Drop Bar Menu

Friday, January 11, 2013

Allah's Love & Mercy :)

Assalamualaikum :)
Alhamdulillah. Tadi baru habis 1 paper, and I actually felt awesome! Though memang obviously masa tak cukup tadi nak jawab 3 long essay (literally long!) and the time given is actually 1 hour 50 minutes sebab start lambat. Tak pulak habis lambat T_T



But Alhamdulillah. Aku boleh jawab semua cuma last question brief sangat, tak sempat nak elaborate banyak sebab kejar masa. Huhu. I started answering the 3rd question 15 minutes before time up! Haha my hands dah penat writing non-stop and still I need to add the speed. Hehe.

But still, aku rasa happy and awesome right now! For this paper, seriously aku dapat rasa Allah directly tolong aku. Okay 3 situations took place.

1. The previous paper was on 3rd January. So gap 8 hari dengan paper ni. And since secara jujurnya aku bukan jenis study-holic. So aku relaks jap 4hb, kerja 5&6hb (balik penat tak bukak buku dah!), pergi jalan-jalan kat i-city 7hb, keluar bayar saman (my 1st saman -.-) & baiki printer 8hb, then 9hb baru aku start study. Teruk cara study aku ni. Jangan ikut. Haha. 

Ada 16 chapter nak kena habiskan. Ah sudah! Haha. Semangat study pun baru datang. Tapi entahlah, aku tak stress pun. Baca and hafal fakta-fakta. Sempat lagi online, sempat lagi exercise petang-petang. Sempat lagi pergi KL sentral and BTS survey harga tiket bas and tren! Naik LRT and KTM aku sempat habiskan 2 chapter. Tunggu KTM je dah 1/2 jam. Huhu. Tidur lewat tapi taklah terlalu. Around 12 tidur. Tapi rasa masa tu lapang sangat. Alhamdulillah. At the end of the day, ada 8 chapter je tinggal untuk habiskan. Layan ah. Huhu. 

So came yesterday. Pening jugak kepala ada 8 chapter nak habiskan, ah sudah sekali lagi! Sempat ke tak ni, but still 
bangun pagi baca kejap ---> pergi mandi ---> sambung baca --> lunch -->  sambung balik -->  solat -->  sambung balik -->  bukak youtube kejap (ke lama?) Haha -->  sambung balik -->  tidur kejap -->  sambung balik -->  exercise jap petang -->  lepas maghrib continue -->  jalan-jalan bilik kawan kacau orang, join study group haha --> sambung kejap and finally tidur! zZZZzzz U_U

Tips study #1 : Study around 30-50 minit je, sebab otak kita pun nak rehat gak. Korang study 2-3-4 jam straight pun otak sebenarnya tak larat nak process, so it's a waste of time. Amek 5-10 minit interval, rehat, buat kerja lain.

Alhamdulillah, 7 chapter jugak manage habiskan. Tinggal 1 chapter yang panjang otak aku dah tepu. So decide nak study awal pagi after subuh. So pagi ni aku baca kejap after subuh, tinggal nak revise je kan. Since last minute, maybe lekat lagi dalam short term memory. So okay lah. 



But the point here, nak kata, Allah lapangkan masa aku. Sangat. Aku tak rasa stress, aku tak rasa sempit masa aku, aku boleh study dengan tenang. Huu alhamdulillah. Walaupun aku terpaksa melawan temptation roommate aku ajak pergi jogging kat taman layang-layang (nak ikut~ T_T) and family aku ajak dinner sekali (nak ikut jugak~ T_T)
Both aku tolak, exam punya pasal. Hihi

2. Aku punya nota, takde lah bersepah. Aku letak dalam satu file, tapi nak dijadikan cerita, dalam banyak-banyak nota aku. 1 hilang. The whole topic pulak tu. Aaaa dah merata aku cari, dah lama aku cari, tak jugak jumpa. Last-last aku give up, and decided to dengar je balik lecturer aku punya lecture (yang aku rekod dalam phone. hehe) Tapi 50 minit punya lecture. Pergh. Takpe pasrah.

Then malam semalam, kawan aku mintak tolong photostatkan nota banyak gah ah (which aku bukak business printing and fotostat kat uia ni. nanti aku cerita pasal bisnes pulak). Aku dah berat hati sebenarnya sebab plan nak study. Banyak lagi nak kena cover. Nanti banyak kerja. Tapi instead of cakap apa yang aku rasa dalam hati, kat mulut aku keluar


 "apa dia nak aku tolong? meh sini."

Huhu. So tolong je lah. And kebetulan masa nak amek paper banyak2 untuk fotostat, nampak ada kertas yg dah diconteng kat tengah2 rim tu. Keluarkan and poof! Woohooohoooo! The missing notes! Time tu seriously aku rasa 


"ya Allah, aku decide untuk tolong orang dalam kesibukan ni and Kau tolong aku. Huu alhamdulillah. T_T"

 Nampak tak? Wuu wuuu Allah betul nak tolong aku. Tang tu gak jumpa nota. So dengar lecture balik untuk tambah-tambah point. (tapi tak masuk exam pun) huhu but still ilmu, best gak belajar!



3. Just before exam start, aku sampai 15 minutes awal and dah tawakkal sebenarnya, ada 2 soalan aku nak tanya orang on points yang aku tak clear tapi sampai-sampai tu tak ingat nak tanya apa. So biarlah. Pasrah je sebab tak nak fikir lagi. But then betul2 before masuk dewan, teringat balik! And kebetulan ada kakak classmate aku kat situ, aku tanya dia. And dia terangkan kat aku secara brief, alhamdulillah aku faham. Turns out apa yang aku tanya tu masuk exam! Hoooo! You know how that feels kan? It's a miracle! Dari 16 chapter, then one yang aku tanya betul2 last minute masuk. 

Serious aku rasa Allah betul2 tolong aku. Huu speechless. Bersyukur lah.

Pernah jugak sebelum ni aku rasa macam ni. It was 3 years ago. Masa jawab trial SPM. Paper Syariah Islamiah. Aku fokus topik2 form 4 sekali keluar topik form 5 yang aku tak baca langsung. About khulu' (penceraian) -.- Ah sudah! 10 markah pulak tu. Pastu aku memang doa Allah tolong aku. Sebab dah mati kutu. Haha dah lah time ustazah mengajar dalam kelas aku tidur. Aku ingat aku tidur sebab kena tegur dengan ustazah. Malu -.- haha. Standard duduk asrama lah kan? :p

Nak kata miracle nya, Allah bagi aku ilham tang tu gak. And I could remember, terngiang-ngiang suara ustazah mengajar dalam kelas pasal ni. Aku dapat jawab and to my surprise part ni aku dapat highest mark. Full mark kalau tak salah. Hehe. And I SLEPT in class masa ustazah ajar topik ni. Yup, kuasa Allah, it is His will, he helped His servant. Maybe jugak dapat berkat ustazah. :) Student kesayangan. Hihi

Anyway, overall paper tadi, soalan pertama is the chapter yang aku baca pagi tadi. huhu. Sangat banyak point dia. Lecturer aku pulak jenis nak kena ada introduction and conclusion and ada methodology dia sendiri cara nak jawab. Agak tough tapi sikit je. Aku suka cara lecturer aku mengajar, best! Time jawab exam pun boleh terngiang-ngiang suara dia mengajar dalam kelas :) Best! InsyaAllah ada lagi subjek aku nak amek dengan dia even tough and strict sikit, tapi ilmu tu yang penting! Dia ajar best! huhu juniors mahupun seniors, aku sarankan korang amek dengan dia kalau korang sangat suka belajar lagi2 pasal sirah nabi and ulum Qur'an (ni subjek elektif). Dr. Israr Ahmad Khan. :)

So yep, dah puas aku berceloteh. Nak sambung study untuk next paper lusa. Last paper. Wohooo! Then vacation!! Ahh tak sentuh pape lagi! Huhu doakan aku berjaya! Thanks semua.




Let me end this up with this :

Allah is kind and He loves kindness in all affairs. (Sahih al-Bukhari and Muslim)

True enough! :) Syukran ya Allah.

1 comment: