Drop Bar Menu

Wednesday, June 27, 2012

Dunia sekarang sangat scary -.-

Bismillahirrahmanirrahim :)


Niat aku nak bukak blog sebenarnya nak tulis topik pasal cintan cintun. Hihi. Tapi tak jadi pulak after I mengembara di alam maya baca blog-blog remaja zaman skunk. Zaman skunk - get it? No? Okay me too. #LameJokes.


It surprises me how scary the world is actually now. Kecilkan skop kita, kat Malaysia sendiri. Alhamdulillah, surrounding aku ramai kawan-kawan yang sentiasa mengingatkan aku kepada benda-benda baik. And ramai jugak kawan-kawan aku yang baik. So the thing yang aku nak cakap ni mostly aku tak alami dan tak biasa berdepan, so aku tak nampak yang sebenarnya masalah sosial ni wujud. Yang biasa tengok budak-budak couple, dating tu dah biasa. Mungkin aku tak mampu nak cegah dengan lisan, aku cuba cegah dengan hati. Selemah-lemah iman T_T


Tapi lebih scary bila perempuan dengan lelaki yang takde hubungan sah duduk serumah, perempuan hilang dara perkara biasa. Siap jadi trend kot! Yang masih ada dara itu kolot orangnya. Kata mereka.
Bila tanya tak fikir dosa ke? Jawapannya;


"Relaks lah. Nanti boleh taubat."


Tersentap aku baca. Confirm ke kita hidup sampai tua? Kot-kot mati esok. Dapat tiket free masuk neraka. Azab Allah itu sangatlah seksa. Aku takut. Korang tak takut ke?


Aku terfikir jugak, pernah dengar about Muslim Minorities? Kat selatan Thailand, kat Burma, kat Vietnam. Diorang ditindas, dipulaukan oleh government sendiri beb! Sedih tak? Hidup dalam kemiskinan, kesusahan. Nak belajar pun susah. Tapi still dorang nak pertahankan kepercayaan diorang. ISLAM. They are the proud Muslim. Sesusah mana hidup dorang, dorang still nak tegakkan faith dorang. Dorang still kukuh dengan kepercayaan dorang. Dorang still yakin Allah bersama dorang.





Kita ni kat Malaysia? Pendidikan Islam wajib dalam kurikulum sekolah menengah. Pendidikan percuma dapat lagi. Hidup senang, masjid kat mana-mana. Islam agama rasmi lagi kat Malaysia. Why don't we take that opportunity to strive becoming a good Muslim? Ya Allah, nak buat pahala pun senang kat Malaysia ni. Takde orang nak seksa kita, tindas kita. Tapi? Ramai remaja (bukan remaja je), yang choose to run away from Islam. Sedih kot. Sedih..


Aku tak rasa pun nak marah or caci maki orang-orang camni. Tapi kesian. Seriously kesian kat diorang. Mungkin tak cukup didikan agama. Mungkin tersalah pilih kawan. Dorang jadi jahil. Sama-sama doa dorang dapat Hidayah. Allah itu kan Maha Pemurah lagi Penyayang :)


Sekarang ni sebenarnya aku nak marah diri aku sendiri. Aku ni dari kecil pergi tadika Amal, masuk Sekolah Rendah Islam Al-Amin, SMK Sungai Pusu amek kelas aliran agama lagi, pindah ke SMA Persekutuan Kajang dan sekarang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Still lagi banyak buat dosa. Banyak benda aku dah belajar, tapi aku kurang mengamalkan. Tapi aku sangat bersyukur, Allah masih kekalkan hidayah untuk aku. :)


Aku masih belajar untuk memperbaiki diri aku. Seriously banyak lagi yang aku have to improve. :)
And sekali lagi, Allah bagi peluang untuk aku berubah, ada kawan aku yang mintak tolong aku bimbing dia ke jalan yang benar. Serius aku tak rasa aku tak layak. Tapi aku tak nak tolak, sebab aku pun nak jugak jadi baik. Aku nak dia jadi baik, dan aku pun sama-sama baik. InsyaAllah aku tolong mana yang mampu.


Seronok kan? Bila orang tu nak berubah! Aku rasa teruk-teruk orang tu, kalau hati dia terbuka untuk berubah, sangat lah awesome! Dan bagi aku orang camni lagi mulia daripada orang yang fikir dia dah cukup sempurna dengan ilmu and amal yang dia ada and kerja mengkritik orang lain. Kannn.


Aku pun tak tahu mana satu main point aku kat sini. Dah banyak sangat point. But. you get my point kan? 


YOLO. You Only Live Once. Yeahhh. Dah mati nanti either ke Syurga atau Neraka. You have the right to choose. Choose wisely ya dear :)


Thanks dearly to Pak Rahman masa kem @ Petrosains haritu, dia bagi tazkirah subuh about perjalanan di atas Titian Sirat nanti to those kids and I had the chance to listen too as well. Ya Allah, aku sangat sangat sangat takut. Bawah tu Neraka, dan macam mana agaknya perjalanan aku. :/


Our Lord! Grant us good in this world and good in the hereafter, and save us from the chastisement of the fire. Amin.


We recite this everyday, at least 5 times a day. Mean it. :)


Okay instead of tunjuk gambar budak-budak dating buat maksiat, what if I show you something better? You're gonna like this. :)


Tadaaaa! So sweet.. >.<



Thank you baca. Assalamualaikum. May Allah bless us all. :)

No comments:

Post a Comment