Drop Bar Menu

Monday, May 30, 2016

Izzat Zaid, sis yang jual nota ke?



"Hai, nama saya Izzat, Izzat Zaid."

Aku biasa kenalkan diri macam ni.

"Laaa.. Ni ke Izzat Zaid? Yang jual nota tu kan? Saya ada beli nota dari awak sem lepas. Sukanya tengok nota warna-warna!"

"Eh, la Izzat Zaid ni perempuan ke? Mati-mati aku ingat lelaki masa aku beli nota kau dulu. Kawan aku yang belikan, jadi aku tak tahu. Haha."

Haha tergelak bila ingat balik. Ramai orang yang tahu nama aku sebelum tahu siapa diri aku, perempuan yang pergi kelas pakai seluar slack dengan baju muslimah bertudung bawal RM5 berkasut sukan. Beg pun pakai beg Eiger dah berusia 2 tahun. Beg yang hari-hari pakai pergi kelas. Siapa sangka aku lah manusia yang mencipta nota warna-warni ada lukisan comel tu.

Ini sekadar nak berkongsi pengalaman aku.

Tahun ni dah 2016. Aku mula jual nota aku masa tahun 2013. Maknanya dah dekat 3 tahun nota aku diguna pakai oleh pelajar-pelajar human sciences di IIUM. Aku cerita sikit sejarah asal usul nota aku ni.

Hobi aku memang melukis, tapi aku tak ada lah pandai sangat melukis. Takat buat orang lidi comel-comel lukis pokok lukis matahari di sebalik dua gunung tu aku pandai lah. Itu fakta nombor satu. Fakta nombor dua, aku jenis yang suka belajar sesuatu yang visual, senang nak ingat. Jadi dari zaman sekolah lagi nota aku penuh lukisan. Sampailah masuk universiti. Semester 1. Aku ambil subjek Introduction to Psychology. Menang itu major aku pun. Aku suka gila-gila kat subjek psikologi ni sebab aku rasa teruja belajar tentang manusia. Disebabkan ada 14 bab nak kena habiskan dalam masa 14 minggu, pensyarah aku boleh habiskan 1 bab dalam masa 3 jam kelas seminggu. Gila tak? Laju kot! Aku tak dapat nak hadam semua maklumat. Jadi berbekalkan motivasi pelajar tahun 1 aku balik ke bilik dan buka buku teks, capai pen warna-warni stabilo aku dan mula buat nota aku. Nota dalam bentuk peta minda biar senang aku nak faham. Satu bab tu biasanya ambil masa 3-4 hari nak siapkan. Tapi sebab perasaan cinta aku pada subjek ni aku gigih buat. Akhirnya dapat siapkan 8 bab sebelum peperiksaan akhir tahun. Puas hati sangat puas. Itulah nota yang aku guna sebelum masuk dewan peperiksaan. Penuh warna dan gambar, aku senang nak recall apa yang aku dah belajar. Selepas itu nota tu aku simpan elok-elok dalam kotak kertas lama. Simpan bawah katil.

Masuk tahun 2, satu hari tu aku selak balik kotak-kotak lama dan jumpa nota aku ni. Masih berjaya menarik perhatian aku. Aku sendiri kagum campur terkejut macam mana aku boleh serajin ni. Apapun aku renung lama nota aku sebelum tanya diri aku sendiri

'agak-agak berguna tak untuk orang lain nota ni? Sayang kalau simpan.'

Dari situ lah aku mula buat fotokopi dan cuba untuk sebarkan nota ni. Aku pergi kedai fotokopi, fotokopi banyak-banyak dapat lah 3 sen sehelai, kemudian aku jual kira harga fotokopi biasa, 5 sen. Siap hantar lagi ke mahallah orang. Dapat lah sikit untuk diri sendiri. Tu kira cover kos minyak motor , stapler dan beli tape. Awalnya aku cuma bagitahu melalui facebook dan instagram untuk siapa yang nak beli. Kemudian makin ramai orang tahu sebab aku letak nombor telefon dekat muka depan.



Kemudian dapat idea untuk fotokopi warna guna printer sendiri. Mahal sikit sebab nak kena beli catridge warna, tapi tak sangka makin ramai yang suka. Alhamdulillah happy sangat. Kemudian dapat request untuk buat subjek lain, jadi setiap sem aku ambil subjek lain aku sikit-sikit buat nota peta minda macam ni. Lama nak siapkan satu buku, memang lama. Tapi memandangkan aku buat sikit-sikit, lama-lama siap juga satu compilation. Sem seterusnya aku jual lagi nota yang aku buat sem sebelumnya.


Dan makin banyak orang request untuk buat subjek yang lain. Pelajar dari course lain pun ada minta. Memang pengsan lah nak buat banyak-banyak. Jadi aku buat mana yang termampu. Akhirnya sekarang dah ada 5 subjek yang ada nota macam ni. Alhamdulillah setiap semester ada permintaan dari pelajar untuk beli nota ni. Sehinggalah semester ni.

Dari melukis kertas kosong, mencetak nota ni satu-satu untuk jadi berwarna sepenuhnya, tape kan dia, mempromosikan, berjumpa dengan orang yang beli, semua aku buat. Letih tak letih nak angkut satu beg penuh nota memang kenangan.



Tapi perasaan yang paling seronok bila aku masuk library, aku nampak ada sekumpulan pelajar yang study group belajar pakai nota yang aku buat. Seronok juga bila roommate aku balik bilik cakap kat kelas dia ramai yang guna nota ni. Paling seronok bila ada orang yang mesej aku balik, cakap yang dia dapat jawab exam sebab ingat banyak bila tengok nota warna warni ni. Masa tu aku rasa, segala penat lelah nak siapkan nota ni berbaloi sangat. Nota ni banyak membantu aku ketika aku belajar, dan juga membantu kawan-kawan atau junior yang lain. Kepuasan hati tu Allah je yang tahu.

Aku juga bersyukur sebab hasil dari nota ni aku ada duit belanja di universiti. Aku dapat sara diri aku sendiri. Jujur aku cakap, mula-mula aku jual nota ni aku dapat berpuluh ringgit, kemudian beratus, dan paling tinggi aku pernah nak dekat RM1.5k satu semester tapi ni untung kasar lah. Nota aku harga antara RM7-RM18 dan yang aku jual sebenarnya hanya servis mencetak (printing) yang aku buat sendiri. Aku memang dari tahun satu buat servis printing di bilik. Kira satu muka surat berwarna secara purata RM0.20 sehelai. Nota psikologi aku 100 muka surat termasuk muka depan berwarna dan cover plastik serta binding. Aku jual RM18. Lebih murah sebenarnya dari harga a la carte. Memang jauh lebih murah dari kedai kat luar yang rata-rata kedai di luar. Makin lama sebenarnya harga barang makin naik disebabkan GST, tapi aku stick dengan harga sama. Niat aku memang nak tolong pelajar-pelajar yang lain. Alhamdulillah Allah datangkan rezeki dengan cara makin ramai yang beli nota aku.

Dalam masa yang sama aku gembira tengok orang senang hati belajar, aku juga bersyukur sebab aku boleh tampung perbelanjaan aku di universiti melalui servis printing ni. Pernah dah hujung semester duit aku tinggal beberapa ringgit je cash dalam tangan, memang dah jimat habis makan, tiba-tiba ada orang mesej "salam sis, nota psychology ada jual lagi tak?". Wuuu masa tu rasa bersyukur sangat time-time tu Allah bagi rezeki lagi. Yay! Boleh bertahan tiga hari!

Macam tu lah. Tup tup dah 3 tahun. Aku betul-betul bersyukur dan jadi lagi semangat nak gunakan kelebihan yang Allah kasi untuk jadi berguna kepada orang lain.

Kalau ada pelajar kat luar sana yang ada bakat buat nota cantik-cantik macam ni, korang share lah dengan orang lain. Banyak cara Allah akan balas kita tak tahu. Kadang-kadang pun aku rasa entah macam mana bila aku belajar senang sangat ilmu tu masuk dan dapat ingat. Kadang-kadang bila tengah malas nak belek buku tiba-tiba datang semangat nak belajar. Entah macam mana. Kita tak tahu cara Allah nak bagi rezeki kat kita. Dan perasaan bila orang lain juga berjaya dan kau serba sedikit membantu juga, uish, serius best! Riang di hati tu Allah je tahu. Seronok tau tengok orang lain berjaya. Jadi yang ada bakat tu, cuba lah cara ni untuk membantu diri sendiri dalam pelajaran, dan kawan-kawan sekali. Berjaya ramai-ramai lagi best dari seorang diri kan? :D

InsyaAllah sekarang aku sedang berusaha buat subjek-subjek yang lain untuk pelajar IRKHS. Semoga tabah lah nak kena perah otak dan melukis mewarna. Chaiyok! Semangat!

Apa pun, nah untuk adik-adik junior. Nak tahu siapa sebenarnya Izzat Zaid ni? Tadaaa.



Senior korang yang suka masuk hutan!

Boleh lah mengaku senior sebab dah grad. Haha. Lepas ni jangan panggil bro dah ok. Nama je macam laki, hati akak penuh bunga di taman.

Nak tanya apa-apa boleh lah add Facebook, atau Instagram, atau cara lama kita main email jom!
izzatzaid1015@gmail.com

Yang benar,
Izzat Zaid.
Pelajar Psikologi IIUM. Eh, bekas pelajar.

2 comments:

  1. Dan cara agak lama juga, kita contact through blog comments! Haha. Hai Izzat. Glad to see you doing so well. And I heard the good news ;)

    It feels fun isn't it. To share notes, to teach people, to share knowledge. At one point, we feel satisfied and happy just to see them studying 'our' way. We feel happy to know that even if it's little, we managed to help them get through some of the hardest times (and subjects) in their life. And pressing on the berkat even further, selagi ilmu tu digunakan, selagi tu kita dapat pahala. That is satisfying enough. :)

    ReplyDelete