Drop Bar Menu

Tuesday, October 11, 2011

Ini bukan hukum manusia.

Hukum Hudud.
Memang jadi kontroversi isu pelaksanaan hukum Hudud sekarang. 
Yang aku bengang, yang sibuk lebih-lebih nak membantah orang Islam sendiri.
Sampai ada pihak yang terang-terangan menghina hukum ini. Akhbar Melayu kita. Ohh..
Tak sesuai? Tak capable? Apa lagi alasan nak bagi?
Terang-terangan menunjukkan yang pihak 'berwibawa' is going against perintah Allah. Tak malu ke?
Ye lah. Bangga sangat dapat ijazah dari negara Barat tu, hukum Islam dah lupa? Ajaran agama sendiri apa cerita?

Oke. Aku pun malas nak ulas banyak-banyak pasal hal ni. Siapalah aku yang 17 tahun 361 hari ni nak cakap pasal politik kan? Ke tak? Entah. Hehe.
Post ini sekadar nak kongsi ilmu aku, yang diturunkan oleh Ustazah Zakiah (Guru Pendidikan Syariah Islamiah aku time form 5). Ya Allah. Sayangnya aku kat Ustazah. Memang ustazah terbaik!

Hukuman dalam Islam ada 4..

Qisas. Hudud. Diyat dan Ta'zir.

Qisas bagi jenayah membunuh.

Hudud;

Qazaf (menuduh orang yang baik melakukan zina)

La Taqrabu Zina
Zina - Fornication

Minum Arak - Consuming Alcohol 

Merompak, Mencuri
and MURTAD.


Ta'zir
Jenayah lain dan hukuman ditentukan oleh undang-undang.

Oke sekarang nak cakap pasal hudud. Hukuman dia, ramai yang komen tak berperikemanusiaan lah apa lah.
Pernah terfikir tak? Islam ni bukan agama yang susah. Semua undang-undang yang ditetapkan Allah bukan main-main. Kejam? Lagi lah tak!

Satu.
Hukuman ni dijatuhkan kepada penjenayah-penjenayah. Siapa yang menzalimi diri sendiri at the first place? 
Allah dah bagi kita akal untuk fikir, bezakan benda yang baik dan buruk. Siapa yang tak gunakan akal?

Dua.
Tak berperikemanusiaan? Hukum ni terlalu kejam? 
Tak fikir ke mangsa yang kena? Orang yang dirompak - mangsa yang dibunuh - minum arak, memandu secara bahaya - accident bagai .
Penjenayah ni tak kejam? Depa tu yang kejam!

Tiga.
Hukuman rotan/sebat. Kita jangan bayangkan yang macam dalam TV dekat barat dalam penjara tu. Tu bukan rotan, tu err.. pukul, belasah. Dalam Islam, kalau nak merotan, imagine. Kita pegang rotan, letak sebuah buku kat ketiak kita, and bila nak merotan tu, pastikan buku tu tak jatuh. Merotan bukan untuk mendera, tetapi untuk memberi pengajaran.

SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.



Empat.
Rejam. Rejam sampai mati. Hukuman ni dijatuhkan kepada penzina yang sudah berkahwin.
Err.. dah ada laki bini pun ada rasa nak lempiaskan hawa nafsu kat orang lain? Astaghfirullahalazim.
Kenapa sampai mati? Ayah aku pernah cakap, kenapa? sebab kalau dorang ada terfikir nak berzina dengan orang lain walaupun dah ada spouse, itu menunjukkan IMAN dah di tahap zero. Lagipun rejam ni dilakukan dihadapan khalayak orang ramai, sebagai pengajaran. Takde yang berani2 nak buat. Ittaqullah. Insaf sikit.  dan orang yang lalu lalang WAJIB tau merejam. Jangan tak tahu!
Jangan risau. Mereka yang dah direjam insyaAllah dah bertaubat Nasuha dan terlepas dari hukuman neraka. InsyaAllah confirm syurga. Allah Maha Adil. Islam itu Indah. :)
Tanya sikit. Kita ni? Confirm ke? Nauzubillah. Wa qina Azab an-Nar.

*Ustazah pernah tunjuk video orang direjam time dalam kelas. Time tu rasa kesian, tapi ustazah cakap kita tak boleh kesiankan diorang. Dan seandainya kita kat situ, kita tak boleh lari. Berdosa. Kena rejam sekali. *Baru tahu.

Lima.
Ada hikmah hukuman ni dijalankan. Betapa Allah sayang diorang. Diorang confirm terlepas Azab neraka. Diorang akan bertaubat Nasuha sebelum dikenakan hukuman. And they get the chance to enter Jannah.
dan betapa benda ni akan jadi pengajaran kepada yang lain. dan betapa kurangnya masalah2 sosial dan jenayah andai ia dijalankan.
Allah Maha Besar. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Adil.

Zaman Rasulullah, Zaman Khulafa' ar-Rasyidin, Zaman kegemilangan empayar Islam. Hukum ini dijalankan. 
and Islam at that time, sangat Agung. Adakah kerana Malaysia multiracial country, tak sesuai nak jalankan hudud? Itu alasan pemimpin kita? Alasan apa tu? Hudud hanya dijalankan kepada Muslim sahaja. Nak kaitkan apa dengan non-Muslim? 

Dunia pun nak akhir zaman. 

Salah satu tanda kecil kiamat.

Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda
semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'
(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah
orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

Nauzubillah.
Patutnya kita lagi kesian kat budak2 zaman sekarang, berzina, buang bayi. Berganda-ganda dosa.
Allah dah bagi peringatan dalam al-Quran. Sendiri yang buat keputusan untuk jadi Jahiliah Moden. -.-
Apapun surely positively absolutely kita pun tak nak dikenakan hukuman hudud ni, aku sendiri pun takut. Tapi takutlah Allah, it will prevent us from doing sinful acts and jenayah :)

Hmm. Rasanya kalau nak komen tentang sesuatu perkara, baik dalami dulu ilmu tu. Serba sedikit daripada aku. Aku pun bukanlah luas sangat ilmu dan kepada pembaca, kalau ada kekurangan daripada aku, tolong tegur ya. Please, correct me if I'm wrong.
 Takut jugak sampaikan ilmu salah. Hmm. Thank you for reading. :)

MUHASABAH DIRI JOM!

Assalamualaikum.

7 comments:

  1. benar...kalaulah hukuman islam dijalankan, insyallah akan amanlah malaysia...tak gitu ker???

    ReplyDelete
  2. iniCERITAdongeng - tyvm :) sekadar berkongsi ilmu.

    unknown - Aman satu dunia kot kalau undang-undang Islam dijalankan ;)

    Adam - Afwan. Haha. Terasa muda pulak :D

    ReplyDelete
  3. hukum ALLAH sesuai spanjg zaman ..x der beza dlu dan skarg..x der sbb kite nk m'persoalkn sesuatu yg mmg dh clearly stated in AL QURAN..

    cam bro firdaus ckp( lecturer FIM)
    rmai msyrkt x stuju dgn hukum hudud kerna mereke ax paham ape itu hukum hudud yg sbnrnya..ilmu tue masih cetek lg sal nie tp ttp nk menentang..huh..

    emosional lah plak..(tp mmg patut)

    ::sekadar b'kongsi ilmu..

    ReplyDelete
  4. mc'yun - tyvm atas perkongsian awak. :)

    ReplyDelete