Drop Bar Menu

Thursday, June 30, 2016

9 Cara Cari Duit untuk Travel Ketika Masih Belajar di Universiti.



Hobi traveling saya bermula sejak saya tahun 1 di universiti. Memang seronok belajar di universiti antarabangsa sebab dapat ramai kawan dari luar negara. First time saya travel ke Singapura gara-gara sering di jemput kawan saya yang berasal dari Singapura untuk ke rumah dia. Apa lagi, dah alang-alang ada yang menjemput, terus saya merancang untuk buat trip ke sana. Saya ajak beberapa rakan untuk turut sama mengembara dan Alhamdulillah ada dua orang yang sudi. Habis dari trip ni, terus saya jumpa passion saya untuk mengembara lebih banyak dan lebih jauh. Minat travelling saya menjadi-jadi.

Sebagai seorang pelajar, duit memang satu cabaran. Nak travel ni sekurang-kurangnya makan duit beratus-ratus ringgit walaupun backpacking style. Memandangkan saya masih belajar dan masih mempunyai tenaga, waktu ini lah waktu yang paling ideal untuk keluar mengembara. Tenaga masih kuat dan masa pun banyak (cuti semester), jadi tinggal duit je kena cari. Alhamdulillah, walaupun datang dari keluarga sederhana, dari kecil memang saya dilatih untuk berdikari, jadi nak share sikit beberapa cara yang saya gunakan untuk mencari duit travel.

1. Jual kerepek.

Cara ini saya memborong kerepek, mempaketkan kepada paket kecil-kecil dan menjualnya dengan harga RM1. Saya cuma letakkan satu kotak di Musolla atau tangga asrama beserta tabung kecil, dan kalau orang nak membeli mereka boleh ambil dan bayar. Simple je. Selang dua hari topup lah balik keropok yang dah dijual, dan kosongkan tabung :D

Risiko: Barang dicuri tinggi. Jadi kena pandai letak di tempat yang orang-orangnya jujur.

Hasil: RM20-RM50 sebulan.

Gambar courtesy Google Image


2. Servis Printing.

Awal idea datang bila nak beli printer tapi kena guna duit sendiri. Jadi terfikir macam mana nak dapatkan balik duit yang dah dibelanjakan tu. RM300 juga beli printer. Akhirnya buat keputusan untuk buat servis printing di bilik secara kecil-kecilan. Ramai je pelajar lain datang sebab kedai fotokopi memang tak buka malam, dan harga yang saya tawarkan sangat berpatutan untuk pelajar, tambahan pula dekat sebab di bilik hostel.

Risiko: Virus masuk laptop. Jadi sebelum mereka datang dan cucuk pendrive tu, saya tanya dulu ada virus ke tak. Selalunya saya minta customer email sahaja kepada saya dokumen yang nak dicetak. Alhamdulillah setakat ni 3 tahun dah buat servis belum pernah kena virus.

Hasil: RM20-RM50 sebulan.




3. Part time #1: Petrosains.

Petrosains ni saya dah kerja sejak habis matrikulasi. Yang seronok bila waktu kerja flexible, boleh kerja hari apa yang kita suka. Awal-awal dulu kerja 2-3 bulan semasa cuti sebelum masuk degree. Bila dah masuk degree saya cuma kerja sabtu dan ahad atau ketika cuti semester. Sehari kerja dibayar RM40.

Risiko: Rasa nak kerja hari-hari dan tak nak pergi kelas, sebab environment kerja Petrosains ni best sangat!

Hasil: Bergantung kerajinan saya. RM100-RM300.



4. Part time #2: Syarikat Konsultan.

Kerja disini bermusim. Bila ada keperluan baru dipanggil. Kebanyakan kerja logistik, penat sikit angkat-angkat barang. Tapi banyak ilmu belajar sambil bekerja. Kalau syarikat lain bayar mahal-mahal untuk belajar "Presentation Skill Course", saya dapat belajar percuma. Siap dibayar lagi. Wuhuu!

Risiko: Tak cukup tidur.

Hasil: RM100-RM200 per event.



5. Jadi Fasilitator.

Saya berpengalaman menjadi fasilitator buat kem-kem yang dianjurkan oleh UIA. Pelantikan secara rasmi. Siap kena pergi interview nak jadi fasi. Setiap semester akan ada 2-3 kem yang dianjurkan. Sambil kerja sambil dapat ikut travel ke resort, pantai. Makan minum tempat tinggal semua di sponsor. Wuhuu!

Risiko: Tiada.

Hasil: RM50 setiap kem.




6. Jual Kuih Raya

Bila tiba bulan Ramadhan biasanya tengah cuti semester. Jadi saya duduk di rumah buat kuih raya. Ye lah, daripada tak buat apa kan. Jual kuih pun kepada kawan-kawan dan jiran-jiran. Alhamdulillah ada lah sikit hasil.

Risiko: Tiada.

Hasil: RM200-RM300.



7. Jual Nota Sendiri.

Di UIA, saya banyak buat peta minda untuk subjek-subjek yang saya belajar. Dan Alhamdulillah dapat ilham untuk berkongsi peta minda ni dengan junior-junior yang lain. Memandangkan saya ada printer sendiri, jadi saya buat copy sendiri dan menjual setiap copy kepada sesiapa yang nak copy tu. Alhamdulillah dah masuk 6 semester saya buat jualan ni, dan hasilnya sangat positif, untuk pelajar-pelajar lain, dan untuk bisnes printing saya juga.

Risiko: Orang lain fotokopi tanpa izin. Allahualam.

Hasil: RM100-RM500 sebulan.



8. Wakil Universiti.


Saya main sukan sebab memang minat dan salah satu cara saya dapat sihat tubuh badan. Kepuasan bermain tu best. Disamping tu ada juga lain yang best. Dapat baju free, dapat makan free, dapat jalan-jalan dan dapat elaun. Yeah!

Risiko: Kecederaan semasa bermain (pernah masuk hospital dan 3 bulan nak pulih)

Hasil: RM60-RM80 per tournament




9. Jual Baju. (MY Travel Shirt)

Ni paling terbaru. Memandangkan dah ada sedikit pengalaman travel luar negara dimana rasa nak menangis sebab orang lokal tak bercakap bahasa inggeris, jadi dapat idea untuk buat T-shirt travel. Dapat idea ni dari internet juga tapi ubah sikit untuk memudahkan saya sebagai Muslim traveller ke mana-mana. Makanan halal dan masjid untuk solat itu harus ada. Jadi tadaaa. T-shirt ni ada icon kedua-dua ni. Alhamdulillah family dan kawan pun support dengan membeli dari saya dan hopefully dapat memudahkan ramai lagi traveller kat luar sana untuk travel tanpa risaukan cabaran berbahasa asing.

Hasil: RM50-RM200 sebulan.



_____________________________________________________________________________

Apapun, banyak sebenarnya cara untuk cari duit sewaktu kita belajar. Ada kawan yang boleh buat sampai beribu-ribu dengan servis sewa kereta, jual tudung, part-time catering, jaga butik dan banyak lagi cara.

Satu lagi, memang nampak banyak duit ada, tapi keperluan seharian memerlukan duit juga, ada juga saya gunakan untuk belanja makan. Dalam masa yang sama kena pandai berjimat. Sewaktu di universiti, memang jarang saya keluar lepak di shopping mall, tengok wayang, makan di kafe hipster dan shopping. Dan bila jadi fasi, jadi volunteer, jadi wakil uni ni kebanyakan waktu tak perlu keluar pun duit untuk makan.

Dan kelebihan ada simpanan ni, bila syarikat penerbangan buat promosi return tiket murah memang tak hengat, duit dah ada dalam tangan untuk terus beli, justeru menjadikan travel kita murah dan jimat. Jadi selalunya saya plan awal-awal bila cuti semester dan beli tiket bila ada yang murah. Ada kawan atau tiada kawan nak ikut fikir nanti. Nanti boleh ajak. Kalau tiada travel solo pun apa salahnya kan? Lagi adventure. :)

Alhamdulillah selama 4 tahun belajar di UIA dan setelah berjaya menyimpan duit, saya berjaya travel didalam dan diluar negara sebanyak 17 kali, dan berjaya mencapai lifetime travel wish iaitu ke Scotland! Antara tempat yang pernah saya kunjungi:

Tahun pertama:

Singapore
Songkla, Bangkok, Thailand (Trip Universiti)
Tahun kedua:

Kawah Putih, Bandung
Tahun ketiga:

Kundasang, KK, Sabah

Langkawi

Jogjakarta, Indonesia


Semeru, Malang, Indonesia


Dieng, Indonesia

Tahun keempat (Program Pertukaran Pelajar ke Turki):

Istanbul


Pamukkale


Cappadocia

Bursa


Athens, Greece
Rome

London

Liverpool


Edinburgh, Scotland

Glasgow, Scotland


Krabi, Thailand
Banyak gambar travel saya post di IG :)
Jemputlah nak follow @izzvtzvid

_____________________________________________________________________________

Harapnya post ini dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk kawan-kawan diluar sana yang masih belajar dan ingin mencari pengalaman mengembara atas bumi Allah yang luas ni. :) Apapun segala rezeki datang dari Allah, kita berikhtiar dan akhirnya bertawakkal pada Dia. Tetapkan niat yang baik setiap kali nak travel dan insyaAllah banyak berdoa biar Allah permudahkan.

Sekian, wasalam.

30 comments:

  1. Ni yang semangat nak travel jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Alhamdulillah. Wpun mcm dah terlmbat utk baca entri nih. Sbb dh habis belajar tp x pe, boleh jd kan inisiatif jugak. Haha. Sy buat juga la tp sikit2. preloved baju/shawl dan join volunteer (dpt sikit pun jd) btw. Thank you utk enrty yg best ni! Salam taaruf! (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam taaruf Athirah :)
      Yeahh.. pengalaman masa kt uni tu best kan? :D
      Sekarang travel lagi ke?

      Delete
  3. Wah! Saya pon minat travel2 nie. Sgt suke jalan2. Tpi kdg2 xde kwn nk pegi sme2. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Susah sgt nak ajak orang gi sama ni. Last2 travel solo je lah. Selalunya masa travel gi kawan yg memang tinggal kt certain negara tu.. jd xde lah lonely sgt. :D

      Delete
  4. how to apply kerja kat petrosains tu? is it that volunter prog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.petrosains.com.my/join-us/volunteer/

      Cuba buka laman web atas ni. :D

      Yup volunteer prog tapi dpt je insentif.

      Delete
  5. Knp seperti ada saya dalam cerita ni?🤔

    ReplyDelete
  6. Terbaikk kak jattttt! Salute ah,...n ptutlah terer bt presentation rupanyaaa😌
    #idola hiks thanks sharing😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha wadiii apa kaitan dgn presentation. Rindu awak!!

      Delete
    2. Haha wadiii apa kaitan dgn presentation. Rindu awak!!

      Delete
  7. 100% duit sndiri ke? Hasil bisnes? Satu trip biasanya mkn berapa ribu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecuali pergi turki tu dpt sponsor dari uni juga sbb pergi 5 bulan pertukaran pelajar. Tp kebanyakan yg lain memang sendiri sponsor.

      Berbeza-beza bajet setiap trip.

      Dalam Asia biasanya around RM500 plus minus.

      Ke bahagian turki yg lain pun RM500 dari Istanbul.

      Eurotrip beribu juga, itu pun dah jimat sejimatnya.

      Tp bila ada duit dlm tangan tu masa ada promo tiket mmg terus grab. Dpt murah.. :)

      Delete
  8. Pertukaran pelajar mmg kena pakai duit kita ke? Bukan universiti sponsor ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertukaran pelajar ikut universiti yg hantar. Ada uni yang sponsor semua, mcm uia ada juga bagi sedikit insentif duit cukup untuk bayar tiket kapal terbang. :D

      Delete
  9. Sis, senang tak nak mohon pertukaran pelajar tu, mcm cost ? Tq

    ReplyDelete
  10. hi izzat. sy tgk kat website petrosains utk volunteer program ambil masa seminggu. mcm mana awak buat hanya utk sabtu ahad shj ya? tq.

    ReplyDelete
  11. hai, nk tnya mcm mna apply volunteer kt petrosains tu? ad interview ka? thanks 😊

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikun sis, nak tanya. Kerja petrosains tu yg kena isi volunteer tu ke?

    ReplyDelete
  13. Assalam sister! Just wanted to say I'm very glad to have come across your blog because it inspired me to do so much more for the upcoming years I have left in IIUM :D (sebab first year was the loneliest year ever and I want to change that) Thank you very much for sharing your experiences! Oh! And I was also able to use the notes that you made and I find them very helpful :D Thank you!

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum sister, nak tanya, is there any way to find sponsers for few students for a educational trip. I read your blog and it was really inspiring. we are 26 students for an compulsory educational trip. we have to go to indon which is this january. and i m leading my group. we r trying our best to collect required budget. we r having stall during uia events, selling in classes, even in stadium. tapi still i need few amount of sponser utk 5-6 of my friends. if u know any way, might be really helpful.

    ReplyDelete
  15. hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih.

    terbaik! teruskan dengan hobi travelling ketika muda :)

    ReplyDelete