Drop Bar Menu

Thursday, March 17, 2011

to the city . :D

Assalamualaikum :)
cerita ini berlangsung pada 16 March . oh , semalam lah .
insan yang terlibat . Syue , Fatin , Aslah , Hanan , Saya , Wawa , Husni , Ainaa .
patutnya ramai lagi , Farah , Amalina , A'isyah , Jue , Wani . tapi ada hal kot .

pagi tu awal aku bersiap , around 7.30 . sebab janji dengan Izzatul Nawwarah & Nurhusni Amin jumpa dekat KL sentral jam 9.00 pagi then jumpa yang lain kat KTM Serdang .
route aku , kena amek LRT dulu pergi KL sentral , around /12 hour perjalanan .
so tepat 9.01 pagi aku menjejakkan kaki kat lantai KL sentral . 1 minit tu terasa beb . *hasil kelas CB* haha . hmm , aku call husni , dia dah kat KTM sentul , tapi wawa on the way lagi . meaning ? huh ~ tunggu KTM sampai dah 1/2 jam , nak sampai lagi 1/2 jam .

uwahh ~ aku tunggu around 50 minutes gak . bosan nya tak tahu nak cakap macam mana . try call orang tapi dia masih dibuai mimpi . HAHA . tunggu2 , lastly aku gerak sorang pergi KTM Serdang . Text Fatin dia ckp Ainaa & dia dah sampai . senang jumpa kat sana ada orang . malas nak miss tren lagi . :D

sampai KTM Serdang 7 minutes late . janji before 10 . huhu . tapi Ainaa & Fatin je ada . Salam dorang then senyum2 , bukak cerita . macam2 , aku cerita apa lagi ? PLKN lah . huhu . Ainaa baru 2 hari kat Malaysia , dia baru balik dari United Kingdom .
tak lama lepas tu Syue sampai . yay ! dia pakai baju yang aku kasi dia :) happy aku . hee ~

around 1 hour later Aslah , Hanan , Wawa & Husni sampai . geram kot , tapi sebab kawan kan . chill je lah . Wawa cerita jugak pasal kem dia kat Sarawak . huhu . oh ya , Hanan datang dari Ipoh . semangat kot . wahh ~ kalau dia dari Ipoh boleh datang KL , kenapa tak aku dari KL pergi Ipoh ? yeahh . dapat semangat nak ke sana satu hari nanti . InsyaAllah :)

pusing2 cari rumah teacher .

So then naik bas T416 pergi rumah cikgu Azma . cikgu biology form 5 aku kat SMAP Kajang . sayang gila kat teacher . best gila ajar subjek favourite aku pulak tu :)
baby teacher dah umur 2 bulan . lahir 20hb Januari . coooooooommmmmmeeeeeeeeeeeell .
uhhh nak cubit2 je pipi dia sampai merah . tapi nanti dia nangis . hehe . teacher cerita macam2 kat kitorang , kitorang pun sama . share stories . best !

Muhammad Abqary :)

around 2 o'clock gerak pergi The Mines . huahua . 1st time kot aku sampai The Mines . even before ni sekolah aku dekat je dengan The Mines . tak pernah terasa nak pergi . kali ni kitorang gerak sama2 . kat sana just jalan2 . aku jalan2 dengan Syue . huu ~ rindu dia tau x ? kami perlukan masa untuk berdua-duaan . cewahh , ayat tak boleh bla .. ni sejak kawan dengan Ella lah ni . HAHA syue tetap comel lah . :)

syue :)

then pergi melalak sat . opss . tak , karaoke . maaakk ~ aku terkejut time dorang ajak tu . haha ni 1st time jugak . tak pernah sebelum ni . kalau yg time majlis2 dulu pernah lah kot . tak pun buat bising kat dorm pun selalu . HAHA . oke lah , masuk 6 orang . Hanan & Aslah dating macam biasa . memang bestfriend mithali kot dorang tu . kalau SMAPK buat anugerah kawan sejati aku vote dorang ! :)
then makan time , pergi pizza hut . lol ~ 1st time jugak ! makan dengan kawan2 . before dengan family je . hmm , rasa sikit je order . bil : RM74.00 tambah tolak tax la , tip la . meaning around RM12 sorang . aduhh ~ taubat aku lepas ni pergi dengan family je . abah yang bayar . hehe :D



dah .. gerak balik . wahh ~ duit aku habis around + RM40 gak . duit tiket LRT , KTM , bas , topup semua . take note , perkara yang paling aku benci ialah menghabis kan duit . aku pernah marah sendiri sebab outing & around RM50 habis camtu je . hadiah dorm la , form la . whatsoever . haha pelik kot aku ni . =_=' cabaran kot duduk kat bandar urban camni . huu ~ tapi takpe lah , benda dah lepas dan aku gembira dapat jumpa kawan2 SMAPK dulu . cuma kalau ramai tentu lagi meriah . its oke . 23hb ni jumpa lagi ! dah rindu court basket sekolah . yeahh . haha .


:)

oke la . itu sahaja . 1st outing setelah tamat PLKN ni .

btw , cerita tambahan

problem 1 : haa ~ ini lah kot . lambat . biasa lah tu . biasa ? hehe . entah , tak seharusnya macam ni , oke :) kalau janji tepati lah ya . insyaAllah aku pun cuba jadi yang terbaik .

problem 2 : pernah nampak tak sign ni ?

ini adalah tanda yang ditampal di dinding KTM menandakan coach ini hanya untuk wanita .
yeah , aku tak tahu lah kalau segelintir masyarakat kat Malaysia ni tak reti membaca ke apa . tapi time aku naik tu , ada la beberapa kerat kaum adam ni duduk kat kerusi dengan muka tak malunya . satu , gila tak gentleman duduk sedangkan ada perempuan yang berdiri depan tu . dua . hello ~ kalau tak reti baca pun , aku rasa tanda ni dah cukup obvious .


then tak nampak ke keliling semua perempuan . fuhh , aku memang geram betul time tu . tapi tahan je lah dalam hati . makin naik geram ni bila balik , ada lah pulak awek sorang ni masuk , tup tup tengok dia tarik balak dia masuk sekali coach wanita . kalau tak nak berpisah dengan boyfriend . sila pergi coach sebelah lah . wahh ~ maksiat depan mata aku . tak gemar betul . astaghfirullahalazim .
dah enough .

problem 3 : pakaian wanita sekarang . mummy ~ mana tak banyak keluar berita kes rogol sini sana buang bayi lah apa bagai . fuhh , pakai tudung tapi jeans ketat , baju lengan pendek tak cukup kain lagi . sama je dengan tak pakai tudung macam tu . pakai tudung meaning tutup aurat ya ? itu fahaman budak2 sekarang . uhh , aku maybe tak lah bagus mana pakai tudung labuh ke apa . nak kutuk aku depends lah . pemakaian tu ikut syariat lah . nak tutup aurat , betul2 lah .
ada sorang makhluk Allah ni berdiri depan aku dalam LRT . yeah , kriteria pemakaian dia seperti yang disebutkan di atas ni . then , sekejap2 tarik baju ke bawah . aduh , yang pakai baju takat pusat tu kerana apa ? hishh .. ya Allah , minta2 lah aku dijauhkan dari sifat2 macam ni . amin :)


banyak juga dosa aku mengutuk masyarakat ya ? hmm , aku cakap ni sekadar untuk teguran dan peringatan . insyaAllah orang yang terlibat dalam hal ini tak diketahui identitinya . aku pun tak kenal dorang , tak teringin pun nak kenal . hee ~ sama2 lah muhasabah diri ya ?

:)

last story . ramai kawan lama aku terserempak hari ni
Luqmanul Hakim - jumpa kat KTM Serdang . Pakai baju PLKN Kem Tegas Mesra . tak boleh bla . tapi smart kot . KJM takde . hee ~
Zafirah - jumpa dalam KTM on the way balik .
Rosalia Huda - jumpa dalam LRT .
Syauqi Damla - jumpa lepas keluar LRT . :D

kesimpulan : pengangkutan awam di Malaysia mampu merapatkan ukhwah . :) HAHA . jejak kasih . ;)

gambar hiasan semata-mata

oke . sekian sahaja cerita dan luahan aku . terima kasih kerana membaca . tepuk tepuk terima kasih .

*tepuk tepuk* terima kasih
*tepuk tepuk* thank you
*tepuk tepuk* sie sie
*tepuk tepuk* nandre
*tepuk tepuk* syukran
*tepuk tepuk* terima kasihhhhh

hehe , couldn't miss this shot .

wasalam .

4 comments:

  1. gmba las tak ley blah..
    haha..nseb jaguar xde:)

    ReplyDelete
  2. hei2.. dating mcm biasa? bestfren mithali? wah2..

    sori ye lmbat.. biasa la tu kalo deal ngn pengangkutan awam, kne tunggu.. hehe (wakil dari ipoh meminta maaf)

    ReplyDelete
  3. no prob , hee ~ yang penting dapat jumpa :)

    ReplyDelete