Drop Bar Menu

Wednesday, March 16, 2011

PLKN : PPSB

PPSB atau kurang dikenali sebagai Program Penghayatan Sastera dan Budaya .
berlangsung selama 2 hari .
oke la , 1st day kami belajar tentang sajak , pantun and syair (mostly) . time tu baru aku tahu camne nak syairkan Seloka Pak Kaduk n Nasib Pak Pandir (lebih kurang) yang dalam buku komsas tu . hee ~

untuk persembahan ,
Ayah & Ibu - cheetah dan jaguar bergabung . CHEEGUAR ! - rindu cheeguar kot .
Kemerdekaan - tiger pula dengan leopard - TIPARD .

maaf , pengalaman aku terhad kepada persembahan cheeguar .
kami diambil alih oleh cikgu Zul dan cikgu Omar Baki .
cikgu bahagikan kepada 3 , lakonan , choir dan sajak .

aku join in the drama . izzat berlakon ? budak smapk serta smksp , mesti terkejut kan ? HAHA .
oke , aku tak pernah naik pentas pun selama ni selain tujuan amek sijil , medal sports or lain2 . pernah kot dulu2 buat performance taekwondo .
this time , it's a challenge . lagi2 sehari je masa nak practise . err , tolak waktu untuk kelas CB . kami ada 4 jam je nak berlatih dan berbincang . yang jadi pengarah Ibrahim & Fatin Najwa . lama x jumpa Baim , dia dah sambung study kan .
hmm . macam2 jadi kalau nak tahu time latihan tu . actually cikgu Zul terangkan jalan cerita dan suruh pengarah buat skrip semua tu . so diorang buat lah satu cerita , oke la . best gak . cuma aku kena tukar watak . dari jadi anak ke PA orang kaya ~ huh , cerita dia panjang . cikgu tak mahu , so petang tu around 4.30 cikgu terangkan balik camne yang cikgu nak . cikgu nak lakonan simbolik je , tak mahu banyak2 cakap . ada sikit je watak .

Farah Shahira - Ibu .
Izzat Zaid - Anak Solehah . (wahh) amin ..
Amirul Aziz - Ayah .
Irfan Mursyidi - Tok Imam .
Vimmal - Along
Chow Pui Yee - Kakngah
Yap Wei Hon - Abang 2nd
Aniza , Zatun , Shamsiah - Ibu masa baby kecil .
(1 MALAYSIA)

Scene 1 - ruang tamu - watak - Ibu , Ayah , Anak
- Ibu terkenangkan anak2 yang dah lama tak balik kampung since berhijrah ke bandar .
- Ibu mendoakan anak2 selamat dan harap dapat berjumpa mereka sebelum ajal .
background music - Syair 9 bulan kot . tah tak ingat nama .
- Ibu terbatuk2 , ayah bagi ubat , anak baringkan . (berat gak kot nak angkat . haha)
- bayangan ibu time anak kecil ada kat belakang

Scene 2 - merata2 - Anak , Abang2 & kakak .
- Anak call kakak & abang suruh balik rumah tapi semua busy .

Scene 3 - halaman rumah - Semua
- Ibu menyapu sampah then rebah & meninggal .
- Ayah sedih & cakap merapu & cucuk ibu pakai penyapu . err

"ayang , jangan pergi lagi , siapa nak masak makan tengah hari abang pasni ?"
ni memang ayat tak boleh bla . aku gelak gila kat belakang . HAHA

- Tok Imam datang & letak kain kapan (tiba2 muncul . haha)
- 4 beradik masuk & sedih
- Ayah marah abang2 . cewahh .. part ni paling best .

"tu lah korang , time emak korang ada , korang tak pernah nak balik tengok . sekarang mak dah takde , baru nak menangis ..... etc"

kalau dihayati memang best ah .

then masuk kumpulan choir . itu flow dia .

sampai pukul 5 cikgu terangkan , balik sekejap untuk solat asar . 5.30 dah berkumpul kat DM untuk rehearsal . fuhh , pukul 6 tu pergi kelas Anggun Lasak dan berlatih spontan . 3 kali shot je kot sempat . balik , solat maghrib , bersiap dan jam 9 dah kena ada kat dewan . Cheeguar 1st buat persembahan dan lakonan 1st among the 3 . kat belakang pentas tu pergh , memang takde perasaan . just cakap . 'haa , lantaklah kita buat je macam tadi' . memang atas pentas tu spontan . aku berlakon memang entah apa2 . HAHA malu kot . Ayah berlakon sure lawak , skrip dia suka hati je .
best la , pengalaman baru .
emm , kumpulan choir nyanyi lagu ayah & ibu .

Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari

kalau hayati memang sedih lah time tu , lagi2 dah lama tak balik rumah kan .
hmm , after choir , sajak ..
part ni smart ! lampu DM ditutup . semua tutup . dan masuk lilin2 yang banyak . best tengok . :)

habis .
______________________________________________________________________

Tipard pula . (kurang jelas dalam kotak memori aku . maaf)
start dengan syair .
then ada satu part tu , penduduk kampung ramai2 kena tembak dengan komunis . hoho ~
pastu sorang2 bangun baca sajak . comel gila . pas2 mic atas pentas . ada yang buat peace lah . hehe .

pastu choir ramai2 , tak ingat lagu apa .

err.. sorry .. any tipardians nak ceritakan ? :D

sajak , persembahan lilin .

nice :)

choir .

persembahan silat . time bila eh ..

ahli2 urus setia

CHEETAH !

Cheetah - B3

Cheetah - B3

Cheetah - B4

ke ai :)

Source : Facebook : Shin Young Hyo
(time ni dia je ada camera . huhu)

anyway , that night was very enjoyable and AWESOME :)
setuju tak ?

sekian , wasalam .

No comments:

Post a Comment