Drop Bar Menu

Wednesday, October 12, 2011

Ini Universitiku. :)

Greetings earthlings.

Dulu.. aku frust.. kenapa ayah aku tak bagi aku fly oversea?
Dulu.. tak payah cerita.. aku rasa hidup ni tak adil..
Dulu.. aku rasa tak guna pun result SPM.. macam takde pape. (oke tipu. takde sampai tahap ni.)

tolong skip terus pergi ke bahagian BOLD kalau malas nak baca aku membebel. :D

Masa mula-mula aku menjejakkan kaki ke universiti. Serius aku rasa hilang minat nak belajar. Tak habis-habis lagi mempersoalkan nasib aku. Lagi-lagi dengan minggu taaruf yang memerlukan aku menjadi seorang yang berdisiplin dan mendengar kata. Memang tak lah seminggu macam tu bila hati tak rela! Hehe. Tak patut.. Tak patut..
Dah lah since kecil, memang kat universiti ni lah hidup aku. Memandangkan ayahanda aku dah berkhidmat selama 29 tahun sebagai lecturer di sini. Aku 18 pun tak sampai. Memang since lahir. Yup.

Tapi lepas 1 sem kat sini.
Banyak benda yang jadi. Allah ada perancanganNya sendiri. Aku bersyukur sebab aku kat sini. Kenapa?

#1 - One Year Foundation.
Alhamdulillah. Walaupun English aku tak exempted, tapi dapat jugak buat 1 year punya asasi. Agak packed tapi setakat ni masih boleh handle lagi. Classmate aku pun best! :)
Lecturer? Tak payah cerita. Gempak jiddan! Semua buat aku daripada tak minat subjek tu, jadi suka!
Esp Political Science *kurang minat politik sebab Malaysia punya politik memang terlalu best.. :)

History - memang since form 1 aku lemah dengar subjek Sejarah.

#2 - Foundation Students Coordination Council.
Ini memang takdir Allah. Aku tak pernah terfikir pun nak jadi Wakil Pelajar. Time sekolah menengah dulu tak minat langsung aku jadi Pengawas/Pemimpin Pelajar. Seram lah dengar perkataan DISIPLIN. Hehe.
Kisahnya satu hari. lecturer aku bagi aku borang pencalonan untuk jadi Wakil Pelajar ni. Terkejut aku. Dilema kot! Aku takut busy. Kena korban masa study. Tapi hantar jugak.
Lepas interview bagai *kena condemn betul dalam interview* , maka Allah bukak hati para interviewer untuk pilih aku.

Pendek cerita. Dah 1 sem aku jadi member FSCC. Maybe tak ramai pun student yang tahu FSCC ni apa. Esp first year.
Tapi banyak aku belajar. Banyak yang dapat. Esp tunjuk ajar dari senior. Soft skill memang sangat banyak and masuk FSCC ni, banyak jugak mematangkan aku. Cehh poyo ayat. Haha. Yup. Ini satu rahmat yang aku bersyukur sangat, even kadang-kadang tension sampai menangis -.- malunyaaaa!
Anyway. This is our Family :)



#3 - Conducive environment!
Hidup kat Nilai memang bebas sikit. Kena pandai jaga diri. Alhamdulillah. Kawan-kawan aku pun jenis yang oke, baik-baik. So pengaruh rakan sebaya yang buruk-buruk tu tak banyak lah. Pergi mana-mana pun semua baik-baik je tengok. Tak banyak tengok maksiat. Nak buat? Jauhh sekali!

#4 - Tazkirah di mana-mana.
Tazkirah? Islamik sangat term ni? Hmm. Peringatan. Kita pun insan kan. Asal dari perkataan an-Nis-yan or PELUPA. So bila ada tazkirah ni, memang buat kita makin dekat dengan Pencipta. Ingat siapa kita ni atas muka bumi.- 1 Person Likes This.

Here's one link. Maybe ini student punya group. Tapi tak salah berkongsi. Jom join!
CLICK HERE

#5 - Cinta Islamik
Whoaa. Hehe. Bila cakap pasal topik cinta ni. Dengar cerita senior2 kat sini. Tak main lah couple-couple ni. Dah mampu, takde nak kenal-kenal dulu ini itu bagai. Jumpa parents je terus. Tak mampu? Bukan ke rezeki kita itu dalam skop pengetahuan Allah je? Kenapa nak ragu? Buat benda baik, berdoa kat Allah. InsyaAllah hidup dipermudahkan. Wahh. Ini trend sini. Sweetnyaaa! Tapi aku takde lah fikir lagi. Tak perlu mencari. Tunggu je. Tulung rusuk kita. :) *oke aku tak menggatal sangat eh.


 #6 - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Dengan suasana negara kita yang obviously ke arah sekularisme, dah tak banyak universiti yang mendidik anak bangsa untuk mengejar both dunia and akhirat. Tapi kat UIA? You have both! How grateful I am! :)

Student-student UIA, korang tak bangga ke dapat masuk UIA? ;)

Boleh mula renung-renungkan dan fikir kenapa Allah takdirkan korang masuk UIA?
Dia sayangkan kita. :) Untunglah Allah sayang.
Assalamualaikum.

1 comment:

  1. good one,izzat! thanks kerana sudi berkongsi!

    ReplyDelete