Drop Bar Menu

Saturday, June 16, 2012

Syoknya Kahwin Muda!

Assalamualaikum. :)
Okay take note plisss. Post ni takde nak offend siapa-siapa eh. Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan meluahkan pendapat.


Orait. Nak cerita ni. 
Semester pertama kat CFS, takde sangat hot topic ni. Mungkin ni musim perkenalan kot bagi budak-budak 1st year macam aku ni. Takde nak cerita pasal boyfriend ke crush ke. (Tetiba ar baru kenal nak cerita semua). Masuk sem dua lagi tak ramai orang. Oh no no no. Tapi ada lah certain kawan-kawan yang dah bukak cerita diorang kat aku. Aww gitu. Hihi
Semester ketiga. Hoyeahh sangat obvious apabila ada senior yang dah kahwin. Tiba-tiba semua pun nak kahwin muda! Aku pun time tu macam...




"Sweetnya kahwin muda, boleh dating bila-bila nak, nak jugak kahwin sekarang! Haha"
(Tak sedar diri masih takde orang nak kat aku sekarang. Berangan lebih.)


Pendapat aku. Bagus ah ramai yang ada pemikiran camtu. Kira kahwin muda supaya dapatkan cinta yang tulus, kurang buat maksiat, jadikan si dia yang halal, direstui ibu bapa. Kannn sweet gitu. :>


But ramai fikir manisnya kahwin, manisnya bercinta. Tak ramai yang nampak tanggungjawab yang sangat berat dan penat, perlu ada toleransi, tolak ansur yang sangat tinggi. Ingat jadi isteri tu senang? Ingat jadi suami tu senang? Sekadar melafazkan I LOVE YOU hari-hari. Boleh pegang sesuka hati. Yang tu yes, tapi bersedia kah nak tanggung dosa isteri? Bersedia nak masak hari-hari, basuh baju, bawak anak dalam perut 9 bulan. Kalau dah habis belajar nampak senang lah. Isu kat sini kita sebagai student lagi. Nak kena belajar, buat assignment(ssssssssssssssss), score exam, kawal stress. Pehh. Banyak tanggungjawab tu.


Kawan-kawan aku ramai yang dah bertunang secara Islam. (erm memberitahu ibu bapa camtu eh? - correct me if I'm wrong.) Bukan secara adat, yang ada majlis-majlis tu. So jari pun dah tersarung cincin. Fewitt. Bila bukak cerita dan ada planning nak kahwin. Wahh awesome! Bagus tu bagus. Aku respect ah diorang. :)


Tapi kan.. yang buat aku kecewa tengok is gaya bertunang sama je macam couple. Oke mungkin certain tak jumpa keluar sama-sama. Bagus lah tu. Ada je yang keluar. "Aku keluar dengan tunang aku lah" - Halal dah ke? 
SMS boleh nampak 24 jam sehari. Kadang-kadang sampai pagi buta. Hubungan korang tu dah jadi macam benda yang lebih penting pulak compared to study. Izinkan aku cakap, err LAGHA?


Fikir lah balik. Membahagiakan ibu bapa itu tanggungjawab kita towards our parents. Bayangkan perasaan diorang bila kita cakap kita berjaya! Tak salah bercinta, tapi aku agak pantang lah bila pelajaran sedikit di abaikan. Sedangkan kalau korang berusaha lebih, korang boleh sangat sangat sangat cemerlang. Duit pulak, haishh aku pun geram bab ni. Kerajaan bagi duit biasiswa untuk guna beli buku, bayar yuran, makan. Tapi aku tengok untuk top up je dah belambak. Pastu kadang-kadang sampai tak cukup duit untuk makan. Huwaaa. Jangan lah sampai macam tu. Lainlah kan korang kahwin dengan anak orang kaya. Rezeki korang :)

Set your PRIORITY first. Belajar ke kahwin? Boleh kahwin, boleh bertunang, bercinta lah kalian. Tapi balance lah dengan studies. Tahu lah tanggungjawab korang sebagai students.. Dapatkan lah semua. 4 flat dapat, suami pun dapat. Cemerlang di dunia, cemerlang jugak di akhirat. 



Mungkin aku tak faham situasi korang. Sebab aku tak bercinta. Hew hew hew. Tapi ni sekadar pendapat lah. Bila tak bercinta ni boleh lah nampak lagi benda-benda camni. So in the future (kot-kot lah aku dah angau sangat bercinta.) Semoga ini jadi peringatan buat aku dan semua. :)

Alrite, ada apa-apa lagi nak tambah?



Aku pun tidaklah sempurna, serius rasa jugak macam tak layak je cakap camni sebab aku ada jugak berkawan dengan lelaki. Dan aku rasa korang lebih baik dari aku. Maaf. Semoga Allah buka hati untuk terima mesej yang nak disampaikan. :)


Tertarik dengan comment Amirulhazim.


Nice. ada yang salah faham, bila tunang dah boleh keluar, dah boleh calling-calling manja-manja and so on. In fact, tunang langsung tak menghalalkan apa yang haram sebelum pertunangan.

Pertunangan ni nak cakap yang perempuan tu dah ada yang nak, and mana-mana orang yang dah tau perempuan tu sedang dalam tempoh tunang, HARAM hantar pinangan. That's all. Well do correct me if I'm wrong though. :)


Manakala Farah Farisha punya pula.



em, sebenarnya, maksud tersirat disebalik bertunang is 'aku cop die. sesape takleh kacau die including aku.' cube kalau gune analogy, kite nk beli kasut kat kedai bata, tapi tak bawak duit. so, kita ckp kat tauke kedai tu, kita nk cop kasut tu. kalau die baik, dia simpankan utk kita. so, dr situ, neither kite nor org lain boleh dpt kasut tu. macm tu la tunang. neither kite nor orang lain boleh kacau tunang kite tu. lagipun, tak syoknye, before nikah dah kenal habis-habisan. nnt after nikah tatau dah ape nk explore. tak rase lah sweetnye nikah tu. huuuu, tak reti cakap. malu2 ^,



Wabillahittaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullah.

4 comments:

  1. CINTA itu halal. Namun jangan gadaikan agama kerana cinta sesama manusia. Pesanan untuk semua pembaca

    ReplyDelete
  2. bila syabab Islam hanya fikir kahwin untuk buat perkara-perkara yg tak boleh dibuat jika tak kahwin seperti peluk, pegang tangan dan sebagainya, maka musnahlah ISLAM yg sebenar-benarnya .. letakkanlah keredhoan Allah dalam melakukan sesuatu perkara . kahwin ka. belajar ka . apa-apa je lah yg kita buat letak Allah nombor 1. memang tak salah kawin sebab takut tak dapat tahan diri buat maksiat tetapi renung-renungkanlah . alangkah indahnya andai perkahwinan baitul muslim yg dibina bukan semata-mata untuk menghalalkan yg haram tetapi lebih daripada itu .. untuk membina keluarga menuju Nya jua .. Wallahu'alam .. sekadar pandangan yg kudus daripada Bumi Mesir ..

    ReplyDelete
  3. http://alieyamira.blogspot.com/2012/02/tunang-unofficialcouple.html agak2 mcm ni eh maksud anda?kan?kan?

    ReplyDelete
  4. Jangan sampai fitrah menjadi fitnah~

    ReplyDelete