Drop Bar Menu

Tuesday, February 12, 2013

Being grateful is always the greatest feeling :)

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim, let me begin my writing. :)

Life is not about only about yourself, but also your environment and the people around you. (Izzat Zaid, 2013)

Kalau dulu aku memberontak, bila tak dapat izin untuk fly oversea, atau untuk masuk universiti selain daripada UIAM. Masuk pun, hati aku tak rela. Jujur aku kata.
Jumpa kawan-kawan baru, muka yang aku tak kenal, mereka yang tak tahu pun pasal background aku dan aku pun tak tahu pasal diorang. Ah! Hati aku entah kemana, yang pasti bukan di UIA.

Pada mulanya, aku masuk UIA, aku hanya turutkan kehendak parents aku, dan aku tahu, keberkatan kedua ibu bapa lagi penting. Redha Allah pun fi redha walidain (suka hati aku campur BM arab. Hehe)
1 sem, 2 sem, 3 sem. Macam-macam yang aku lalui. Banyak benda yang Allah bagi peluang kat aku. Dalam masa setahun aku naik, dan aku pernah jugak jatuh. Menangis? Pun ada jugak. Sakit, tapi Alhamdulillah dari situ aku belajar, belajar dari kesilapan, dan belajar jadi lebih kuat.

Rezeki Allah bagi? Lagi tak terkata. Yang paling awesome, aku berjaya buat kedua-dua parents aku proud dengan aku. Alhamdulillah. And sebenarnya, aku makin rapat dengan parents aku. Ini lagi aku bersyukur. Mungkin Allah buka hati aku untuk lebih menghargai mama and abah compared to before. Aku pun tak dapat nak describe perasaan ni. Kalau dulu aku selalu sedih sebab dua-dua busy. Rasa macam tak disayangi. Ego aku buat aku jauhkan diri. Tapi sekarang semua dah lain, instead of aku jauhkan diri macam dulu, aku yang cari diorang dulu. So that aku boleh peluk and say everyday aku sayang both of them. Perasaan apakah ini? One word, bahagia. Alhamdulillah. :)

Not only that, I met new friends, and kawan aku dari macam-macam background. Every one of us is not perfect, but aku bersyukur, diorang banyak membantu aku, banyak mempengaruhi aku, banyak bagi nasihat kat aku. Time aku sedih, time aku gembira, tak kira bila-bila, dorang selalu ingatkan aku kepada Allah. Jujur aku kata, aku tak rasa pun diri aku ni baik. Dosa entah bertimbun, mungkin tinggi lagi dari gunung kinabalu, tapi kalau takde kawan-kawan aku kat UIA ni, rasanya mungkin boleh kalah gunung Everest. 

Bukan aku saje nak hiperbola, tapi you know, kadang-kadang benda yang kita suka tu tak semestinya baik untuk kita, dan kadang-kadang benda yang kita benci tak semestinya buruk untuk kita, sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Kita mengatur, Allah menentukan. One thing is that, we have to put our TRUST in Him. Yes. And all the worries will be gone. 

Cakap senang kan? Tapi aku jujur cakap kat sini, nak buat tu susah. Even aku sendiri pun mengaku, kat mulut aku kata lah aku redha, tapi terdetik jugak kat hati kadang-kadang the word 'kalaulah, kalaulah, kalaulah'. So that shows I don't really trust His plan. Tapi actually, once you really feel that you know, the feeling of you really really TRUST Allah and His plans, hati ni sangat tenang. Walaupun masalah datang, you really can feel Allah is helping you. Seberat mana ujian tu, you know Allah tak akan uji kita kalau kita tak mampu, and sentiasa ada hikmah disebalik semua yang berlaku. It's only the matter of how we perceive that thing, either negatively, or we can always think positively and bersangka baik :)

Iman pun turun naik, jadi bukan setiap masa kita dapat rasa macam ni. Kadang-kadang perasaan tu datang, and it's very beautiful. Sekali lagi tak dapat describe. Hmm.. Cakap pasal iman, iman aku lagi lah. Graf dia entah aku nak lukis pun tak tahu. Yang pasti sangat kelam kabut mungkin, sekejap turun sekejap naik. Aku pun tak perfect, tapi aku tak nafi, setiap manusia ada keinginan untuk berubah or improve jadi lebih baik, termasuk aku. Sekarang kelemahan aku sangat banyak kalau nak compare dengan orang lain. Lagi lah aku duduk kat UIA, sangat ramai yang lebih baik dari aku. Aku jujur sekali lagi, aku tak mampu lagi nak berubah secara mendadak, aku takut jugak tak dapat istiqamah. But sekarang aku improve sikit-sikit and istiqamah dengan perubahan aku. And with the help of my friends, kawan since sekolah rendah, sekolah menengah, dekat SMAPK (two years living together!), dekat foundation sampailah ke level degree sekarang ni, they always support me and accept me for who I am, family aku pun.



Baik buruk aku, selalu kena tegur, and selalu jugak kena perli.. huhu panas je telinga dengar perlian tu. Tapi benda dah diorang cakap betul, kalau aku yang salah, memang patut pun kena tegur. Daripada diorang senyap and biar aku buat mistakes yang sama. So yes, thank you very much. Aku bukan macam orang lain, yang sangat caring and selalu bertanya khabar. Huhu nak dapat text message dari aku pun susah kan? Tapi seriously, aku ni.. nak ingat nama orang sangat susah (sejak azali lagi), tapi once aku dah ingat, aku sangat susah nak lupa. So walaupun dah lama tak bertegur, dah lama tak jumpa, tengoklah kalau jumpa balik lemas jugak korang kena peluk dengan aku. Hehe and selalu jugak aku bukak diary aku lama-lama and baca balik kisah kita masa zaman sekolah, zaman kat foundation. 






Aku pernah dulu salah pilih kawan, kena pijak kepala, aku ada masa silam yang aku kalau boleh tak nak ingat dan tak nak benda tu berulang, zaman when you lost hope in life, that is the worst. Alhamdulillah it's long gone. Life doesn't get easier. Makin meningkat umur, makin banyak cabaran, makin besar tanggungjawab. But again, life is not about only about yourself, but also your environment and the people around you. You reflect your friend, you reflect your environment, you reflect your family, and most importantly, you reflect your religion, isn't Islam a beautiful way of life?

I still remember my first class with my Political Science lecturer, sir Abdul Majid Hafiz (may Allah repay you with lots and lots of kindness)

He began with a question. (Lebih kurang macam ni.)

"What is the thing that you wanted the most in life?"

"Success"
"Big House"
"Happy Family"
"Masuk syurga"

"Well, there's one thing which when you put this as the thing you wanted the most in life, everything else comes after"

"What is it?"

"Allah's blessing."


1 comment: