Drop Bar Menu

Thursday, May 5, 2011

EXPLORACE @ PUTRAJAYA

Assalamualaikum , hello peeps :)

3-5 May lepas , aku join Explorasi Remaja Ambang IPT or ERAT di masjid besi , putrajaya . :)
seriously , it was a very good programme anjuran IKRAMTeens dan KARISMA .
so kali ni , aku just nak cerita 2nd day - explorace @ Putrajaya .
Frankly, aku fikir benda ni macam simple2 je . mcm lari2 around sekeliling taman camtu . but it was far than what I imagined . aktiviti ni start 11.30 until 6.00 petang . dalam tentatif ! pergh lama gila kot . hoho .

boys group - 6 groups .
girls group - 8 groups .

briefing on the game .
the game ada 9 checkpoint - kata abang fasilitator .
each group hanya boleh bawa 1 handphone sahaja & tak dibenarkan bawa duit langsung . IC je boleh ada dalam poket . so everything kena serah before game start .
duit akan diberi , and kena pandai2 guna . sebab cukup2 untuk naik bas 8 kali pergi ke checkpoint seterusnya . (what? memang gila)
for each checkpoint kena tunjuk bukti naik bas . tak boleh hilang tiket .
each group akan dapat 1 kertas , ada 8 section , kat setiap CP ada task , and kalau dah selesaikan , kena minta tandatangan fasilitator yang jaga .

oke mari mula !

CP 0 - masjid besi .
kena solve 2 sudoku (medium level) . oke . for my group , almost 1 jam kot amek masa nak selesaikan . pergh pergh . mencabar gak kot . tapi most kumpulan lelaki cepat je dapat . wow . hihu . kumpulan perempuan ada kot 3 kumpulan je dapat siap . and kumpulan aku kumpulan ke 3 . dan2 nak habis masa dapat siap . memang mencabar fuhh :) but Alhamdulillah . takde FAILED kat atas kertas tu . going to the next check point .

Pergi ke Dataran Putrajaya bagi CP1

CP1 - Dataran Putrajaya
here's the task



alhamdulillah , sebab most of us pun dari sekolah agama and belajar bahasa arab . tak susah nak selesaikan task ni . :)
we managed to do it well . ngee ~

" Dunia adalah mainan bagi orang yang tidak berpegang teguh kepada Iman "

Sila bergerak ke CP2 dengan menaiki bas

- pergh , time ni . memang pening gak ah kepala fikir kat mana nak pergi . kalau salah pilih memang kena fikir camne nak cari duit lagi . aduhh . so memandangkan aku tak familiar , bukan aku je , kitorang tak familiar dengan Putrajaya ni , check la directory semua bagai . Hoho . last2 buat keputusan pergi Alamanda , sebab situ memang tempat orang dating , buat benda2 lagha kan . lagi satu clue akak fasi bagi , tempat next ni boleh pergi solat kat situ . memandangkan agak pukul 1 gak time tu . so Alamanda Putrajaya . tunggu kami !

CP3 - Alamanda Putrajaya

listkan 10 produk yang diboikot dan ambil gambar sebagai bukti . masa - 30 minutes



asal aku rasa aku pun beli ? ish2.

then akak fasi suruh cari apa itu sebenarnya peristiwa NAKBAH

F.Y.I (PATUT TAHU PUN!)


Tepat 15 hb Mei 2008 ini maka genaplah 60 tahun berlaku peristiwa Nakba iaitu peristiwa malapetaka ke atas rakyat Palestin. Pada 15 hb Mei 1948 itu tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik ( etnic cleansing ) iaitu sejumlah 750,000 orang atau tiga perempat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediaman mereka.

Mereka telah dipaksa menjadi pelarian dalam negara Palestin sendiri dan termasuk di negara-negara jiran yang kini telah mencecah lebih 4.5 juta orang. Kini sudah 6 dekad pelarian Palestin hidup dalam kemiskinan dan penafian keperluan asasi yang sangat parah.

Mereka terpaksa hidup tanpa makanan yang mencukupi , tanpa tempat tinggal , tiada pekerjaan , pendidikan dan kemudahan rawatan. Nasib mereka hingga kini tidak dipeduli oleh masyarakat antarabangsa yang didominasi oleh Amerika Syarikat.

Kini Israel maseh meneruskan polisi pembersihan etnik ke atas rakyat Palestin . Sejak pencerobohan ke atas Tebing Barat dan Jurusalem Timur pada tahun 1967 , Israel telah membangunkan kependudukan Yahudi yang melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi PBB.

Kini populasi kependudukan Yahudi mencecah 400,000 orang yang mengakibatkan penyelesaian 2 negara yang kononnya diusahakan oleh Presiden Bush menjadi tidak relevan.

Dari saat itulah Israel menjadi sebuah kuasa proksi Amerika Syarikat . Dalam peperangan 1967 antara tentara Arab dan Israel , tentera Israel telah menguasai Baitul Muqaddis yang telah mengakibatkan tanah Palestin dirampas dengan zalim dari rakyat Palestin. Ekoran itu proses “pengYahudian” bumi Palestin dilancarkan oleh Israel.

Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria.

a bit of information from the internet . source - http://temanteras.wordpress.com/2008/05/06/memperingati-peristiwa-nakba-60-tahun-penderitaan-rakyat-palestin-15-hb-mei-2008/

http://ismanewzealand.com/v1/?p=469





naik bas 400 dan pergi ke Presint 11 berdekatan bangunan TNB

CP3 - Presint 11 .
task kami - kena jawab soalan dan score 60 and above . fuhh , ada 150 soalan . and memang cakap time ni baru aku sedar . General Knowledge yang aku ada ciputtt je kot . =.=
category soalan ada banyak . Foods - Entertainment - Politics - History - Islam - World - Facts .
masa diberi lak 10 minit jawab semua . memang ! best ! haha . among the questions yang aku ingat .

- What is the name of Our Prophet Muhammad's sons ?
- Who is the first to follow Islam?
- What is the second highest peak in the world?

- This country is split into two by another country . __________

- The controversial book written by Dr. Mahathir Mohamad . ____________
- This national artist's first album was sold more than 500,000 copies . _________
- What was the year when World War III ends ?
- Scientific name for bamboo . ____________

dan banyak lagi . memang , speechless . HAHA ni antara yang aku boleh ingat sebab takde lah pelik sangat . ada lagi kot yang peliks peliks .. beyond your expectation . uwahh . GK aku memang sikit ! takkan nak harap buku sekolah je kan ? ramai je orang pandai , tak ramai yang bijaksana . - betul weh . terasa aku bukan salah sorang . hoho .




berdekatan dengan kediaman Perdana Menteri Malaysia . Perdana Menteri kita juga menunaikan solat di masjid berdekatan.

CP4 - Masjid Putrajaya
task - kami kena jual button islamic . (comel) terlupa amek gambar . hehe . ada 10 button kena jual dalam masa 45 minutes . rm3 each . pergh . hoho . wow . duhh . wajib jual semua baru dapat tandatangan .

here's one interesting moment .
10 orang , bahagi 3 . pergi jual around tu je . aku dengan 2 orang kawan , jual kat foreigner ni . semangat ni , semangat . aku approach .

Saya : Assalamualaikum sir , we are selling bla2 (aku rasa kalau dengar ayat aku , memang takde bakat jadi saleswoman. HAHA) would you like to buy ? 1 - rm4 , 3 - rm10 (takde duit pecah kot!)
Dia : (cakap arab ngan bini dia) err .. what is this ?
Saya : well , this button is very unique and you can see what's written bla2 ..
Dia : emm ..
Saya : hal anta tafham ma takallamtu ?
Dia : La..
Saya : Can you speak english ?
Dia : 50 -50 .
Saya : haiwa , nahnu nuba'i hazal bla2 . (serius hancur arab aku, tp aku promote dalam bahasa arab lah. HAHA)
Dia : (keluar duit rm10) we take . three .
Saya : Syukran jazilan . :)

member2 aku pandang pelik kot . xtahu lah pelik ke kagum . :D ngee ~

nasib baik amek semua , satu hengget pun aku tak bawak time tu , tak tahu kalau amek satu nak bagi baki macam mana . HAHA . so macam2 gak lah ragam manusia kan . ye lah . budak2 cam kitorang jual tengah2 situ . kesian kitorang . HAHA tapi aku terkejut aku cakap arab kat situ . berterabur kot . nak cari vocab semua . ye lah , belajar kat sekolah , tapi tak guna dalam perbualan harian . mana nak bagus kan . hmm .. masuk UIA nanti nak practise ngan foreigner lah . ;P tapi memang pengalaman beb .

panas - lama - penat - tak makan . fuhh . ntah lah . HAHA . aku rasa time ni kumpulan aku dah jauh ketinggalan kot . sebab tinggal sikit je kumpulan belakang kitorang . g makan jap . baru dapat makan . pastu ada gak lah menguji kesabaran aku sebab ada yang makan sopan santun ayu lemah lembut gemalai semua bagai . nak tunggu tu . =.=
sabo je lah ye .





di sini Nadi - Nadi Putra berkumpul . ada juga yang selepas turun burung terbang dan ulat2 pun ada.

pelik2 clue dia . aku pun tak tahu . dah boleh agak tapi tak sure . ni 1st time aku kat putrajaya . mana nak tahu tempat2 kan .
buat2 lah borak dengan kakak fasi . aku tahu dorang baik . HAHA senang dah dapat jawapan .
Putrajaya Sentral .

CP5 - Putrajaya Sentral
task - translate satu petikan kedalam bahasa cina & hindi . gilakk ah . HAHA
kumpulan aku bantai bahasa tamil & cina . pastu solat asar sekali kat situ . ni tak susah sangat . cuma kena pandai2 lah approach orang .



pergi taman warisan

CP7 - Taman Warisan Pertanian
oke , CP6 takde . sebab masa dah terlajak banyak . time tu dah pukul 5 lebih . CP6 was supposed to be kat Pull-man hotel . hmm , xpernah pergi . so time ni , best gila . kitorang nak naik 1 bas ni . then drebar bas tu halau kot . tanya ah , kenapa ? dah penuh seat . what? kami cakap lah tak kisah berdiri . dia diam then tutup pintu . dalam tu pulak dah ada 1 kumpulan . memang masing2 bengang ah . apa masalah tak nak bawak ? hoho ~ pergi je lah amek bas yang lain tapi still 501 . 10 orang naik dan gerak . so memang wohoo ! kitorang conquer bas . aku buat lah lawak ntah hape tah dalam tu . well , be myself kot . :P layan je lah



sampai je kat taman warisan tu , pergi lah kat akak fasi , minta task .
then akak tu tanya .

"korang je ke ada?"

"yup , kenapa kak? kitorang last ke?"

"tak lah , korang kumpulan 1st sampai . yang lain mana?"

"emm , kitorang pun tak tahu lah kak. ada je dah gerak awal dari kami , tapi tak sampai lagi kot"

"ohh , oke oke"

wohoohoo . terkejut kot . kumpulan 1st ? aku fikir dah takde harapan nak menang kot . pastu ada lah setan singgah jap kat kepala aku .
heee . padan muka pakcik bas tadi lambat . sape suruh kedekut . astaghfirullahalazim . tak patut macam ni ye kawan2 . jangan contohi aku . :D

so task dia kena ambil gambar situasi2 berikut

1. orang sedang menaiki bas 2. daun gugur dari pokok 3. percikan air 4. kereta berwarna putih 5. awan yang paling cantik 6. seorang perempuan dan lelaki sedang makan bersama 7. orang tengah bergelak ketawa 8. orang tengah marah 9. orang tengah sedih 10. orang sedang menghisap rokok

oke . split up . no 1 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 memang senang gak ah nak amek . no 2 , 8 , 9 , 10 . cabaran beb . yang daun gugur tu , aku fokus camera kat pokok , then suruh kawan aku baling daun dari tepi . huahuahua . dapat ! :D ada kumpulan yang cerita dorang amek 15 shot . dorang goyangkan pokok nak suruh daun gugur . hehe . aku amek 2 shot je kot . 1st tu terlambat . daun dah turun . :P

no 8 , 9 . mak aihh . tak sporting gak kot warga kat situ . kitorang buat muka tebal je konon2 cepat mesra lah apa lah . ada dekat 6 orang gak aku approach . susah . umur dah 20 - 30 . nak buat itu pun malu . adoi . takpe lah . maybe nature pemalu kan . HAHA . last2 candid je mana2 yang ada rupa . =.= dapat gak . no 10 , aku kelentong abang sorang tu , naik motor hisap rokok . bukan main aku interview dia , snap senyap2 lah . garang kot abang tu . macam nak makan orang pun ada . cuak aku . haha







done .

CP9 - balik masjid besi
CP8 skip . memang dah lewat . 6 lebih dah . kitorang group 2nd kat bus stop . ada 1 group lelaki tu . i thought dah secure . cett , bas memang lambat . alih2 datang 1 lagi kumpulan perempuan . so ada competition . naik bas , sampai masjid besi semua pecut ah . nak cepat habis kan . hmm , kumpulan aku xdapat beat kumpulan budak perempuan satu lagi . cuz ada sorang memang semangat gilaa . hoho . but then dorang ikut jalan atas and kami ikut jalan bawah (which is lagi dekat) sempat gak ragu2 tengah jalan tu . alih2 cakap lantak lah menang ke kalah .
but yeahh , sampai dulu !
so we won ! no. 1 ! :) Alhamdulillah . ngeh ngeh . tak sangka . kump 1 lagi lambat 30 saat je kot .

weee ~ tahniah kami :)
so actually entahlah , aku dilantik jadi ketua masa 1st day . 1st day tu seriously aku cakap aku nak balik rumah . ada lah sebabnya . tapi memang malas tahap kuasa dua lah . dah lah jadi ketua . kena bertanggungjawab . cari anak buah . pastikan ini itu . MALAS . tapi aku tak cakap lah . layan je lah . then bila main explorace dengan dorang . and everyone was like dengar cakap aku . respect lah . so entah , jadi enjoy , tak rasa malas dah . apa2 hal like ,
yeahh ketua kita dah cakap , jom2 buat . esp bila menang , aku dah cakap awal2 . main ni jangan tension2 nak menang , yang penting enjoy . tau2 rezeki Allah dapat juara . huahua . banggo gak den jadi ketuo . dorang pun cam happy je . hee ~

sampai around 6.30 . sempat mandi tidur semua .
kumpulan last sampai around 9 malam . pergh . gila ~ memang susah sebab malam bas tak banyak . kena tunggu . kesian gak lah . penat semua kan .

but anyway . memang explorace paling best lah ! macam betul2 not for the kiddo punya level . :)
early beginner level for dewasa . hehe . oke lah . sekian je cerita aku . teruja tak ? nanti ada kem join lah sekali eh .

wasalam :)

4 comments:

  1. jeles :(
    btw, satu pengalaman baru untuk izzat , kalah explorace daerah mase ana f4 kt shah alam :)

    ReplyDelete
  2. JELES GILA!! :( anti bila2 ada kem camni lagi gtau la ana ye kte g sama2....... :)

    ReplyDelete
  3. Sy ada masa tu,salah satu peserta.. Seronok sgt kan? Terima kasih, akhirnya dpt juga hampir semuanya tentang explorace ni :) kebetulan,4 tahun yg lalu,hehe

    ReplyDelete