Drop Bar Menu

Friday, April 15, 2016

7 Tempat Penyebab Jogja Destinasi Travel Anda Seterusnya!

Yogyakarta atau Jogja memang kota yang sangat istimewa. Tahukah kita bahawa kota ini dipanggil daerah istimewa Yogyakarta. Kenapa? Sebab kota ini masih mempunyai Sultan mereka tersendiri dan juga punya istana yang megah berdiri sejak zaman dulu lagi.

Jogja terkenal dengan Candi Borobudur, Candi Prambanan, Jalan Malioboro, Istana Kraton, dan juga gunung ganang yang cantik. Tapi kalau nak tahu, Jogja juga sebenarnya ada sangat banyak tempat yang best dan awesome, tapi mungkin tidak semasyhur tempat yang disebutkan tadi. Pengalaman aku ke Jogja bulan 8 kelmarin bersama kawan-kawan aku yang menetap di Jogja sangatlah best! Ini bagi aku 7 tempat yang aku rasa backpackers macam korang patut pergi!

Untuk pengetahuan, kalau nak ke tempat-tempat ni harus menyewa motor atau kereta sendiri. Tidak ada kenderaan awam (atau kalau nak naik teksi boleh tapi tak berbaloi harga) yang sampai ke sini, setakat yang aku tahu.

Baiklah, tak sabar nak share ni! Apa tempat-tempatnya?

1. Pantai Parangtritis

Pantai Parangtritis ni agak terkenal. Boleh juga kalau nak bermalam di sini, ada rumah buluh yang cuma berharga 70.000rp semalam. Tak sampai RM30 share dua orang berapa belas ringgit je. Tapi simple, cuma berbekalkan tilam kosong di atas buluh dan satu lampu malap, boleh lah nak merasa hidup ala-ala survivor di tepi pantai. Pengalaman menarik.

Gambar courtesy of Google


Pagi-pagi hirup udara segar sambil makan makanan lokal yang dijual di sekitar, memang masyuk!

Dengar cerita di kawasan Parangtritis ni ada paralayang (parasailing). (Belum pernah cuba, tapi will do soon!) Tempting sangat nak buat!

2. Alun-alun Kidul

Kayuh basikal kereta yang berlampu-lampu warna-warni ramai-ramai. Masa tu terasa alangkah indahnya ukhwah yang terjalin antara kita semua, bersama mengayuh ke arah kejayaan. Cia ciaa. Haha over. Tapi memang syok tempat ni. Khusus untuk basikal kereta berlampu ni. Seluruh kawasan tu berlampu warna-warni. Sewa pusing dua round dalam 40.000rp kalau tak salah. Tong-tong je lah. Lepas tu boleh lah ramai-ramai menyanyikan lagu karaoke yang disediakan di setiap kereta. Masyuk!





Tengah tu pula ada pintu gerbang. Kawan aku cerita mitos dia di situ, kata mereka, bawa seorang kawan, ikat mata dia dengan kain, lepas tu pusing dia tiga kali dalam keadaan mata tertutup. Biar dia berjalan menuju pintu gerbang tu sendiri, kalau dia masuk dan tak tersasar, satu hajat dia akan tertunai.


Kitorang buat! Tapi untuk suka-suka lah. Tak percaya pun. Cuma seronok gelakkan member bila jauh tersasar mencari-cari arah. Haha

3. Gunung Api Purba

Buat pencinta alam, Jogja memang terkenal dengan gunung juga. Gunung Merapi, Gunung Merbabu memang akan jadi idaman pendaki-pendaki tegar (kot). Tapi di kawasan pariwisata gunung Kidul ni ada satu gunung rendah, nama dia Gunung Api Purba. Gunung paling santai pernah aku naik. Setiap 10 minit berjalan mesti ada papan tanda mesra, alahai baca pun rasa welcoming sangat, sama ramah gunung sini dengan orang dia.
Siap panggil 'say'.. Aku tanya kawan aku, say tu apa? Kata nya singkatan untuk sayang.. Alahai.. :')

Siap ada Kasawan wajib senyum!

Ada satu kawasan ni menarik, batu pertemuan antara dua bukit, seronok je lalu celah tu. Entah kenapa aku rasa happy je mendaki sebab papan tanda tu memang mesra betul. Satu jam lebih sahaja mendaki, dah sampai atas boleh nikmati view macam ni. Peh siapa tak nak? Hiking pun santai tapi view berbaloi!






Ada 3 campsite di atas tu. Silalah camping, sambil ditemani angin sepoi bahasa, dengar bunyi burung-burung berkicauan, dan duduk dikeliling campfire waktu malam. Memang tenang dan santai.
Tapi pesan awal-awal, atas puncak tu sejuk macam di Genting Highland, atau mungkin lagi sejuk, buat lah persediaan baju tebal.

4. Pantai Baron.

Sepanjang persisiran pantai Jogja ada sangat banyak jenis pantai, tapi aku syorkan pergi Pantai Baron. Kenapa pantai ni? Sebab di sini ada dua jenis air yang berhubung, air tawar (sungai/air dari mata air) dan air masin (air laut). Menarik kan?

Air sungai boleh mandi sepuasnya, siap ada sewa pelampung lagi. Air laut pula agak bahaya sebab ombak tinggi. Tapi kawan-kawan aku bawa juga aku merasa ombak tapi di bahagian tepi je lah.



'Seru bangat, seriusan!' tu je aku boleh komen. Puas hati.

Selain itu, korang boleh jugak merasa makan seafood tepi pantai yang super murah. Kalau kat Malaysia makan seafood 7 orang boleh cost RM200-300 ringgit. Di sana kami 7 orang spend kurang dari RM100 untuk ikan bakar 4 ekor, 1kg udang dan 1kg sotong, siap masak, termasuk air kelapa. Perut kenyang hati riang!



5. Candi Ratuboko

Jogja merupakan kota yang terkenal dengan candi-candi. Paling masyhur adalah candi Borobodur dan Prambanan. Tapi kawan-kawan aku perkenalkan aku dengan satu lagi candi, Candi Ratuboko. Candi ni terletak di kawasan yang agak tersembunyi, tapi masih dalam kota Jogja. Nak ke sana lalu sawah padi yang serius cantik, dan candi ni terletak di atas bukit. Jadi untuk dapatkan permandangan matahari terbenam yang awesome boleh lah consider datang ke Candi Ratuboko!



6. Bukit Bintang

Haa, ingat di Malaysia je ada Bukit Bintang? Di Jogja pun ada tau! Original punya bukit bintang. On the way turun dari jalan ke Gunung Kidul ada satu laluan di mana kita boleh nampak seluruh bandar Jogja. Kalau datang waktu malam, memang permandangan seperti lihat bintang bergugusan di langit. Bezanya cuma tengok bintang kena mendongak ke bawah, bukan ke atas. Banyak restoran ada sepanjang jalan tu. Boleh lah berhenti, lepak-lepak sambil makan jagung bakar pedas panas-panas dan minum air soda gembira!



Macam bintang kan..


7. Umbul Ponggok

Rasanya ini highlight trip. Terletak di Klaten, tak jauh dari kota Jogja, Umbul Ponggok ni satu kolam besar buatan manusia tapi airnya berpunca dari mata air semulajadi! Kira macam tempat takungan lah. Siap ada ikan lagi dalam kolam ni.

Apa yang best? Air dia masyaAllah jernih biru tak terkata. Snorkeling pun best main dengan ikan. Seharian mandi di sini tak cukup. Segar sangat rasa, dan sejuk dia macam mandi di air terjun. Tiket masuk tak silap 5,000rp je seorang. Berbaloi sangat harga tu dengan tempat dia! Ini wajib repeat kalau ke Jogja,



Ini semua berdasarkan pengalaman sendiri. Sebenarnya ada banyak lagi kawasan yang menarik boleh dilakukan di Jogja. Naik cable car yang super klasik di pantai timang, pergi masuk gua, jalan-jalan shopping di Malioboro, melawat Istana Kraton dan macam-macam lagi!

Sudah 4 kali aku ke Jogja, dan tahun ni insyaAllah tak lama lagi kali ke 5!

Banyak lagi tempat nak explore. Serius, apa alasan untuk tidak ke sini?

Kredit buat teman-teman yang menjayakan trip ni -

Farah - Mbak Dhia - Mbak Dity - Mbak Azizah - Mas Jihad - Mas Agung - Mas Dhanang - Mas Dora - Mas Arif - Mas Ahnaf - Mas Teguh

Sekian melaporkan,
Izzat binti Zaid, pengembara baru belajar.

7 comments:

  1. awesome, something his story, gave the many memories, the people were friendly. yea, that jogja istimewa that maybe we can't forget just like that.
    we are Waiting for you to come back here.

    "monggo pinarak riyen 🙏"

    ReplyDelete
    Replies
    1. I came back last week, and will come again in August. Because Jogja is already in my heart. Sugeng Rawuh.. hehe (kata di bandara)

      Delete
  2. Ada mentioned diatas 'sewa Motor'. Yg ni menyewa dgn tempat marginal atau ada tempat khas sendiri. Macam mana ye?

    ReplyDelete
  3. *typo: marginal = menginap. Haha.. sori

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sewaktu saya ke sana, kawan saya bagi pinjam motor. Jadi tak menyewa. Tapi kalau nak sewa motor ada banyak tempat di sana. Boleh search online juga :) Tempat saya menginap kelmarin di Parangtritis tiada sewa motor.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
    (pakej lain sila whatsapp)

    Day 1
    ● Tebing breksi
    ● Kotagede (kilang silver & chocolate)
    ● Sandboarding Parangkusumo
    ● Parangtritis beach
    ● Manding (leather arts)
    ● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

    Day 2
    ● Merapi lava tour (sunrise)
    ● Borobudur temple
    ● Kalibiru

    Day 3
    ● Timang beach
    ● Cave tubing pindul
    ● Pinus Forest
    ● Bukit bintang

    Day 4
    ● Drop off to airport

    Harga bermula dari:
    RM 602 (ALL IN)*
    RM 452 (exclude hotel)*

    *kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
    * kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal

    Pakej termasuk
    ● Private kereta / van AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
    ● Pick up & drop off airport
    ● Hotel *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
    ● Supir / Pemandu
    ● Makan supir
    ● Parking
    ● Semua entrance fees sesuai itinerary (include Borobudur entrance fee $25 (Rp 325.000)
    ● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
    ● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
    ● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
    ● Air mineral
    ● Insurance

    Exclude:
    ● Flight Ticket
    ● Airport taxes
    ● Gondola ride bilamana pergi timang
    ● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
    ● Menu tambahan untuk dinner / lunch
    ● Tips untuk driver (seikhlasnya)

    Note:
    Harga dapat berubah setiap masa
    Harga tidak berlaku bagi high season

    >>> Untuk pakej pelancongan jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
    >>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
    >>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

    Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.


    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb



    #jogja #yogyakarta #jogjakarta #pelanconganjogja #percutianjogja #pakejpelanconganjogja #pakejpercutianjogja #4d3njogja

    ReplyDelete