Drop Bar Menu

Saturday, August 11, 2012

Aku seorang artis jalanan.

Assalamualaikum. Hai semua pembaca. Hai hai hai! :D
Title nak gah je. HAHA
Nak cerita, hari ni entah kenapa aku asyik bercerita pasal zaman sekolah aku and tengok kat facebook pun post pasal nostalgia zaman sekolah rendah dulu. Hew hew zaman kita main lawan-lawan pemadam dulu. Okay 90s kids will know this :D

Aku nak tulis balik nostalgia tu dulu semua. Tapi memandangkan kejap lagi nak zohor and lepas zohor nak start buat kuih raya bersama kakak kesayanganku, (Yayyy!) so aku cakap sikit lah.

Aku belek2 rak buku aku. Pastu jengjengjeng terjumpa buku nota masa sekolah dulu. Bukan buku latihan. Buku yang macam note book untuk tulis benda2 miscellaneous gitu.
Bukak and terjumpa page ni. Muehehe



Okay Haha. Seriously aku pun tak tahu which one tulisan aku. Yang pasti dua2 buruk. Haha and aku tak ingat pun dengan siapa aku tulis ni. Ni mesti confirm tengah bosan dalam kelas tapi tak berani nak cakap sebab takut cikgu marah. "Kiter takut ust marah la, Sorry!!!!" Haha. Nak g toilet pun takut dulu. Ish ish. 
Tapi aku rasa aku yang start conversation ni. So yang ngantuk tu aku ar. -.-
And nampak tak semangat aku nak belajar kat situ? :D

Then letak balik kat rak, and I took buku lain pulak. Jengjengjeng. Ah aku tengok buku Nota yang BH bagi last year. Tengok ar apa benda aku tulis dalam tu. Kot2 benda berfaedah ke. Sekali...


Haha takde faedah langsung. Okay apa ni Izzat? Tapi not bad jugak kan lukisan aku? Tak sangka pulak aku yang lukis tu. Sekarang tangan dah macam kayu. -.-

Okay masuk ke bab2 lukisan ni. Aku cari file lukisan yang aku simpan. And I found my drawings masa aku darjah 6 dulu. Hmm darjah 5 darjah 4 takde. Sebab ni lukisan masa aku masuk kelab Seni Lukis dulu.


Pergh, A+ gitu.. hehe
B-. Memang comot pun aku lukis. Assignment guna brush and dakwat cina ni.
B+. Hmm tak menarik bunga kot. Hehe

Ni Assignment guna charcoal.

Ni tak ingat guna apa lukis. A+. Suka suka!

Corak batik. Not badddd..
Aku kureng sikit la bab2 mewarna ni. Hehe
Time tu zaman Mirmo Zibang. Ingat lagi tak cartoon ni? :D
 Tu je yang ada dalam koleksi. Hehe macam puji diri pulak eh kalau cakap aku pandai melukis. Ye lah. Takde lah hebat sangat pun. Tapi darjah 6 tu kira okay lah kan? :D
Anyway, memandangkan aku tak asah bakat yang tengah tumpul macam pensel 2B sebelum sharpen, so aku tak kemana. Nak suruh aku lukis ikan pun, compare dengan budak 6 tahun dorang lagi cantik kot. Sobs sobs. Aku suka melukis. Tapi nape aku tak melukis dah eh? Takde masa ke? Ke takde motivasi? T_T

Aku suka melukis. Dari darjah 3 aku dah start melukis. Abah pun ajar aku melukis masa darjah 4-5 dulu. Sebab abah pandai seni. Tapi huuuu. Agak2 suruh aku lukis balik semua ni, hampehh tak boleh.
Okay. So azam balik. Nak start balik melukis!! Tangan, come one you can do it!! :)



Kad raya ni untuk Ust Abd. Aziz rasanya. Sebab cikgu laki lain sume aku panggil Muallim. Hihi Ustaz aku suka sebab dia yang akhirnya buat aku jatuh cinta kpd Lughatul Arabiyyah :)  Kad raya ni tak sampai malangnya :(
Ohh and nampak tak ketidakmatangan kad situ? Tulisan pun buruks.

Nasib baik aku tak tanda 'homework tak siap' haha. Sebab aku rajin masa sekolah rendah dulu. :P
Alrite. Tu je lah kot nak share. Macam show off pulak eh. Hehe agak lah. Tapi seriously sekarang ni tangan aku dah kayu dah. So kalau nak bangga memang tak lah. Ni achievement zaman dulu-dulu. 7 years ago punya cerita. Alhamdulillah Allah kurniakan bakat camni. :D
Okay okay. Selamat berpuasa! :)

2 comments:

  1. yg borak2 tu mcm tulisan patin je..

    ReplyDelete
  2. Haha memang tak lah ana nak guna KITER AWAK dengan patin kan. Rasa macam ni kat sekolah lama oh. Zaman neolitik tu sejarah form 1 rasanya. huhu masa sekolah al-amin dulu.

    ReplyDelete