Drop Bar Menu

Friday, August 24, 2012

Different raya this year :)

Hai Assalamualaikum. 
Ekcely aku saje nak meluahkan perasaan. Hew Hew. Boleh lah tutup cepat-cepat kalau malas nak baca.
Raya kali ni not bad. Seriously not bad.
Cuma berbeda dengan raya-raya sebelum ni.
Aku pun tak tahu kenapa.
Tapi secara jujurnya, I have that feeling of takde sense of belonging dalam family aku. Family besar lah.
Kenapa? Huaa. Since day one lagi aku tak boleh tidur sebab teruk kena gigit nyamuk. Okay day one boleh tahan lagi lah. Day three hah aku dah sampai limit. 2 hari tak boleh tidur, gatal punya pasal, the whole lengan dah naik bintik-bintik merah and tak boleh tidur. Hari raya ketiga aku dah start pening kepala. Jalan pun tak betul. Huh. Mood dah takde time tu. Hehe.
So aku banyak senyap sebenarnya. Orang tengah rancak berborak, aku senyap duduk kat tepi main dengan baby-baby comel. Huahua. Jadi babysitter pun bolehhhh.

So camtu je lah. Duit raya? Duit raya part yang syok gak. Aku tak expect pun dapat duit raya sebab konon dah bajet besar lah ni. Haha redha je kalau tak layak dapat dah. Sekali pergh, more than I expected. Boleh tahan jugak. Alhamdulillah alhamdulillah rezeki. :D
Nak belanja? Eh dah masuk dalam tabung haji dah.  :P

Okay Alhamdulillah hari ni dah sampai rumah. Safe and sound :)
Tapi entah lah makan apa entah hari ni. Jap pagi makan roti sardin abah buat, then tengah hari tak makan, petang makan mee kat RnR. Rororor. Tu jah. Hmm sepanjang dalam kereta mula-mula okay je. Then lagi dua jam nak sampai rumah aku serius rasa loya. Sepanjang dua jam tu. Sakit beb. Tak selesa langsung. 
Balik rumah dua kali gak vomit. Leulz bahasa sopan sikit. 

Bajet dah okay lah lepas tu. Sekali tak jugak. So pergi lah klinik.
Pukul 11 memang banyak dah tutup lah kan. Klinik yang selalu pergi pun dah tutup. Klinik UIA pun tak bukak. So pergi klinik 24 hours. Ada lah nama aku tak nak mention sebab nak mengumpat sikit. Hew hew.
Okay layanan dia okay lah. Overall okay. Cuma mungkin aku dah biasa kat Klinik Keluarga, layanan kat situ better bagi aku. 
Because frankly aku jenis curious. Kenapa boleh sakit ni sakit tu. Apa sebab dia jadi? Mestilah nak tahu kan. Takkan nak main sumbat je ubat dalam badan. Nak dengar terms medical apa semua memang aku faham sangat lah kan. Kata pembuka kata penutup. So tadi pun aku nak tahu apa sebab naik merah satu badan ni haa. Dari kecik aku macam ni, dulu selalu kena. Tapi sejak pindah rumah baru ni dah takde. Pastu haritu kena balik. So nak tahu lah punca kan. Kenapa kenapa? Aku memang sensitif dengan nyamuk. But why does allergic happens? Kenapa merah ni naik. Ahh aku pernah tanya dalam kelas bio dulu tapi dah lupa. -.-
Macam ni lah belajar untuk exam. Eh, tak ni tak masuk syllabus kot. Ye aku tak ingat explanation biologically nya tapi. Dah lupa. :(
Aku tanya elok-elok kat doktor dia suruh aku jangan risau and makan ubat sekian-sekian. Pfttt pftttttt. -.-
Okay perut aku masuk angin. Ye kot. Bintik-bintik merah? Sebab kena gigit serangga. Yes itu saya pasti. Tapi kenapa?
And then dengar je lah nama ubat dia suruh makan. Those terms yang aku tak pernah dengar. K dah lah aku tak tahu apa sebab jadi macam ni. And then doktor suruh makan ubat sekian-sekian sebelum makan. Dah datang kat pharmacist tanda after meal pulak. @_@
Fenin lah den macam ni. Urgh dah lah aku benci makan ubat ni.
Haha degil betul aku. Okay. Ijat. Stop being like this.
Huh, okay je lah sebenarnya doktor tu, I've met worst. 
Haha aku pernah tanya sorang doktor nak explanation ni, aku kena marah balik. Aik? K fine.
Ya faham penat. So sorry kerana bertanya. Tapi takpe lah assalamualaikum lah klinik tu. Hihi.

Okay aku nak pergi Klinik Keluarga sebenarnya. *promote klinik*
Sebab kat situ doktor best, memang aku dari kecik aku datang situ. Since darjah 1 dulu.
Since aku pindah Gombak. So memang the doctors memang dah kenal family aku.
And bila aku tanya pun jawab elok-elok. Tanya soalan pelik-pelik pun dorang layan je. Siap bagi nasihat lagi tu. And kadang-kadang cerita pasal sakit-sakit yang lain. And cerita apa function ubat-ubat ni. Suka aku dengar. Puas hati :)

Aku tahu jadi doktor penat. Lagi-lagi waktu malam. It's okay. I'm so sorry. Mungkin aku tak faham. Pening pulak nak layan karenah pesakit macam aku kan. Hihu, Takpe lah. I'll keep on going to the clinic I used to go dulu cuz I'm already comfortable kat situ. Selamat maju jaya klinik2 lain! :)

Oh lagi 5 tahun ramai kawan-kawan aku bakal jadi doktor kan? I'll wait :)
Eh tak pun ada private doctor kat rumah? Ehem. Leulz ini gedik. Haha mohon scroll ke bawah.

And now dah berusaha, tinggal doa dan Tawakkal kepada Allah. The true Healer :)

Oh family raya picture :)




2 comments: