Drop Bar Menu

Sunday, February 26, 2012

When things bring less meaning to you.

This is just some part of luahan perasaan. I feel like writing it. I don't know why.
You see, minggu ni je dah DUA kali aku nangis. dudeee! dua kali beb, dan pecah dah rekod aku tak nangis tahun ni. Sampai bulan 2 je bertahan. HAHA. biarlah.

Aku sekarang serius cakap aku sangat stress.
Dengan assignments, dengan studies, dengan kerja MPP yang tak pernah nak habis.
Sampai boleh kata, aku dah abaikan hak terhadap diri aku sendiri. Makan minum pun tak terurus. Perghh, kadang-kadang sebab tak sempat, pukul 1 pagi baru aku mandi. Gila tak?
Nasib baik ini bukan sekolah. Takde homework hari-hari.

Dalam stress aku ni, aku jugak rasa sunyi sebenarnya.
Tiba-tiba aku rasa sunyi sangat. Allah bagi aku kekuatan, Alhamdulillah aku masih waras sekarang. Boleh lagi buat kerja. Bagi juga aku kesihatan yang sempurna. :)
Alhamdulillah.

Cumanya, aku pun manusia. Rasa sunyi, sebab tak ada yang disisi. Roommates aku, sangat baik dengan aku. Sangat rapat dengan aku. Sangat prihatin terhadap aku.
Tapi aku tahu, dan memang nampak, dorang pun sama-sama MPP macam aku (takde niat nak meninggi), dapat pulak biro yang busy jugak. So kepenatan yang aku rasa ni, dorang pun rasa. Mungkin dorang lagi penat. Siapalah aku nak mengeluh depan dorang.

Sebab sibuk uruskan hal orang lain, aku dah lupa apa tanggungjawab aku sebenar sebagai pelajar.
Aku patut belajar! tapi dalam masa yang sama, kerja tetap kena teruskan.
Sekarang state aku, aku stress sangat. Aku dah tangguh banyak kerja aku. Bukan sebab tangguh tak buat apa. tapi aku lebih fokus nak siapkan urusan hal ehwal MPP lah konon kan.
Meeting tak pernah serik nak jadi sebahagian hidup aku.
Aku tak tahu, pergi meeting pun aku tak dapat fokus. Sekadar menepati syarat kehadiran.

Oh ya, about sunyi. Aku rasa takde orang faham aku sekarang. And takde orang pun cuba faham aku.
Aku ramai sangat kawan. Ramai kawan yang boleh aku gelak2. Cerita ini itu. Message dalam handphone tak payah cerita. Pergh. Kejap2 message masuk. Mungkin aku boleh terasa aku ni hot -_-

Tapi yelah. Message macam ni yang masuk

"Assalamualaikum. Ingin dimaklumkan pada hari isnin ni akan diadakan meeting bagi semua main board di AX101 pada jam 8-11 bagi membincangkan......"

ataupun

"Salam izzat, nak tanya, assignment bla2 ko dah siap dah? Camne nak buat eh?"

ataupun

"Jat, malam ni turun practise tau. Kat court tengah."

Maybe I can smile outside, but who knows what's inside.

Entah, apa-apa pun aku bersyukur. Banyak lah nikmat Allah bagi kat aku. Apa yang aku cakap ni, macam aku ni hamba yang tak reti2 nak bersyukur kan. Aku bersyukur. Aku bersyukur.
Alhamdulillah.

3 comments:

  1. izzat, i got family prob.. don't worry.. all people has their own prob.. seek help from Allah

    ReplyDelete
  2. best...join me la kt cni..http://chentacadburyku.blogspot.com/

    ReplyDelete