Drop Bar Menu

Friday, September 30, 2011

Holiday mey day.

Last class of Political Science with Sir Hafiz :)
Aku memang skema pakai kad matric kan. haha.


Dorm dah sepi, Orang ramai dah balik. Untung lah. Hoho.
Next paper aku 3hb. Last paper. Then Merdeka! :)


Rasanya mesti ramai dah rancang nak kerja apa bagai kan cuti ni. 3 bulan cuti woo! Siapa tak bosan? err.. Kalau aku, bosan tak buat apa2.


Hari ini, berlalu sudah paper political science. Uh, best nya! Baca 5 bab. Bab 1, Bab 2, tak masuk langsung. Terbaik. Haha. Bab 5 almost 60%. Perghh. Tak rugi 3 kali aku ulang baca benda yang sama. Tapi tak tahulah betul ke tak jawapan. Semoga sir lembut hati menanda kertas aku. Senang bagi markah. Hehe. :)


Okay. Orang mengadu, tak tahu nak buat apa cuti 3 bulan lah apa. Huu. Aku? Aku?


Meh aku cerita sikit plan aku sempena cuti ni.

  • 4-9 Oktober - Duduk rumah jadi tutor adik aku yang bakal berPMR + belajar jadi suri rumah full time. Memandangkan mak aku dah start sambung belajar and ayah aku memang kerja mengajar. Aku juga bakal jadi driver part time adik aku.
  • 13 - 18 Oktober - Training athletics. Wakil UIA for sukan IPTIM.
  • 14 Oktober - Perjumpaan anak PLKN 1 Malaysia. :)
  • 15 Oktober - Aku genap 18. Rasa macam nak buat majlis. Macam lah. Nak jumpa kawan2 and dapat hadiah banyak2. HAHA. tak malu. Ponteng latihan sehari boleh x? XD
  • 22 - 28 Oktober - Pesta Sukan IPTIM. Volunteering jadi pekerja sepenuh masa di UIA serta berlari. :)
  • 30hb - Start short SEM. Balik Nilai. End of Holiday.
Tambah lagi kerja untuk Raudhah Festival and SMAC (Sports and Martial Arts Carnival). Nak tengok cerita Korea lagi. Nak baca novel lagi. Nak hangout lagi.
Tak cuti aku. Huh. Eh tak mahu aku mengeluh. Takpe lah. Bila lagi nak rasa busy kan? Orang lain cuti. Kita jadi lain daripada lain. baru lah extraordinary. *ayat menyedapkan hati.

Tapi aku tak kisah pun. Entah. Rasa macam sejak jadi FSCC ni, perkataan busy tu dah lali dah. Kesana kesini kesitu, tak jugak kurus. Adei, kena diet lagi. Hehe. Bila takde kerja tu rasa tak sedap hati pulak. Macam ada tak kena apasal free semacam. Pelik jugak.

So kesimpulan. Cuti ni busy lagi jawabnya. Takpe lah. Cuba ikhlaskan hati. Semoga Allah permudahkan kerja kita. InsyaAllah banyak manfaatnya. Orait. Need to study for my last paper. Okay and I do miss kawan2 kat SMAPK. Weh datang rumah 15hb. InsyaAllah. Kumpul duit ramai2 sesama korang beli aku handsfree Sony Ericsson yang wireless punya. Hehe. dalam RM100++ je. Tak pun earphone Sony Ericsson biasa2 pun takpe. Aku punya dah nazak. Nak cakap phone takde privacy. Hehe. :D

okay. toodles. adios. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment