Drop Bar Menu

Sunday, April 24, 2011

Selagi Jantung Masih Berdegup :)


Assalamualaikum ,
Hello peeps :) kita berjumpa sekali lagi .
Alhamdulillah semalam Majlis Anugerah Kurikulum SMAPK telah pun berlangsung dengan jayanya . :)

hihu .
Sangat best dapat jumpa kawan2 balik . cerita balik about zaman2 sekolah dulu :D
and one thing yang paling aku ingat is , tiap2 kali perhimpunan isnin mesti tidur dalam dewan tu . dengan gaya yang macam2 lah . duduk sebelah Wan Juwairiah :) HAHA best gila . bila jumpa kawan2 ni memang dah sedar diri tu bukan budak sekolah . bising bukan main gitu bagai . sampai kena shoooooooooottt dengan cikgu . HAHA . adoi , tapi takde lah kecoh sangat pun .

anyway , memang best dapat jumpa kawan2 !


:) :D

terima kasih sebab sudi tumpang gembira sama2 . :D
huuu ~ thankssssssssssss semua lah . and once again , Alhamdulillah . aku harap dapat teruskan kejayaan ni pada masa hadapan berjaya dengan kawan2 aku semua :)


bakal adik ipar cheq . HAHAHA kidding , adik Farah Farisha

_______________________________________________________________________________________________

next .

oke , jom sama2 tadah tangan hulurkan al-fatihah kepada arwah encik Idris iaitu ayah kepada seorang saudara seislam kita , Noor Naqibah yang baru sahaja meninggal dunia kelmarin .

Al-Fatihah .. (sambil tu kita hayati maksud dia)


[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Amin , ya rabbal alamin . Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman .

Hmm , serius aku sendiri tak dapat bayangkan kalau benda ni jadi kat diri aku sendiri . Besar kot dugaan ni . Semoga Qibah tabah dan redha dengan ketentuan Allah . kita sama2 doakan dia .

Hari yang sama jugak . Ini terjadi ;

Al-Fatihah jugak buat arwah .

oke lah ,
kita sedar tak betapa Allah sayangkan kita ?
pernah tak kita terfikir yang nyawa ni sangat lah sangat .. macam mana nak kata ? sangat senang untuk ditarik balik . kita takde shield tau , kita tak kebal . sekuat mana pun orang tu , hebat mana pun orang tu , besar mana pun orang tu , popular mana pun orang tu , takde pun yang kebal . Senang je nyawa ni nak ditarik balik . Kun faya kun !

-Sakit -

- Accident jalanraya -


- kecelakaan kat rumah - kebakaran -


- murder -

jatuh pastu meninggal - dan ada jugak yang secara tiba-tiba je . (no reason) dan banyak lagi .

like , memang bila2 pun ajal boleh datang . kita tak tahu .
so tengok diri sendiri , dan orang sekeliling . banyak kot rahmat Allah dah bagi . :)
sampai sekarang kita takde sakit kronik , kita still bernyawa . sihat , boleh berjalan , berlari . mcm2 kita boleh buat .

erm , sedar tak ? banyak yang kita ada , kita tak perasan pun . selalunya kita takkan sedar sampailah kita hilang benda tu . time tu baru nak sedih , menangis , menyesal . tapi bila ada , kita tak jaga , tak kisah . apa kata kalau kita kaitkan benda ni dengan roh kita . our very own soul . oke , aku cadangkan jugak korang baca cerita ni . boleh dijadikan pengajaran .
check it out ! CLICK

ramai jugak yang kata

"hidup sekali je , kena lah enjoy beb"

hihuhahuahaha . banyak lah hang . ini yang aku takut beb . SEKALI je , dah masuk kubur nanti takkan time tu baru nak menyesal ? kena seksa . nak menangis , nak hidup lagi sekali buat baik . so , kalau boleh kita amek lah masa muhasabah diri sendiri . entah , aku ni pun rasanya dosa dah lebih tinggi dari gunung everest . (ish jangan! xnak!) ye lah , kita tak tahu , dosa2 kecil yang kita buat tiap2 hari . T_T entah banyak mana dah terkumpul kan .

orang2 nak insaf time ceramah cakap pasal neraka je kan , haa . betapa dahsyatnya api neraka tu . mai satgi kita dengar cerita pasai syurga neraka eh :) InsyaAllah kalau ada kelapangan waktu . hmm , so kita tengok lah diri kita ni macam mana eh ?

aku nak buat confession , aku nak kata aku baik tu , hmm , entah lah . tak berani nak mengaku . korang lah nilai aku . tapi sejujurnya aku cakap compare dengan batch aku yang kat SMAP Kajang dulu , ramai , sangat ramai yang lagi baik dari aku . aku tak berani nak cakap diri aku ni baik tapi aku cuba . maybe banyak kekurangan aku ni . aku nasihatkan tak payah nak jadikan aku role model . :D thehee . meh aku rekemen kawan2 aku ; dorang dan penulisan mereka sangat bagus .


aku nak cakap macam ni --> mungkin gak korang rasa aku ni bajet bagus . hee . tapi abaikan . aku tak nak bersangka buruk . korang baik2 kan , berfikiran positif :) thanks ! hehe
ye lah , kadang2 kita tengok gak , orang bagi nasihat , tapi diorang sendiri buat . mesti kita macam ..

"nak nasihat orang konon , cerminlah diri sendiri dulu , cakap orang tapi dia buat."

betul tak betul tak ? contohnya orang yang tak pakai tudung bagi nasihat suruh tutup aurat , mesti kita ada kutuk2 . kan kan ?
aku setuju sangatlah dengan brother Aiman Azlan punya kata2 .

"hate the sins but don't hate the sinner"

padahal bila kita mengutuk2 orang tu , jumlah mata dosa kita tengah upgrade . whoa ! free dosa , seronok tak ? tak kan ? so instead of mengata2 orang ni , baik kita tengok on the positive side . sekurang2nya dia nasihat benda yang baik . dan cermin diri sendiri , yang kita tengah buat ni apa ? bukan dosa ke ? baik sangat ke aku nak nilai orang ni ? Dosa pahala semua urusan Allah . baik jaga diri sendiri sebelum nak sibuk2 hidup orang lain ni .

Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

yup . aku terkilan gak bila fikir . diri aku ni , nak tegur member2 depan2 pun susah . tak berani , takut kena pandang slack lah apa . ye lah , aku sendiri manusia yang buat banyak salah . serius , aku rasa memang selemah2 iman je aku mampu buat . mencegah dengan hati . tapi aku respect lah orang yang mampu tegur kawan2 dan even berdakwah kepada orang2 lain yang dia tak kenal pun . InsyaAllah , aku cuba jugak berubah sikit2 . dan aku nak juga kawan2 aku ikut :)

A thousand mile journey begins with a single step .

entah , bila lagi nak mula kalau bukan sekarang ? ingat . HIDUP KITA CUMA SEKALI dan BILA2 PUN NYAWA KITA ALLAH BOLEH TARIK .

banyak kali jugak aku fikir nak post pasal benda ni , bukan tak nak , cuma aku rasa diri aku tak layak nak cakap . tapi Alhamdulillah , aku dapat cakap . aku minta maaf kalau diri aku ni tak boleh nak dijadikan contoh yang baik . tapi sama2 kita fikirkan , renungkan dan cuma beramal :) InsyaAllah . Islam is a very great religion ! Allah Loves us , and we should Love Allah too ! the true LOVE of all . jangan lah jadi hamba yang sombong bongkak . oke ?
KALAU ANDA BOLEH , DIA BOLEH , KITA PUN BOLEH !!


wasalam :)

1 comment:

  1. likey very muchey! hee. alah dik, kalau nak tunggu sempurna utk tegur orang, sampai bila pun dakwah takkan bergerak. islah nafsak wad'u ghairak. perbaiki dirimu DAN serulah orang lain. bukan KEMUDIAN, tapi DAN. bermakna, seiring. kita islah diri dan dalam masa yg sama, kita ajak orang lain buat kebaikan. sebab dua2 perkara tu adalah proses yg sangat penting dlm hidup seorang muslim. proses yg takkan berakhir hatta sampai ke hembusan nafas terakhir pun.

    moga Allah redha! :)

    ReplyDelete