Drop Bar Menu

Monday, September 10, 2012

Hello Hello UIA! :)

Assalamualaikum. Hello beautiful and handsome readers!
Alhamdulillah. Dah seminggu dah since I enter IIUM. Seminggu jugak minggu Taaruf yang tak tahu nak cakap macam mana. Ada part yang best ada yang kurang sikit. Tp yang best tu lebih lah! So happy jugak taaruf week dah habis. Hihu :)


Hari ni kelas aku start pukul 2. So relaks kejap lah kat rumah. Huahua untunglah rumah dekat eh? Alhamdulillah. Jap lagi aku nak rasmikan motor yang abah beli. Hihu yayy! :)
Sayang abahhhhhhhhhhhh <3 font="font">

Kesayangan abah :)

Okay overall. Sepanjang satu minggu ni, aku banyak dapat motivasi. Seriously banyak.
Banyak dapat nasihat daripada senior-senior. Huh. Banyak jugak buat aku keliru and tercari-cari identiti aku. 
Anyway aku bakal ambil 6 subjek semester ni.
6 subject. 4 intro subjek, and 2 elektif. Ilmu wahyu and sirah. Orang kata, risky, sangat risky amek 6 subjek 1st year ni. Pastu 4 intro pulak tu. Lagilah! Aku pun macam haaaaaaaaaaaa macam mana ni? Takutnya! Entah lah. Expectation aku tinggi sangat kot. Nak dapat 4.0! Uwahh boleh ke? Aku pun cuak sebenarnya. Tak tahu takat mana kemampuan diri aku. Tapi aku rasa aku tetap dengan keputusan aku ambil 6. InsyaAllah. Kalau kita ikhlaskan niat kita belajar, Allah is there to help :)

Ya Allah, berikanlah yang terbaik, keputusan yang cemerlang, akademik dan sahsiah kepada Izzat binti Zaid. Amin.

Thanks baca! Korang dah doakan sama-sama. Wee dapat pahala! Yayyy! 
Okay.
Plan aku for this semester banyak.
Sampai aku pun macam. Woahhhhh boleh ke aku bagi komitmen kat semua?

1. Aku nak masuk English Debate. Niche Area. 6 semester punya package. Tapi ada interview. Tak sure bila interviewnya. Tapi doakan lah saudari seislam korang sorang ni ya? To make it into the team. Thanks :)

2. Aku nak amek kelas Mandarin and French. Kejap lagi daftar lah. Hehe. Under SLEU. Yang ni pun aku fikir gak mana nak cari masa. Moga Allah lapangkan masa aku. :) 

3. MASUM Taekwondo. Ohhh yang ni... Aku ni kena bincang dengan kakak aku and tengok jadual aku. Latihan kena datang. Komitmen kena ada. And esok pun sebenarnya ada pemilihan untuk olahraga. Nak pergiiiiiii~ Tapi time pemilihan tu aku ada kelas psikologi. Huaaa camne? Takpe lah. Tengok mana mampu. Semoga kelas habis cepat. Amin..
Nak masuk futsal jugak. Tengah tunggu pemilihan bukak. Cam banyak je?

Ada banyak lagi tapi aku tak make up my mind lagi. Ni pun dah banyak bagi aku. 
Next 2 weeks aku join kem pulak 3 hari kat PD. Aku dah kuciwa tak dapat join camp in kat Petrosains jadi fasi, Allah kasi pergi kem kat UIA. Heeee awesome! :)
Okay. Nampak tak semangat kat situ? Yes. Aku semangatttttttttttt! 
Nak cemerlang akademik, kokurikulum and sahsiah!!

UIAM. Bismillahirrahmanirrahim :)


InsyaAllah :)

1 comment: