Drop Bar Menu

Saturday, July 28, 2012

Negative People.

Assalamualaikum to you, you and you! :)
The thoughts about this NEGATIVE PEOPLE thingy has been going on a lot on my mind lately. It started this way:


Time tu aku nak masuk bilik gerakan kat tempat kerja aku. And disebabkan ada colleagues aku tengah buat kerja kat dalam tu. So aku bukak pintu and cakap lah elok-elok;


 "Hai assalamualaikum. Hehe nak tumpang masuk dalam boleh tak?" (sambil tersenyum manis)


Ada yang jawab,


"Haa masuk je lah"

"Laaa, nak masuk pun kena minta izin ke? Haha"


So aku baru nak bukak kasut and masuk when suddenly ada suara berkata:


"Hmm. Kau kalau aku cakap tak boleh masuk pun kau masuk jugak kan?" 
(with that annoyed-like face)




So I canceled my niat and blahhh dari tempat tu. Duduk kat luar having less mood at that time.


'Tak boleh cakap elok-elok ke? Pagi-pagi dah sakitkan hati orang.'


But yeah, biar lah. Kalau orang tak suka buat apa nak lama-lama kat situ. Aku pergi tempat lain and cari member yang boleh aku gelak-gelak sekali. Ceria balik mood aku :)


Anyway. Yeah. Takde lah besar sangat pun kan issue ni? Cuma..
Aku tertanya-tanya. Macam mana orang boleh terfikir nak cakap macam tu sedangkan aku pun tak pernah come across nak buat tindak-balas macam tu. Especially towards people yang aku tak kenal!
(FYI aku tak pernah bercakap pun dengan hamba Allah tu sebab tak terasa pun nak beramah mesra dengan beliau. Setiap kali terserempak, aku senyum kat dia, tak pernah dibalas dengan muka manis. So ada aura menolak sikit disitu.)


I get it, rambut sama hitam, hati lain-lain.
Anyhow, it kept me wondering. Apa yang dia nak sebenarnya? Susah sangat ke nak berbudi bahasa dengan orang lain? Kalau tak suka pun kan boleh diam je. Tak perlu nak sakitkan hati orang lain.


About negative people.
Others example;


Orang tanya soalan yang dah obvious jawapannya.


At the supermarket:
Terserempak dengan kawan lama, and normally the conversation will start with;

"Hey bro, lama tak jumpa! Apa khabar? Beli barang ke?"

"Takde lah, aku tengah sapu sampah ni."

At the cashier at the supermarket:
The cashier says this seeing the baju you buy:

"Wahh ni shopping baju raya ke kak?"

 "Ye lah, takkan beli ikan pulak?"


I know for some of us, it's annoying tanya benda yang dah obvious jawapannya.


"Weh ko nak pergi kantin beli makanan ke?"

"Baca buku untuk exam ke?"
(Takde lah, memang hobi aku baca buku teks macam ni.)


Kadang-kadang rasa malas gila nak jawab soalan-soalan camtu. It's like 'ko dah tahu apesal nak tanya lagi?'. Haha I get that feeling sometimes. Tapi senyum je lah. Apa susah? Senyum je. Tak payah nak balas dengan kata-kata menyakitkan hati orang.


What do you get by doing that? Satisfaction? For what? Seeing other people becomes mad?




Kalau tak suka pun cakap lah elok-elok.


"Sorry weh, aku agak busy ni. Esok paper penting. Nanti kita borak eh?"


My point is.. You get my point kan? Aku tak tahu nak punch point kat mana. Tapi faham kan?
Kita pun pernah come across people macam ni. Sabar je lah kan. Banyak lagi good things you can do daripada layan perasaan sakit hati tu. Okay aku cakap ni macam mengumpat je eh? Hihi I'm not mentioning any names here except myself.


Takde lah, kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita mampu buat orang terasa. and actually actions kita came from our attitudes/thoughts. Ye lah, think before you act kan. Otak kita yang direct apa kita nak cakap, nak buat semua2. If dari awal we like to see things negatively, memang lah kita akan act negatively. And kita sendiri yang rasa menyampah semua-semua membuatkan mood kita hilang. Siapa yang bertanggungjawab? Diri sendiri. LOL. Tengok orang happy-go-lucky, ada masalah pun boleh tersenyum, ceria. Kenapa? Sebab they think positively. Bukan nak kata diorang takde perasaan. Tapi when the same exact situation was seen in a different perspective. Outcome dia pun lain!




Kita ada masalah, and ada orang tanya.

"Kau kenapa ni, aku tengok macam ada masalah je."

Which one kita akan jawab?

"Yang kau sibuk ni kenapa? Pergi jauh-jauh, buat serabut aku je. >:O"
or
"Thanks for your concern. Ko doakanlah segalanya dipermudahkan buat aku ya. :)"

Two different thinking! And two different results!
See? See again how we receive things in our life and react. Is it positively or negatively?

No comments:

Post a Comment