintang"

antara ayat cikgu Hani & cikgu Ayu . yang peliknya , every kumpulan berebut2 nak dapat bintang . HAHA . so bila cikgu suruh buat ini itu semua semangat dan ikut kata .

tiap-tiap hari akan tukar kapten , aku dipilih jadi kapten hari ke2 dan ke3 , saje je dorang tak nak tukar , nak kena kan aku . =_=' hoho ~ kerja kapten cukup senang - conduct mesyuarat kumpulan , ambil dan letak kotak kumpulan . hehe

then tiap2 pagi kena buat pemetaan visual . macam ni .

*aku tahu aku buat buruk . dah senyap2 . hehe

SubModul 2 : Menampilkan yang Terbaik dalam Diri Orang Lain


I thought tukar kelas , tapi still kelas sama . hooray ! :)
oh , 1st day untuk modul ni , aku ingat lagi . ada someone ni tegur aku . aku tak kenal dia pun time tu . HEHE . lebih kurang macam ni .

beliau : weh iz , muka kau lagi aku jumpa lepas ni .
beta : tu la pasal , suara kau lagi aku kena dengar lepas ni . dah bosan kot . HAHA

aku tak sangka ada orang lain perasan kewujudan aku dalam kelas tu . hehe . ye lah , aku kan pemalu . :D

oke la , start submodul 2
lagu before masuk kelas kali ni ; Gemuruh - Faizal Tahir , Jalur Gemilang & Olympic Fair juga . Lagu Gemuruh tu bermakna kot buat aku . ada kenangan dia . hee ~ zaman menengah rendah punya kenangan :)

sama juga , 4 kumpulan tapi kali ni tukar orang .
kumpulan yang ada - Elit - Ribena - Under 18 - Dynamic
Elit itu kumpulan aku . dalam submodul ni semua orang kena ada buddy & buddy aku Siti Hajar binti Kasbullah . budak dorm aku :)
umm , time ni , kelas makin rancak . dengan cheer nya lagi . memang havoc gila lah ! tak pernah bosan duduk kelas ni . lagi2 aktiviti makin banyak . lagu pun makin banyak jugak . dah start ngam dengan kawan2 . best lah !

this time aku buat cantik sikit . sikit je la . :D

Senarai impian saya

Senarai impian saya versi lukisan . dah , aku tahu tak comel .

persembahan submodul kali ni , pertunjukan bakat .. group aku buat persembahan macam AF macam tu lah . aku dan Faiz Kamar jadi hos . 1st time berlakon jadi hos . tapi oke lah . entah kenapa rasa gemuruh tu tak banyak sangat . haha macam relaks je :)

aktiviti pula , ada permainan saya percaya , aktiviti menjugel or juggling . aku tak pandai sangat tapi boleh la . hehe , lepas jugak la tahap 7 . :D ada buat kolaj impian & visi hidup . best ! aku present kat depan . entah apa aku merepek . hee ~ tapi most of the students visi hidup - kahwin & keluarga bahagia . aku tak lah . Mr. Right pun tak jumpa lagi . haizz , siapa lah cinta pertama & terakhir aku kan ? aku pun tak tahu . Wallahualam :)

SubModul 3 : Modul Budaya Kerja


kali ni randomly picked . cikgu tak sebut nama tapi bagi nombor macam tu pastu masuk dalam nombor masing2 . whoaa ~ group aku memang gempak . dapat budak2 yang tak sah kalau tak bercakap depan kelas . kali ni kena tubuhkan syarikat .

*ada lagi tapi kat mana tah tak jumpa

Syarikat aku dinamakan Skywealth enterprise Sdn. Bhd . logo dia macam yang kat atas ni . Syarikat yang menghasilkan ubat-ubatan berlandaskan produk alam sekitar . entah apa kitorang merepek time kena buat presentation video korporat . coperate dgn WHO la , siap ada laman web la . HAHA . convincing jugak lah . macam real .

dalam modul ni , belajar tentang budaya kerja cemerlang . kena buat interview , memang sengal . time aku jadi interviewer , aku satu group dengan amirul dan amy . entah macam2 kitorang kenakan budak yang kena interview . kesian depa . :D

time aku kena interview , dengan Jeea & munirah tak silap . AHAH , serius kot soalan dorang , memang macam interview betul . nak compare time aku interview orang . banyak gelak je . hee ~ nakal betul . anyway , antara 3 orang . aku dipilih jadi pekerja . :) pandai berlakon boleh la kan . HAHA eh puji diri lak . sorry2 . abaikan .

ada jugak pameran . pameran ni menentukan syarikat mana yang bakal diberi kontrak . group aku buat pameran , ada games , ada khidmat kaunselor lah , dan yang paling menarik ada kempen derma darah . HAHA kelakar kot . flyers & poster kitorang bantai cilok dari medik . :D dengan izin la , bukan mencuri . pinjam sekejap . saingan tinggi kot . semua kumpulan aktif je . yang jadi pengunjung dan pengundi budak kelas sebelah . kelas manja , kelas kami undi kelas sebelah punya group .
Alhamdulillah , kumpulan paling di vote kumpulan kami . yay menang ! happy lah .

Last day modul ni . memang sedih . bercakap tentang rahmat dan erti berterima kasih . lepas tu cikgu bagi sehelai kertas & suruh kami tulis surat untuk orang yang paling kami rindu kat luar tu . ramai yang tulis untuk parents - termasuk aku . dan ramai juga yang menangis sebab rindu family . aku tak terkecuali . malu kot ~ bertentangan dengan aku pulak lelaki . aduh .. takpe lah . dorang pun ada jugak kan . hehe . tapi aku memang respect ah kalau lelaki mengalirkan air mata demi parents . :)
dan sesi menangis seterusnya apabila cikgu buat tayangan video . ini video dia , aku jumpa kat youtube . please hayati :)


dan terakhir , detik perpisahan . aku dan amirul sama2 rancang nak nyanyi lagu Kau Ilhamku untuk cikgu . sweet sangat . memang that last day sedih . macam dah lama sgt bersama . entah . aku sangat sayangkan kelas Tangkas . memang the BEST !

and so , that's the end of our Modul Pembinaan Karakter . :)
wabillahi taufik wal hidayah , wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

p/s : gila , gila . 3 jam aku menaip post ni . coming up next : Modul Kenegaraan :)

1 comment: