Drop Bar Menu

Saturday, November 19, 2011

Karnival Rekreasi Rakan Muda IPT 2011

Assalamualaikum. Hai :)
Simple updates from me. 



Hari ini berlangsungnya Karnival Rekreasi Rakan Muda IPT di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 
Just nak kongsi pengalaman main Explorace and lumba Kayak. 1st time beb aku masuk pertandingan Kayak! :D (excited)


IIUMians :)
Okay explorace. serius serius best.
Ada 8 team. Setiap team akan dapat riben. aku punya team warna coklat. walaupun aku nak warna pink (seriously izzat?!), tapi aku bersyukur dapat coklat.
Team mates aku 2 orang kawan yang aku baru kenal. 2 lagi classmate aku. hehe. tapi best satu team dengan diorang.


The game begins at 11 a.m. Bapak ahh bapak ahh terik gila time tu.
Ni 1st clue:


Tempat indah yang dapat menenangkan fikiran dan melihat permandangan alam.

"Run within the track.. Best of luck!"


Yeahh agak lah jauh jugak dari starting point kat padang ke tasik. Task kitorang, kena main ___________ . apa tah nama game yang dalam cerita P. Ramlee tu. Ada kacang hijau, kacang dal, kacang merah, beras and barli. Kena asingkan. Banyak gila, masa 3 minit je bagi. 


Start. End. Kitorang gagal. Haha. Kena denda buat monyet monyet. dorang rakam. Maluuuu.


2nd clue:


Anda perlu melepasi kawalan dan mendaki bukit sehingga menemui logo ini. [logo Petronas]


Keluar jauhhh naik bukit. baru sampai. Task kat sini kena lepas tali spider tanpa kena. oke la main dukung2 semua. nasib baik aku ringan. haha. oke aku guling2 je kat bawah.


3rd clue:


Terdapat satu tempat berdekatan,
Membelakangkan tempat wang disimpan dan dikeluarkan,
Sederet dengan tempat membina badan,
pkah nama tempat 66 diterbalikkan.


Naik lagi bukit, dah keluar KUIS dah. pergi kawasan ada kedai2.
Kat sini main crossword puzzle. 10 words dalam masa 5 minit. words pulak tak bagi. just suruh cari 10 moral values je. Ada bersaing dengan kumpulan lain kat sini. Tapi alhamdulillah kitorang siap dulu.






4th clue:


Kepada kalian yang sedang membaca clue ini, anda boleh mendapatkan panadol anda sebanyak 2biji setiap seorang di kaunter 5 sekarang...


Nak balik KUIS, agak lah jauh. Aku okay je. yang lain okay tapi kesian jugak ada sorang member aku yang dah penat. sian dia kena paksa jogging dengan aku. HAHA. tapi dia kuat semangat. salute lah :)
clue yang ni pun tak agak lah jauh. dah masuk kena pergi blok nursing.
Task kat sini, kena main lukis2 pakai marker panjang. tapi yang best semua orang kena pegang marker tu. buruk kot lukisan. haha 


5th clue: 


Pak Ali pergi jalan-jalan,

Sambil membawa anaknya Haikal,
Rasa nak makan bila berkenan,

Dimana tempat buah dijual.


Kat cafe sebelah Kolej Kediaman Mahasiswa. Task kena kupas 5 buah jambu punya kulit. Kawan aku, sangatlah laju sampai terkupas kulit tangan sendiri. ayoyo. bahaya betul. nasib baik tak luka teruk. Pastu ada satu lagi.
Dia bagi tikar kecik, suruh semua pijak (which btw time ni about pukul 12 lebih. Terik kot.) and ada 4 minit kena terbalikkan tikar tu tanpa pijak tanah. GAGAL.
Kena denda nyanyi lagu CFS IIUM, hua.


6th clue:


Dalam banyak-banyak tempat, tempat apakah suatu masa akan menjadi riuh?


Kat padang. Task: Main sudoku. Memandangkan ramai je sudoku maniac, alhamdulillah senang dapat solve :D


7th clue:


Duduk bersila membaca al-Quran,
Mendengar dengan penuh perhatian,
Di mana tempat orang beriman,
Menyaksikan tempat bunga-bungaan.


Dekat Syariah department. Main spider web lagi. tapi senang sikit. kena langkah je ramai2.
Task kedua, kena minum air oren. hmm sedap.. haus gila. tapi lagi best bila campur telur mentah. HAHA. sedap gak tapi :D banyak kot aku minum, haus punya pasal kot.




8th clue:


Destinasi seterusnya terletak berdekatan tempat orang lelaki berkumpul setiap minggu, ukiran kayu menjadi tempat perkumpulan siswa & siswi.


Kat bangunan sebelah masjid. Task kena cari kadbod, lima, tersembunyi kat sekeliling taman. fuhh abang ngan kakak tu baik kot bagi clue. :D
then kena susun jadi piramid, ada tambahan 5 lagi. 
pastu minum air kopi pekat campur garam. serius tak sedap! boleh tahan 2 teguk gak aku minum.


9th clue:


Banyaknyaaaaa buuuuluuuuuuhhhh!!


Kat taman tengah2 KUIS. lawa kot.
Main pening gila. kena tutup mata, pastu pusing helikopter 10 kali, pastu lalu kat tengah2 jalan ada buluh kat tepi. peningg... haha pastu kena tiap tepung untuk cari 10 biji kuaci kat dalam tu, pakai chopstick. pastu makan, terbaikk. sini paling lama :D









10th clue: 
balik ke tempat asal. 



Wahh kat checkpoint 7 tu, ada abang tu tetiba tegur aku,


"ehh. budak olahraga kan?"

"ehh mana tau ni?"

"hari tu IPTIM kan main olahraga?"

"yup.. kalah dengan KUIS hehe"

orait ini kawan dia. safwan tak silap nama.
okay next part tak ingat. okay lah bukan abang 'tu', its abang Naim. aku baru tahu hari ni umur dia dah 23 tahun. selambe badak je cakap aku kau dengan dia time awal2. haha tapi time akhir2 pun aku kau gak. cute kot member dia nak panggil aku, guna 'adik'. bukan apa. terasa mudaaa :D



and guess what?
We're the FIRST team to arrive! :)
alhamdulillah menang, niat nak main2 je enjoy. rezeki


At 2 o'clock. main kayak pulak. pertandingan gak. menang no 3. okay la out of 13 teams. hehe.




yang menang tu dua2 budak olahraga iptim. athlete kann..
kihkih me and syahiirah
enjoyed it so much!


Finally penutup.


Dari kiri: Izzati, Izzat, Khadijah, akak committee, Izma, Aisyah

Street Soccer: Gold
Explorace (W) : Gold
Kayak Single (W) : Gold
Netball : Bronze
Kayak Double (W) : Bronze

Congrats.
hoo. thank you KUIS, memang hari ni terbaik lah!!

No comments:

Post a Comment